function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}} function clickNS(e) {if (document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) { if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}} if (document.layers) {document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;} else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;} document.oncontextmenu=new Function("return false") // --> [JuanDanza] Kataku-Akalku-Pandanganku-AkademiFantasia
Mar 17, 2008
AF6 - TUGASAN MINGGU PERTAMA



ASSALAMUALAIKUM...

Diari pertama, minggu pertama musim kali ini aku tonton dari ofis. Senang betul nak buat kerja sebab dah memang TV bersaluran Astro terpacak atas kepala kitorang semua je. So tepat pukul 6, kitorang dah on TV untuk lihat apa yang berlaku. Kalau nak tahu, kitorang mula-mula dah gelak sebab Sarimah pakai baju 'siaran ulangan'. Tak percaya? Bukak Aksi keluaran pertama yang Ramli MS pakai baju pink tuh. Alamak Kak Mah, kantoi la pulak!

Untuk permulaan, sesi berborak dan baca surat wasiat dibaca oleh Yana, Saida dan Nubhan. Nampak sangat tak sedih kan. Masa tu diorang masih kat kem yang bertempat di Putrajaya tu. Yang menarik, Nazieb yang tersingkir (tak ada rezeki, kesian aku kat dia...) sempat passed rantai untuk Ika. Amboi... Ni mesti kes sempat bercengkerama nih. Lepas tu mereka terus bertolak ke bangunan Akademi Fantasia. Sampai depan pintu, disambut oleh RA baru. Kalau musim lepas Abang Askrul dengan Kak Sherry, kali ini orang lain pulak yang jadi RA. Mereka adalah Shafiq dan Mariam. Both of them aku kenal sangat, since Shafiq memang aku selalu nampak dia jadi model for Oh! Lelaki!, dan Mariam yang aku panggil Che Am tu ada kena mengena dengan seorang selebriti popular sekarang nih yang bernama 'J'. Pandai-pandailah korang speku yer.

Masalahnya, sekarang ni aku nampak RA hensem dan cun melecun. Camno tuh? silap-silap korang siap tersalah undi pulak. Perhatian ye, takde maknanya korang nak AFUNDI SHAFIQ atau AFUNDI MARIAM sebab memang takde. Korang tekan la butang merah R tuh, pon takde nama diorang. so, sehensem atau secun mana pun diorang, korang takleh undi hahaha... Tapi aku tak nafikan jugak, silap-silap mau diorang berdua pulak yang ramai peminat nanti. Apa-apa pun, all the best to both of you.

Hah, bebudak ni dah start masuk kelas Cikgu Siti Hajar, tapi muka masing-masing... Ya Rabbi... Semua muka cam hapa dah. Mesti kes tak cukup rehat, then Cikgu Siti bercakap je. Aku tak tau la diorang punya roh kat mana dah tu. Yang si Naim tu siap boleh cover menguap, muka pun dah jadi herot. Ok la, itu je paparan diari pertama. Takde apa sangat pun, maybe sebab first day. Apa pun, untuk Kak Mah, selamat shopping baju lebih sikit ye. Daaa...

*********
Diari kedua, hari pertama, minggu pertama - sambung je daripada diari satu hari ni. Entahlah, sama je yang aku nampak. Tapi dah mula la ada gosip 'gitu-gitu' seperti babak si Stanly mengajar Ika nyanyi lagu Umbrella. Amboi, kellas kan hadek-hadek kalau bab lagu Rihanna kan. Pastu ada pulak sesi manja-manja Toi dengan Alif sementara tunggu masuk kelas.

Selain itu, seperti biasa hari pertama mesti ada perkenalan dan ucap selamat daripada tenaga pengajar. Wah, lain je nampak akademi tu sebab tenaga pengajar semuanya perempuan kecuali Abang Ramli. Yang lain, semua perempuan. Ok la, korang pun tau yang semua dah dapat lagu. Bagi aku, ni langkah bijak sebab sediakan lagu 'makanan' diorang pada minggu pertama. Sekurang-kurangnya takde la harapan musnah macam musim lepas. Apa taknya, baru nak syok-syok tengok, lagu macam hampeh, vokal masing-masing pun sedeh. So, dengan pemilihan kali ini yang diketuai abang Ramli MS, aku yakin tak la seteruk musim lepas.

Ini adalah tugasan pelajar AF6 bagi minggu pertama:

Pelajar Wanita

Saida
Terlalu Cinta Rossa

Sebelum ni orang kata Rossa ni macam muka adik dia, Datuk Siti. Aku sendiri tak pasti sama ada Saida boleh buat dengan baik atau tak menerusi lagu ni sebab aku sendiri tak berapa yakin dengan kekuatan vokalnya. Aku hanya dapat nilai sikit aje, itu pun masa PC pengenalan pelajar kat Marriot aritu, then dengar dalam Tirai AF6. Memang la sikit, tapi aku jadi pelik sebab bunyi dia ada yang tak kena. Tak tau la pulak kalau atas pentas minggu ni dia ok. Barulah kaum ibu ramai yang bangga sebab jadi ibu yang vogue dan boleh nyanyi. Saida beruntung sebab dapat lagus edap macam ni.

Nadia
Rindu - Hetty Koes Endang

Walaupun bersuara husky, tetapi Nadia dapat lagu macam ni. Bagi aku, suara dia tu la yang akan beri warna kepada lagu macam ni. Takde la timbul soal klise atau stereotaip sebab lagu ni lagu lama. Kalau orang lain nyanyi, mesti nampak biasa. But since Nadia yang diberikan tugasan ini, aku yakin minggu ni tepukan gemuruh akan berkumandang di Dewan Sivik MBPJ.

Stacy
No One - Alicia Keys

Makanan dia. Dari awal lagi aku dah nampak yang Stacy lebih banyak terdedah dengan lagu Inggeris, dan aku tak rasa akan jadi satu masalah untuknya menyanyikan lagu sebegini. Cuma, kena berjaga-jaga dengan soal diction dan cara menyampaikan setiap perkataan. Tapi jangan isau, Cikgu Fati kan ada. Bagi aku, Cikgu Fati adalah orang yang tepat untuk membantu.

Lufya
Engkar Bunga

Lagu ni jarang didengari ramai. Ada kebaikan dan keburukan apabila Lufya dapat lagu ni. Kalau orang jarang dengar, orang akan anggap lagu ni lagu Lufya kalau... diulangi KALAU Lufya mampu mewarnai lagu ini dengan baik. kalau haru, haru la sepanjang musim dan nantikan saat tarik beg. So, buat la betul-betul kan...

Ika
Umbrella Rihanna

Minah ni macam merangkak-rangkak masa nak sebut perkataan lagu ni. Isk, bagi aku lagu ni song of the year memandangkan ramai yang nyanyi lagu ni balik seperti Marie Digby, Boyce Avenue dan few bands. Tapi jangan risau, bagi aku kekuatan melodi tu akan membantu dalam penyampaian lagu ini, dengan syarat Ika kena yakin yang dia boleh buat. Sayang kalau dia hancurkan lagu ni. Tapi tu la, aku lebih suka kalau Abang Ramli mintak dia buat style akustik macam Marie Digby. Mesti syok!

Yana
Diriku Tapak Sulaiman Elyana

Bagaikan diriku tapak sulaiman! Wah... Lagu Elyana dinyanyikan oleh Yana. Gitula kan, nak jugak ada persamaan. Lagu ni memang radio friendly, but on stage aku rasa Elyana nyanyi pun biasa-biasa je. Kalau kat radio je sedap dengar. But aku tak tahu, kalau Yana boleh menguasai pentas, aku tak hairan boleh dapat tepukan.

Rina
Simply The Best - Tina Turner

Makanan Mama Rina nih. Siapa tak tahu lagu ni, nak pulak orang lama atau otai pulak yang dapat lagu ni. Korang tengok je la nanti macam mana persembahan nenek power nih.

Pelajar Lelaki

Faisal
Satu Kiblat Yang Sama Rabbani

Dalam ramai-ramai, aku rasa dia ni la yang dapat makanan paling lazat sebab ni memang 'makanan ruji' dia. Dengan tona suara yang memang sesuai dengan nasyid, bekas back-up vocal kumpulan Far East ni memang sesuai dengan lagu ni. Ada pulak yang kata dia ni boleh jadi dengan Mawi, cuma bagi aku suara dia agak kasar dan kena kontrol sikit cara penyampaian dia untuk lagu-lagu lain. Buatnya nyanyi lagu omputih jadik nasyid, tak ke naya!

Toi
Pagi Yang Gelap Hujan

Pemain angklung ni tak dapat dikesan lagi kekuatan vokalnya. Sama ada bersuara rempit atau romantrik, kita dengar la nanti. Pasal lagu, AKU TAKNAK KOMEN. TITIK!

Riz
Ketulusan Hati - Anuar Zain

Aku rasa Riz boleh nyanyi lagu ni sebab ni memang genre yang dia minat pun. mamat ni memang suka R&B, biasalah golongan macam dia ni memang suka lagu macam ni. Maksud aku, dia kan dulu group yang banyak mempersembahkan lagu macam ni. Sesuai la dengan dia. Cuma aku nak tengok nanti dari segi penghayatan yang akan ditonjolkan. berjaya atau tidak, tengok saja nanti.

Stanly
You Raise Me Up  - Josh Groban

Kellas Stanly dapat lagu ni. Memang makanan untuk dia yang bersuara tenor. Tapi aku tak tau la lagu tu jadi sesedap Josh Groban, ataupun Westlife, ataupun William Hung. Aku tak berani nak kata apa sebab mamat ni pilihan 'pemilih'. Mungkin dia ada masa depan cerah dalam industri seni suara sebab lain.

Naim
Memburu Rindu- Hattan

Rempit is back! Suka la lagu ni, sebab mengingatkan aku pada zaman kecik-kecik. Nyanyi lagu ni sambil naik buaian yang aku buat sendiri, ikat kat dahan pokok cempedak. Masa tu aku still duduk kat Sungai Koyan (tribute to Mael! Haha...) Oleh kerana ini memang gaya dan genre yang dia pilih, aku tak hairan kalau dia boleh bawa lagu ni dengan baik. Yang aku nak tekankan, sama ada cara pengawalan vokal dan showmanship berjaya menarik perhatian.

Alif
Sayang Sayang - Aliff Aziz

Lagu untuk orang yang cute. Maksud aku Aliff Aziz, mungkin juga Alif bagi sesetengah orang yang suka muka ala-ala anak mami nih. Alif bersuara tidak garau dan tidak besar, so mungkin sesuai membawakan lagu sebegini. kalau dia yang bawak lagu rock, entah apa la yang jadi. Lagu ni tengah 'in' so ini satu advantage untuk Alif memperlihatkan bakatnya.

Nubhan
Ruang Rindu Letto

Aku sendiri pun tak tahu sama ada sesuai ke tak mamat N9 ni nyanyi lagu ni. Aku tak pernah dengar cara dia nyanyi, so tak dapat nak bayangkan. Tapi lagu ni memang best. Kalau tak buat betul-betul, jangan marah kalau ada selipar jamban naik atas stage yo jang!


Posted at 09:25 pm by juandanza
Make a comment  

Mar 17, 2008
LEMBARAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua! Aku harap semuanya ceria bila bukak-bukan blog aku kali ni, ada pulak update baru. Hehe... Ntah la, aku pun tak tau apa penyakit la dengan aku sekarang ni malas sangat nak update blog kalau nak compare dengan dulu kala. Kalau dulu, tak update satu hari pun rasa macam tak lengkap kehidupan. Sebenarnya, kalau nak ikutkan menulis blog ni boleh kurangkan stress. Mungkin jugak aku dapat cara baru hilangkan stress, so lupa lak nak update blog. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang tetap jugak bukak blog ni walaupun orang kata bersawang or blog alam barzakh. Takpe la, yang penting aku mesti dapat semangat balik untuk blogging. Aku tak nafikan kenangan dihentam masa lampau dulu membuatkan aku malas sangat nak aktif blogging. But since semua dah ok, aku rasa dah sampai masa aku kembali semula.

Well, untuk Akademi Fantasia musim keenam ni, secara langsungnya aku semakin hampir dengannya. Bukan apa, selepas kejadian 'Tipah Tertipu' dekat tempat keje sebelum ni, aku mendapat tawaran kerja yang merapatkan aku dengan AF6. Tapi dalam masa sama, aku pun kena jaga jugak sesetengah benda yang P&C. Takut pulak aku nanti dituduh pecah lobang. Sedangkan aku tak buat pun boleh kena tuduh, inikan pulak aku buat kan. So, aku rasa lebih baik aku diam dan tulis apa yang dah revealed dalam TV aje. Apa yang aku boleh tulis kat sini hanyalah komen aku dalam setiap yang terjadi sama ada dalam konsert ataupun diari harian.

Ok la, aku rasa korang pun dah tau siapa yang tercalon dalam AF6 kali ni. Daripada 25 orang yang dipanggil, tanpa Konsert Prelude sebaliknya ditukarkan dengan kem bina semangat ala lasak gitu, 14 terpilih masuk ke dalam AF6. Kesian jugak la pada yang lain-lain yang tak masuk tu. Iye la kan, dengar khabarnya ada yang siap buat kenduri doa selamat sebab dapat masuk AF, tiba-tiba tak sempat pun bergelar pelajar. Ada yang sampai berhenti kerja sebab terlalu yakin AF akan mengubah impian menjadi realiti, padahal selama ini pekerjaan itulah yang menyara diri dia dan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang banyak benda yang kita korbankan demi mengejar cita-cita. Kalau dah terhenti separuh jalan tu, pandai-pandailah bangkit semula.

Mereka yang tidak ada rezeki...

Aku terfikir jugak kadang-kadang, cuba letakkan diri korang kat tempat mereka, Kalau tak pun, letakkan diri korang sebagai kaum keluarga terdekat, kawan-kawan rapat atau orang satu kampung kepada mereka yang tersingkir ni. Camana perasaan tu agaknya ye? Betapa besar harapan yang dibawa mereka, terhempas ke batu jua akhirnya. Tapi pesan aku kat orang kampung atau saudara terdekat yang dengki kat diorang ni, janganlah tambah kesedihan mereka. Jangan pulak korang jaja satu kampung kononnya diorang ni suwei la, takde bakat la, berangan atau apa saja kutukan yang mungkin korang boleh lemparkan. Aku nak cakap satu je, diorang ni antara yang terbaik daripada yang terbaik. At least, ada jugak muka diorang masuk TV. Yang kaki ngutuk ni, korang dapat apa? Korang nak keluar kat remote control TV pun belum tentu tau!

Bila kes macam ni berlaku, aku teringat dekat Isa, peserta konsert prelude AF3 dulu. Si Isa ni takde la miskin sampai tak makan, tetapi taraf hidup keluarga dia tak la sederhana. Tengah-tengah antara daif dan sederhana. Dia orang Sarawak, so nak datang ke Semenanjung sampai kena pinjam duit orang kampung dan bergolok bergadai semata-mata nak kejar cita-cita. Tapi bila tersingkir kat Konsert Prelude, musnahlah harapan. Paling menyedihkan, dah nak kena bayar balik duit yang dipinjam walaupun masa tu show sikit sangat. Last-last dengar khabar, sekarang ni Isa balik kampung dan teruskan hidup macam dulu. Kalau dia duduk KL mungkin dia ada peluang lain, tetapi macam mana dia nak survive kalau tak ada jalan untuk dia teruskan. Lain pulak ceritanya macam Shiha, Rina, Leez, Hazama, Liya dan Tasha yang tetap meletup walaupun hanya sampai Konsert Prelude saja. Diorang pandai cari peluang walaupun tak dapat dan tak sempat pun jadi pelajar. Yang lain macam Isa, Haider, Lynn, Jeff, Azlif, Diana dan Shaz pulak, aku tatau apa yang diorang buat dalam dunia seni ni. Yang ada aku terserempak atau terlepak pun Haider yang aku terjumpa kat Bukit Bintang berkeliaran tatau buat apa, Azlif jumpa kat Petronas TPM masa isi minyak, dan Shaz masa launching single Hazama.

Tapi kalau fikirkan balik, ramai juga yang bergelar bintang tetapi tak secerah bintang prelude yang berjaya. Korang sendiri nampak ramai bintang AF sebelum ni macam tercari-cari mana nak pergi. Album tak nampak, berlakon tak ada, show lagi la tak ada. Bagi aku, dalam dunia seni ni kena pandai cari peluang je. Kalau malas dan harapkan semua bergolek datang, jangan la harap. Kalau budak AF5, aku nampak ada la beberapa bintang ni yang rajin cari job macam Rizal, Shawal, Afiq, Noni dan sorang dua lagi. Tak dapat show nyanyi, cari peluang berlakon. Ada jugak la aku nampak terselit situ sini dalam drama tempatan. At least diorang ada keinginan, bukan feeling star tapi hado!

****************

Jom cerita pasal budak AF6...


Nama Penuh : Mohamad Aliff Mohd. Razali
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 30 September 1986
Tinggi : 170cm
Berat : 65kg
Hobi : Menonton wayang dan bermain gitar

Mamat yang kerja jurugegas TNB ni kalau ditengok dari segi rupa, macam ramai peminat. Ye la kan, kalau korang perhatikan juara sebelum ni, hanya yang bermuka jantan je yang jadi pilihan ramai. Dia ni anak kedua daripada tiga beradik, dan pernah menyanyi dengan Mila masa Berkampung Bersama Hotlink. Kelas gitu kan, tiap tahun ada je wakil dari Penang. Pendek kata orang Penang ni berbakat jugak noo... Dari segi suara, sebab tak tengok konsert lagi aku tak berani nak komen. Kita tunggu je la ek konsert pertama nanti. AFUNDI ALIF!


Nama Penuh : Muhammad Faisal Abdullah
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Tinggi : 169 cm
Berat : 66 kg
Hobi : Bola sepak, futsal dan tenis

Mamat nasyid pernah jadi back-up singer untuk kumpulan nasyid Far East. kalau korang dengar dia nyanyi pun, korang boleh agak dia memang bersuara nasyid sebab lenggok dia memang menjurus ke arah itu. Muda lagi, baru 22 tahun dan still bujang. tapi tak tau la kalau dah ada awek ke belum. Ada peminat dah dia ni, sebab aku ada terima SMS cakap AFUNDI Faisal. Hehehe! Siapa yang SMS? Biarlah rahsia. Tunggu je la sapa nak form Fan Club untuk dia ni. Apa-apa pun, AFUNDI FAISAL!


Nama Penuh : Ika Nabila Abdul Rahim
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :19 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 22 Jun 1989
Tinggi : 157cm
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi berlakon

Sorang lagi awek Penang yang bakal menempah jalan menjadi juara AF. Anak sulung daripada empat beradik nih sorang je anak pompuan dalam family. Kira heroin tunggal gituh. Suara? Aku tak tau lagi kemampuan minah ni sama ada dia macam Mila atau tak. Bukan apa, biasanya yang pompuan ni kita susah nak nampak dari awal sebab macam sama je. Apa pun, kita tunggu je la time konsert nanti. AFUNDI IKA!


Nama Penuh : Lutfyah Sheikh Omar
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 23 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Tinggi : 5'5"
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Boleh tahan jugak minah JB ni sebab dah banyak kali muncul sebagai model iklan. Sekali tengok, aku rasa dia ni ada persamaan perangai kot dengan Dekna. Dia ni ada la kaitan dengan Betty Banafe, dan ada wajah ala-ala Arab gitu. Dia ni ada pakej, tapi maklum je la kan. AF ni kalau tak jaga kelakuan mesti orang tanak undi, especially pompuan. Tapi takpe, kalau dia betul-betul boleh nyanyi aku rasa tak ada masalah orang mengundi dia. yang penting, dia kena buktikan dia benar-benar berbakat dan bukan sekadar cantik sahaja. Aku rasa dia la paling vogue dalam ramai-ramai, apatah lagi umur dia pun dah 23. AFUNDI LUFYA!




Nama Penuh : Nadia Haswani Hasnan
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :18 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 14 April 1990
Tinggi : 5'00"
Berat : 49kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Actually minah ni dah pernah terkenal, sebab cerita pasal dia ni pernah masuk alam newspaper Berita Harian dulu. Masa tu umur dia 16, tahun 2006. Dia ni pernah menang pertandingan menyanyi kat Maju Junction sehinggakan Jatt pernah offer kat dia untuk merakamkan album. Tetapi tak tahu sejauh mana pasal album tu, dan aku sendiri nampak ada kelainan yang dia ni tonjolkan. Cara macam urban, tapi aku tak nampak lagi kekuatan dia dalam lagu genre macam mana. Mungkin Abang Ramli MS tahu kekuatan dia. Dia ni aku pernah interview masa audition, sebab masa tu tunggu hujan teduh kitorang lepak dalam tempat menunggu ke stage 3. Dia ujibakat kat Astro, hari kedua kalau tak silap aku. Hari yang sama dengan Mama Rina. AFUNDI NADIA!


Nama Penuh : Muhammad Shauqi Naaim Salmi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 20 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Tinggi : 183 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Komputer, badminton, membeli-belah dan menyanyi

Nak jadi rezeki, Naim yang macam mat rempit nih dapat jugak masuk AF6 walaupun dah tak lepas masa uji bakat kat Penang. Sanggup nih redah datang KL semata-mata nak masuk AF6. Ternyata usaha dan pengorbanan dia berjaya sebab terpilih. Dia ni manja la jugak, sebab nenek dia yang jaga dari kecik. Tapi tu la, nampak je rempit tapi suka dangdut ok! Teringat lak aku kat Felix masa nyanyi lagu dangdut. Seronok la pulak. Mamat yang tinggi macam pokok kelapa ni aku rasa lebih kurang sama ngan Farha kot. Gambar kat atas ni nampak macam tak handsome sebab belum grooming, tak caya tengok Aksi edisi kedua nanti. Handsome la jugak sebenarnya. AFUNDI NAIM!


Nama Penuh : Ahmad Nubhan Ahamad
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Tinggi : 180cm
Berat : 70kg
Hobi : Memancing

Orang kampung den! Sape yang minat muka baby face macam dia ni mesti nak undi dia kan. Yang ni nampak macam Dafi sket la. Tapi aku tak tau la sejauh mana dia punya 'Baik Punya!!!'. Dia ni asalnya kerja sebagai pegawai bank, tapi sebab minat menyanyi try la masuk AF. Sama ada amik cuti atau berhenti, aku pun tak pasti. Kalau Sampai final berbaloi la jugak, kalau tak, ontahlah... Den pun pun tak tau nak kato apo... AFUNDI NUBHAN!


Nama Penuh : Hairina Abd Halim
Bangsa : Melayu
Status : Ibu Tunggal (1 anak, 2 cucu)
Umur :44 tahun
Asal : Selangor
Tarikh Lahir: 6 Januari 1964
Tinggi : 5'2"
Berat : 56kg
Hobi : Menyanyi, memasak dan memancing

Agak-agak Kak Nita makan hati tak? Tapi takpe, sebab Kak Nita dah Diva. Mama Rina pulak diva in the making. Cucu dua ok, tapi menyanyi still bertenaga. Yang ni, aku harap penonton lebih berfikiran terbuka sebab dengan hasil titik peluh dia selama ni la, dia mampu sara anak dia yang sorang tu. Cucu pun dah dua, dan aku rasa inilah perserta AF yang paling diingati sebab pertama kali AF ada pelajar berusia 44 tahun. Aiyoh, kalau yang muda pun tak reti nak bersaing sedangkan tenaga masih kuat berbanding Mama Rina, aku pun tak tau nak kata apa. Yang penting, nampak sangat pengalaman tu yang boleh membawa kejayaan kepada mana-mana penyanyi. AFUNDI RINA!


Nama Penuh : Mohammed Idris Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, boling dan video game

Haha... Aku kenal mamat ni sebab dia budak Equalstar. Dulu masa aku keje kat i-Remaja, diorang ada shooting baju raya ngan kitorang. Since that, kitorang selalu la contact. Dia ada bagitau yang dia nak pergi audition, dan ada jugak la mintak pendapat aku itu ini. Tak sangka lak dia dapat masuk. Good for him la. Dia ni boleh nyanyi, dan aku tak rasa dia ada masalah atas pentas sebab dia dah biasa. Selain dia, ada dua lagi budak Equalstar yang shortlisted iaitu Azhar dan Nazieb. Tapi nak buat camana, dah rezeki si Eddy (nama masa Equalstar) kan. AFUNDI RIZ!


Nama Penuh : Siti Norsaida Tarudin
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (4 anak)
Umur : 32 tahun
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Tinggi : 5'3"
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi dan bersukan

Yeszaa... Sorang lagi anak Pak Tarudin dan Mak Mah masuk dunia seni. Kalau dulu Datuk Siti dengan adiknya Saerah yang menonjol, this time kakak pulak. Adik yang nama Ali tu bila nak join lak? Hehehe... Kalau Ali masuk, mesti ramai awek gila kat dia. Saida ni boleh tahan jugak, tapi aku tau dia memang tak mampu nak bergantung kepada populariti adiknya Datuk Siti. Saida memang kena buktikan dia boleh nyanyi, walaupun tak setanding Datuk Siti. Kemasukan dia ni akan bagi kaler pada AF6. AFUNDI SAIDA!


Nama Penuh: Stracie Angie Anam
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Agama : Kristian
Bangsa : Kadazan/Dusun
Status : Bujang
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155 cm
Berat : 51 kg
Hobi: Menyanyi dan menari

Satu-satunya wakil Sabah musim ini selepas AF5 dibanjiri bintang dari sana seperti Ebi, Farha dan Noni dan AF4, Velvet, Nora dan Lotter. Pelik gak aku sebab ada sorang je musim ni. Tapi aku dapat rasa jugak sebab masa aku pergi Sabah aritu untuk lihat sendiri proses uji bakat di sana, memang lain macam kalau nak bandingkan sebelum ini. Tapi tak apalah, mungkin satu sudah cukup untuk kibarkan bendera Sabah semasa konsert final nanti. Itu pun kalau Stacy boleh buat betul-betul la. Jangan kasi malu sama Sabah! AFUNDI STACY!


Nama Penuh : Stanley Maringai David Impi
Bangsa : Iban
Status : Bujang
Umur : 25 tahun
Asal : Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Tinggi : 155 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Bermain piano, menyanyi dan melayari Internet

Haa... Inilah dia peserta AF bersuara tenor yang dicungkil bakatnya di Sarawak. Dia ni kira berbakat besar, dan suara macam dia ni tak banyak kat Malaysia. Actually kalau diperamkan kat Malaysia, sayang sebab bakat yang dimilikinya sangat berharga di luar negara. Langkah memberi peluang kepada Stanly memang bagus, manalah tahu ada Mat Salleh terpesona kalau tengok AF kali ni. Badan besar, tapi tak tahulah bakatnya besar jugak atau tak macam Bob. Kalau Bob boleh nyanyi pelbagai genre, yang ni aku tak pasti. apa pun, good luck for him. AFUNDI STANLY!


Nama Penuh : Khairul Nizam Baharom
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (2 anak)
Umur : 31 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 31 Mac 1977
Tinggi : 172 cm
Berat : 64 kg
Hobi : Berenang, buat lawak dan bermain angklung

Hebat tak dia ni. Dia pemenang dua pingat emas semasa World Championship of Performing Art 2005, di US dalam permainan angklung. Wah, hebat AF6 kali ni. Ada orang yang cukup berbakat dalam permainan alat muzik. Namun harus diingat, kekuatan vokal paling utama dalam AF. Walaupun dah kahwin, tapi jangan tak tau yang dia ni suka menyakat jugak. Anak dah dua, tapi dengar khabar dah nak masuk tiga sebab wife dia tengah pregnant. Takpe la Toi, asal pandai jaga diri ok la tu. Jangan sangkut lak dengan aweks dalam tu. Hehe... AFUNDI TOI!




Nama Penuh : Marliyana Omar Walid
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Lahir: 2 Julai 1984
Tinggi : 5'4"
Berat : 53kg
Hobi : Mendengar radio

Salima AF4 ada bagitau aku yang minah ni sekampung dengan dia. Bukan di Ipoh, tapi rumah family Salima di Kuala Kangsar. Dia pun tak sangka minah ni murah rezeki masuk AF. Ok la tu, ada jugak bakat baru. Dia ni pun dah banyak pengalaman menyanyi, tetapi tak tahulah bila masuk AF ni bertukar pulak. Biasalah, bila nyanyi dalam AF ni kena betul-betul sebab orang semua dok perati. Salah sikit je abis la. Tapi takpe, harap-harap dia leh gunakan sebaik mungkin bakat yang ada. AFUNDI YANA!

********************

MAJALAH AKSI AF
Edisi Pertama AF6

Ok la, apa-apa pun nantikan Diari AF6 setiap hari. Diari akan ditayangkan dua kali, yang pertama jam 6 petang dan ulangannya 8.30 malam. Yang kedua, jam 9 malam dan ulangan jam 5.30 pagi. Inilah masanya kita nak tengok karakter pelajar sorang demi sorang. Jangan lupa dapatkan majalah rasmi Akademi Fantasia, majalah Aksi AF. Banyak paparan menarik kali ini termasuklah interview eksklusif dengan Ramli MS, kisah peminat Mawi buat sembahyang hajat, gosip hangat pelajar AF dan banyak lagi la. Jadikan koleksi setiap AF ye. Tak mahal, RM3.90 je. Dapatkan sekarang!

 


Posted at 09:40 am by juandanza
Comments (2)  

Feb 26, 2008
SENARAI TENAGA PENGAJAR AF6
ASSALAMUALAIKUM...

Astro hari ini mengumumkan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus melengkapkan fakulti rancangan realiti televisyen paling popular itu. Sebelum ini, Astro mengumumkan maestro Ramli MS dilantik sebagai Pengetua AF6. Ini kali kedua Ramli mengetuai sistem akademik AF selepas AF2. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, secara rasminya mengumumkan Astro menerusi saluran Astro Ria, membawa kembali barisan bekas tenaga pengajar musim lalu seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Jasmi Rejab menyertai barisan kali ini. Astro turut memperkenalkan dua tenaga pengajar baru iaitu penyanyi Anita Sarawak dan Genervie Kam.

Anita Sarawak bertindak sebagai Guru Persembahan Pentas, membantu pelajar mengurus dan menguasai pentas dalam setiap persembahan. Pada musim ini juga, Astro memperkenalkan sistem baru dengan menugaskan tiga tenaga pengajar dalam bidang vokal iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal Teknikal, Syafizawati sebagai Guru Vokal Persembahan dan Genervie Kam sebagai Guru Vokal/Muzik. Siti Hajar bertugas membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam persembahan. Syafizawati membantu pelajar mendapatkan lenggok suara yang betul, di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi asal. Genervie bertindak mendidik pelajar mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikan mereka dengan teknik pernafasan dan lontaran suara.

Linda Jasmine sekali lagi diberi kepercayaan mengajar asas gerakan tarian, dan bertindak sebagai Guru Kareografi. Fauziah Nawi pula bertugas sebagai Guru Seni Persembahan, membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta mengajar cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas nyanyian. Fatimah abu Bakar, Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris ditugaskan memberi motivasi dari segi mental dan fizikal, selain menanam keyakinan dan memberi perangsang ketika pelajar menghadapi masalah. Dia juga membimbing pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti berkumpulan, selain membantu pelajar mendalami lirik lagu dalam Bahasa Inggeris.

Jasmi Rejab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar.

Posted at 06:11 pm by juandanza
Comment (1)  

Feb 23, 2008
HERO REMAJA 2007/2008
ASSALAMUALAIKUM

Debaran Pencarian Hero Remaja 2007/2008 berakhir apabila Ahmad Kamal Ahmad Adli, 21, penuntut di Institut Intergratif Media Malaysia (MIIM) dipilih sebagai Hero Remaja 2007/2008. Anak kelahiran Pekan, Pahang itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast, Australia bernilai RM3000 tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokyo bernilai RM8000 tajaan Tokyo International Talent Agency and MA Event Entertainemnt, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM1000 tajaan L'Oreal Paris, tajaan pakaian Tropicana Life bernilai RM1000, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia Spa, barangan wangian bernilai RM800 tajaan Egyption Portion, trofi dan selempang.

Dalam acara yang diadakan MATIC, Jalan Ampang itu, juri yang terdiri daripada bekas hero remaja, Norman Hakim; Kudsia Kahar, penyampai Radio Era, Linda Onn; pengarah dan pelakon, Ahmad Idham; model dan pelakon, Aleeza Kassim dan Richie Rachman turut memilih Wan Hafizol Wan Omar, 22, sebagai pemenang tempat kedua. Manakala, peserta tunggal berbangsa Cina, Yeo Keong Lee, 22, menduduki tempat ketiga. Pengacara pada majlis itu, Aznil Haji Nawawi, sebelum itu mengumumkan keputusan Hero Favourite yang dimenangi peserta dari Kuantan, Pahang, Khairul Amilin Abdullah Shukor, 22. Hero Macho pula diberikan kepada peserta Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 22 tahun. Idris turut dipilih Aznil sebagai Hero Cool kerana keyakinan yang ditunjukkan semasa berada di atas pentas.

Selain mereka, pertandingan itu turut disertai Mohd Jaslin Puasa, Mohd Hakimi Hassim, Mohd Aliffadhli Zakaria, Syed Amir Faisal Syed Ali, Mohd Amar Hakim Mohd Mokhtar dan Amar Alfian Aziz Mohd Zaki. Kesemua peserta menjalani ujian IQ dengan menjawab soalan yang diberi juri kepada mereka, sebelum meneruskan cabaran dengan pertunjukan fesyen pereka tempatan seperti Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Bon Zainal.

Majlis pertandingan itu turut dimeriahkan dengan tarian pembukaan Fifi Dancers dari Universiti Teknologi Mara, persembahan artis seperti Aliff Aziz, Aesar Mustafa, Alif Afif dan bekas anggota VE, Lah bersama anak didiknya.

Posted at 06:12 pm by juandanza
Comments (2)  

Feb 19, 2008
MAWI MENGAKU BERCINTA?
ASSALAMUALAIKUM...

Aku memang penat minggu ni, apatah lagi aku memang tak cuti langsung bermula minggu lepas. Hari Sabtu tu, aku dah kena bangun awal-awal untuk pergi ke Astro Fest di Astro Bukit Jalil. Kalau ikutkan hati macam malas, sebab lepas tu ada PC Cornetto Love Sparks bersama Dafi dan Gita Gutawa kat Planet Hollywood. Tetapi, berbaloi jugak aku pergi Astro Fest sebab dapat scope baru. Mawi mengaku serius dengan 'dia'. Entahlah, aku tatau la sama ada betul apa yang aku dengar. Mawi mengaku serius? Tak pernah selama ni dia mengaku yang dia benar-benar ada hubungan intim dengan dia tu. Aku rasa korang pun tau kan siapa yang aku maksudkan ni. Ni antara perbualan aku dengan dia...

Ramai yang berkata Mawi akan menamatkan zaman bujang tahun ini (2008). Benarkah?

Saya serahkan saja kepada jodoh. Kalau cepat saya kahwin. Kalau ditakdirkan lambat pun, saya terima.

Betulkah 'dia' yang bakal menjadi isteri Mawi?

Biarlah jadi tanda tanya. Kalau benda betul-betul nak jadi nanti, saya akan beritahu.

Pada mulanya ramai peminat sukar menerima 'dia' sebagai bakal isteri Mawi. Namun, sekarang orang sudah tidak kisah siapa pun pilihan Mawi, malah merestui jika 'dia'lah pilihan Mawi. Mawi gembira dengan perkembangan ini?

(Terdiam seketika). Siapa pun pilihan saya, saya harap peminat dapat terima. Doakanlah kebahagiaan saya. Pada saya, saya gembira jika peminat gembira.

Mawi rasa, Mawi sudah mampu berkahwin?

Walau apa pun, untuk berkahwin, persediaan kena ada. Saya tak boleh main hentam saja kalau nak kahwin. Saya kena belajar hidup berumahtangga. Saya tak nafikan, keinginan berkahwin itu ada.

Kenapa tak kahwin saja. Kalau diikutkan, dari segi kewangan Mawi lebih daripada mampu. Apa yang jadi batu penghalang untuk mendirikan rumahtangga?

Saya tak ada halangan. Cuma belum sampai masa saja.

Kalau begitu, Mawi benar-benar serius ada hubungan dengan 'dia'?

Saya memang serius dengan dia.

Kalau ada yang nak tahu dengan lebih lanjut, silalah bukak JomStar.com. Aku nak update panjang-panjang, tapi laptop ni nak habis bateri pulak. So nanti aku update lagi k.

Posted at 10:48 pm by juandanza
Make a comment  

Feb 16, 2008
SEMBUR RACUN!
Assalamualaikum...

Setelah lama aku tak update, kali ni aku bebetul nak update balik. Memang dah banyak kalia ku cakap nak idupkan balik blog ni, tapi tu la. Tuntutan kerja banyak, then aku tak banyak kemudahan macam zaman-zaman dulu. Tapi sekarang dah ok balik, dan aku berazam nak blogging balik. Ntah la, sayang pulak kalau aku asyik nak biarkan blog ni macam ni. Aku ada banyak bahan nak kongsi dengan korang, tapi selalu tak kesampaian.

Semalam aku gi interview dengan pelakon Indonesia yang berlakon filem anak dengan Erra Fazira dan Ida Nerina. Ok gak la mamat ni, tak sombong walaupun umur dia dah 32 tahun. Dia bawak watak doktor psikiatri dalam citer tu. Tapi bila dia kata dia dah kahwin, ramai la yang makan hati. Hahaha... Kalau ada yang ingat, dia ni pernah berlakon filem Brownies.

Malam pulak, aku pergi tengok siaran langsung Gelanggang Raja Lawak. Memang lawak sebab ini la kali pertama aku pergi tengok. Sejak musim pertama, aku memang tak pernah pergi tengok live. Musim kali ni macam best lak. Malam tadi aku tengok la show Ketampi, Nabil, Shah, Pak Tam, XN3 dan Cham. Nabil dengan Cham nyer lawak memang best. Gila-gila betul. Cuma aku tak puas ati sebab Ketampi lak yang kuar.

Pada aku la kan, XN3 tu memang tak best. Selama aku ikuti persembahan diorang kat TV pon, aku memang tak rasa persembahan mereka boleh dipanggil lawak. Macam Shah pulak, memang tak bagus mana pun malam tadi, tapi ada beberapa minggu Shah tunjukkan persembahan yang bagus. Macam XN3 memang tak pernah best. Tapi dapat undian tinggi. Aku ingatkan AF je yang ada undi sebab favourite. Rupanya dalam Raja Lawak pun ada.

Lepas abis semua, aku lepak makan nasi lemak kat belakang Wisma Ali Bawal tu. Terjumpa la Pak Tam dengan Along Cham yang tengah makan. Sempat la borak-borak. Kebetulan Pak Tam orang Kuantan, so keluar la slang Pahang sikit-sikit. Hehehe... Then Shah pulak muncul. Dia cakap, memang persembahan dia tak bagus malam tadi. Tu yang sampai lari ke belakang pentas masa Ketampi diumumkan terkeluar. Nangis rupanya!

Nanti aku masukkan la gambar. Tak sempat nak taruk arini. Daa...

Posted at 07:21 pm by juandanza
Comment (1)  

Dec 17, 2007
YANIE - JATUH CINTA

ASSALAMUALAIKUM...

(Gambar kredit Kak Imanatasya)

Lagu terbaru Yanie - Jatuh Cinta. Dengarkan...


Posted at 09:26 am by juandanza
Comments (2)  

Dec 16, 2007
REUNION!
ASSALAMUALAIKUM...

Gambar ini memberi seribu makna bagi kami bertiga...



"KAMI BAHAGIA!!!"

Juan Danza - Marinie - Jemang

Posted at 12:10 am by juandanza
Comments (3)  

Dec 8, 2007
LINTAS LANGSUNG PERNIKAHAN SHARIFAH ALEYA

ASSALAMUALAIKUM...

Aku sempat update dari Masjid Sri Damansara. Ni gambar eksklusif semasa majlis pernikahan Sharifah Aleya dan Ashraff...

Sewaktu khutbah nikah dibacakan

Sharifah Aleya ditemani semua adik-beradiknya menunggu penuh sabar

Sewaktu pernikahan berlangsung

Sah Ashraff dan Sharifah Aleya menjadi suami-isteri

Sharifah Aleya ceria di samping keluarga

Updated 10 minit selepas pernikahan. Terima kasih WiFi percuma, lintas langsung dari dalam Masjid Sri Damansara!

 


Posted at 09:19 am by juandanza
Comment (1)  

Dec 1, 2007
ADAKAH AKU AKAN MENANGIS LAGI?

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Sabtu, bermakna aku akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-27 esok. Ntahlah, sepatutnya aku seronok. Biasalah, mana ada orang yang tak seronok bila sampai tarikh yang dinantikan setiap orang. Tapi aku sendiri tak pasti adakah aku akan terus berduka pada tarikh ini sejak 2002 dulu? Ini disebabkan tak pernah satu tahun pun sejak tahun tu aku tak menangis. Sebab apa? Sebab setiap kali aku menyambut hari lahir, aku akan meratapi satu kejadian yang aku takkan lupakan sampai bila-bila.

Back to 2002, pada ulang tahun kelahiran yang ke-22, aku menangis buat kali pertama kerana pada tarikh itu jugalah hubungan aku dengan orang yang paling aku sayang terputus, gara-gara kawan yang tikam aku dari belakang. Hubungan selama hampir tiga tahun putus pada tarikh itu. Sehingga kini, tidak ada seorang pun yang boleh gantikan dia dalam hidup aku. Dialah cinta pertama aku, dialah yang tetap bertakhta dalam hati aku walaupun dia kini sudah menjadi milik orang. Pertengahan tahun dalam bulan Jun lepas, dia dah nikah dengan orang lain. Yang menjadi kenangan, sebulan sebelum dia melangsungkan pernikahan, dia ada call aku dan mengakui hatinya tetap pada aku walaupun dia dah jadi milik orang lain. Takpelah, dah memang jodoh aku bukan dengan dia. Jadi aku dah redha.

02.12.2006. Sepatutnya seseorang yang turut aku sayang meraikan hari lahir bersama-sama aku. Namun, sikap dia yang ketika itu menyakitkan hati menyebabkan semua rancangan aku punah. Ranap sama sekali. Buat kesekian kalinya, aku menyambut hari lahir dengan berkurung dalam bilik dan dibasahi air mata. Aku lemah? Tak sebenarnya. Tetapi adakah seseorang itu boleh menahan rasa kecewa apabila orang yang disayangi tiada di sisi ketika sepatutnya kita gembira? Dia menanam janji lagi. Katanya, 02.12.2007 dia akan memastikan perkara itu tidak berulang. Dia takkan buat aku menangis lagi. Katanya, aku sudah ada dia dan aku tak perlu risau mengenainya. Namun sekali lagi, bukan sekadar tidak bersama lagi, malah dia sudah pun jauh. Jauh dari mata, malah jauh daripada ingatannya.

Sepatutnya sekarang aku berada di Janda Baik, tempat impian aku menyambut hari lahir kali ini. Namun, atas tuntutan kerja, aku akur dengan keadaan. Segalanya ditangguh minggu depan. Namun adakah keistimewaannya akan sama dengan tarikh itu? Aku pun tak tau. Malam inilah penentu segalanya. Jika tiada apa-apa, sejarah mungkin berulang, apatah lagi semua orang yang aku sayang (bukan keluarga) macam endah tak endah saja. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing sedangkan setiap kali hari lahir mereka tiba, akulah orang yang paling sibuk memberi ucapan. Bila tiba turn aku, semua macam biasa je. Ntah la, mungkin aku tak penting lagi kot. Aku pun dah lali dengan keadaan ini.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri, dan menanam azam dalam umur 27 ni aku nak capai apa yang sepatutnya aku capai. Dari segi kewangan, Alhamdulillah semakin stabil berbanding dulu. Aku anggap kerjaya aku di tempat baru adalah hadiah paling besar dalam hidup aku sebagai wartawan.

Mekap artis bidan terjun dok mekap Ameer

Baru-baru ini, aku menerima jemputan daripada Warner Music Malaysia untuk majlis minum petang bersama Acha Septriasa, Estranged dan Ahli Fiqir. Kebetulan aku baru je lepas photoshoot dengan Ameer untuk ruangan JomStar Dude kat Taman Tasik Permaisuri. Ye la, itu je lokasi paling menarik yang dekat dengan rumah dia. Sebab dah lewat, aku pun angkut Ameer pergi sekali function tu dengan photographer JomStar, Dannial. Diorang buat kat KTV Bangsar, so boleh nyanyi-nyanyi katanya.

Sempat pose ngan Ameer gak...

Macam-macam la aktiviti yang diorang buat termasuklah berduet dengan artis pada hari tu. Ada yang berduet dengan Acha, ada yang duet dengan Mawar Berduri. Yang penting, aku pun nyanyi jugak berduet dengan Rich. Aku cukup suka dengan Estranged, sebab tu aku nak duet dengan Rich. Sian lak kat Rich sebab aku pilih lagu Mungkin daripada Anuar Zain. Lari genre dengan si Rich hehehe.. Last=last Rich buat second voice je, buat backup. Terasa kejam la pulak, tapi best sebab Rich pandai buat second voice.  Dapatlah aku sebotol sparkling juice ngan satu bar panjang Swiss Chocolate. Sedap!

Ameer ngan Estranged...

Lepas habis semua tu, aku berkejar pulak gi majlis doa selamat filem Eee... Hantu dekat Hotel Maluri. Nasib baik la dalam KL ni aku tak sesat sangat, tapi susah jugak nak cari hotel tu sebab terletak sebelah dalam. Artis yang ada masa tu termasuklah Ashraff Siclair, Raja Farah dan beberapa orang lagi. Lepas tu, aku terus hantar Ameer balik umah dan Dannial kat ofis.

Setelah itu, aku bergerak pulak ke Hartamas sebab nak lepak dengan Joe and the gang. Konon nak lepak kat Uncle Don sebab dah lama tak lepak situ. Tapi sempat lepak kejap je sebab Joe dah bising-bising makanan kat sana dah tak best macam dulu. Aku pun perasan jugak Uncle Don dah takde apa yang menarik selain tempat dia agak cosy. Kalau dulu Uncle Don la tempat lepak nombor satu aku, sekarang aku dah tak minat la. So, kitorang pun bergerak ke Haratamas Square. Actually aku tak minat Hartamas Square sebab bising. Aku ni kan pencinta rimba, mana suka bising-bising. Tu la sebab aku selalu elak bila orang ajak pergi disko. Lain la party, memang kita dah tau camana. Aku tak suka bersesak-sesak, pastu bising. Aku cepat loya bila berada tempat camtu.

Gambar lepak ngan Kecik kat ABC malam sebelumnya...

Zany yang kecik tapi suara beso!

'Lama' kemudian barulah Kecik datang membawa Zany yang comel tu. Aku ingat lagi dulu Zany kecik sangat, suara pun kanak-kanak riang lagi. Sekarang dia dah besar, dah presentable la berbanding dulu. Apa lagi, dok borak, ngacau Zany dan buat magic pulak. Biasalah, bila dah duduk sama, Joe, Kecik ngan aku pun mula la buat magic memasing. Aku tak la terror, tapi boleh la sket-sket. Dah lewat barulah balik. Tu pun kalau ikutkan memang tak balik, tapi sebab Hartamas Square dah tutup lampu terpaksalah chow.

Website Niskala

Semalam pulak, aku pergi showcase kumpulan baru Niskala kat Planet Hollywood. Aku ingatkan sape la Niskala ni, rupanya bekas kumpulan headwind. Tapi diorang tak pakai Zainal dah la. Tapi serius, muzik diorang memang best dan syok dengar la, especially lagu Nada. Jangan marah, ada lagu Sabri Yunus siap buat rap dikir barat lagik. Kiranya, kena support la Niskala ni sebab muzik diorang agak unik dan easy listening. Nak tau lebih lanjut, masuk website Niskala.

Habis je showcase, aku pun ajak Dannial lepak Starbucks kat depan KL Plaza tu sebab malas nak melawan jam petang-petang tuh. Sambil-sambil menaip story Niskala, aku pun minum Caramel Frappucino ngan sepotong Bluberry Cheesecake. Tengap sesedap melayan perasan, ada orang pegang bahu aku dari belakang. Toleh-toleh, rupanya Shawal. Alkisahnya, dia tengah shooting untuk drama. Yang penting, ada awek tomboy dengan dia masa tu. Kalau nak tahu cerita sensasi, tunggu kemunculan JomStar.com.

Tugeder-geder...

Sementara nak tunggu orang lain punyer shot, dia sempat la layan Mocha Frappucino ngan aku. Lama gak kitorang sembang berdua. Segala benda la aku dapat tau. Ye lah, selama ni tak dapat betul-betul borak ngan dia. Kiranya aku conquer sorang la semalam hehe... Ok la, tengok la sendiri aksi Shawal nih bila dah dok depan kamera laptop aku nih...

Ko ingat tu cermin ke Shawal?

Apa yang dia tengok pon aku tatau...

Daripada hari terang sampai dah gelap melepak... Handsome ke Shawal?

Dan saksikan... Galeri sengal Shawal!!!


Posted at 12:34 pm by juandanza
Comments (7)  

Next Page


+ + + + + + +

Profile

 

Nama: Juan Danza
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 02 Disember 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Rawa dan Minangkabau
Asal: Pahang, Negeri Sembilan dan Perak
Asal Keturunan: Pagar Ruyung
Pekerjaan: Wartawan Hiburan
Hobi: Muzik, Karaoke dan memasak
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Koyan
(1987-1991)
Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (FELDA)
(1991-1992)
Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution)
(1993-1996)
Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (FELDA)
(1993-1996)
Sekolah Menengah Sains sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
(1996-1997)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
(1998-1999)
Universiti Teknologi MARA, Kampus Dungun, Terengganu
(1999-2002)




BLOG JUANDANZA MENYOKONG 100% KEBEBASAN BERSUARA MELALUI PENULISAN BLOG. HIDUP BLOGGERS UNITED!!!

(...hanya pengecut sahaja yang berani mengutuk di sebalik nama samaran - Juan Danza)



Tag Board

   
Calendar

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Links





Qistina2

Best Malaysian Sites

Project:Maharani

Project:Maharani

>>> JUANDANZA <<<
>>> BLOG FAMILY <<<


AFITRI


ALIF


AMREEN


BLACKB


BURN


CAMARA


CARTOONJAWA


CHOTTO


CUTE


DEE


DEQCIKJER


DEWI


EJANN


GRRR


HANTU


HAIRI


HALY


IQRAM


IZ


JASE MARIO


JEL


JEZZ


KASH ED


KECEQUE


LEEZ


MIROSE


MONTOYA


MYRA


NINA


NURUL


PURPLE


QAZZAQ


RARARERA


RYNNE


SECRET WHITE


SPIDERX


STRATOVARIUS 7


SY LIA


TELO JAJA


TEPAK SIREH


TNI


VAMPIROO


WAHEEDA@NAJWA


ZACK R-RIJAL


ZEYHEY

JUANDANZA


BERITA BLOGDRIVE MENGENAI BLOG INI
1-TEKAN DI SINI

2-TEKAN DI SINI

JUAN DANZA HOTLINE
012-2454240
PERINGATAN: SILA HUBUNGI ATAU SMS JUAN DANZA UNTUK PERKARA-PERKARA PENTING SAHAJA. KEPADA YANG MENGHANTAR SMS, SILA SERTAKAN NAMA. TERIMA KASIH.

JUAN DANZA'S ADDRESS
D/A Juan Danza - Editor JomStar.com,
Locus Technology Sdn Bhd,
No 17-2, Jalan 3/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

JUAN DANZA'S E-MAIL
juan.danza@gmail.com

JUAN DANZA'S FOTOPAGES
JuanDanza Fotopages

JUAN DANZA'S MYSPACE
JuanDanza Myspace

MY BELOVED "BLOGGERS UNITED"

:: Klubbkidd Blog ::
:: Ajami Blog ::
:: Vernon Kedit Blog ::
:: Sultan Muzaffar Blog ::
:: Afi Mogarus Blog ::
:: Budiey Blog ::
:: Fiebie Blog ::
:: Badrul After Six Blog::

:: Kevin Zahri Blog ::
:: Iqram Fotopages ::
:: Afdlin Shauki Blog ::
:: Nabil FC Blog ::
:: Mohariz Yaakup Blog ::
:: Elkapitan Blog ::

FAVOURITE BLOG

:: Wenkt Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Nakaltitude Blog ::
:: Ejann @ E-jai Blog ::
:: Kayriel Blog ::
:: Tepak Sirih Blog ::
:: Rosman Positivo Blog ::
:: JawaMedoi Blog::
:: Malique Blog ::
:: Waiem Blog ::
:: Azlif FC Blog ::
:: Burn_acid Blog ::
:: Chotto Blog ::
:: Rynne Blog ::
:: Nizam Zakaria Blog ::

:: Senandung Semalam Blog ::
:: Iwanshu-Aswad Blog ::
:: Penabiru Blog ::
:: Hoipolloi Blog ::
:: Arenakita Blog ::
:: WSS79 Blog ::
:: Elf Blog ::
:: Gengsko Blog ::
:: T-merk Blog ::
:: Yesterdaey Blog ::
:: FaizNordin Blog ::
:: Midyrawk Blog ::
:: Altercronic Blog ::
:: Artyfeelhoneyme Blog ::
:: Dheqchik Blog ::
:: Sempoiizone Blog ::
:: Sumie Blog ::
:: Romzie Blog ::
:: RajaPelaut Blog ::
:: Eyzzros Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Airpool Blog ::
:: Adam Mikael Blog ::

QUEENS' BLOG

:: Sherita Blog ::
:: Mimirinie Blog ::
:: CheDetz Blog ::
:: Leez Blog ::
:: Mirch Blog ::
:: Yasmin Ahmad Blog ::
:: Imah Lenggok Blog ::
:: Lealaurielle Blog ::
:: Mekla Blog ::
:: Ratu Sedut Blog ::

FAVOURITE WEBSITE


:: Raydcza Schaphyque Website ::


:: Premelodic Website ::


:: The Muffins Band ::

:: Amreen Cyber Website ::
:: Malaysia View TV ::
:: Ed Website ::
:: Bilut Website ::

PERHATIAN: Terapat beberapa masalah yang telah belaku menyebabkan banyak link hilang dalam blog ini. Jika ada sebarang masalah, sila e-mail dengan segera. Maaf atas kesulitan. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah linkkan blog JuanDanza di blog mereka tetapi JuanDanza tidak linkkan pula blog mereka, sila tinggalkan pesanan di comments posting terbaru. Kerjasama antara kita semua amatlah diperlukan. Terima Kasih!

:: TARIKH PENTING ::

Birthday Ayahanda : 22 Julai
Birthday Bonda: 14 Jun
Birthday Diriku: 02 Disember
Birthday Fairuz Idzham: 16 Disember
Birthday Farah Izati: 15 Mac
Birthday Fakhrul Ihsan: 30 November
Birthday Ayein: 05 Januari
Birthday Azwady Yusof: 30 Mac
Birthday Shafrie: 14 Januari
Birthday Baim: 30 Januari
Birthday Asmawi: 25 Ogos

Birthday Britney Spears: 02 Disember (sama aku)


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed



Salmah - Get the Pink