function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}} function clickNS(e) {if (document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) { if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}} if (document.layers) {document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;} else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;} document.oncontextmenu=new Function("return false") // --> [JuanDanza] Kataku-Akalku-Pandanganku-AkademiFantasia
Apr 18, 2008
ON TV!

ASSALAMUALAIKUM

Kepada semua, aku akan muncul sebagai salah seorang panel dalam rancangan talk show Generasi Y. Rancangan ini dihoskan Awal Ashaari, ditayangkan secara langsung Ahad ini jam 12 tengahari menerusi RTM1.

Dalam rancangan yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan itu, minggu ini memaparkan persoalan mengenai program realiti TV. Pendek kata kena mengena jugak la dengan keje aku kan.

Ok la, kalau korang ada masa, tengok la. Maybe sape yang tengok Melodi boleh alih-alih ke TV1 kalau time iklan tu. Hehehe...

Takut gak nih, tapi aku rasa aku leh buat...


Posted at 03:40 pm by juandanza
Comments (10)  

Apr 14, 2008
DAPATKAN DI PASARAN!

MAJALAH AKSI AF
Majalah Rasmi Akademi Fantasia
Edisi Ke-5

Menarik minggu ini:

  • Faisal dan Riz - pengalaman dalam kumpulan Far East dan Equal Star
  • Siapa bintang ditinggal kekasih kerana sertai AF6?
  • Cerita kahwin Khai dan Rosma
  • Ika dilamar
  • Kisah Linda Jasmine
  • 'Singa' kembali mengamuk
  • Cerita Faisal mengenai mimpi sebelum tersingkir
  • Misteri di sebalik topeng
  • Gambar kandid pelajar AF6
  • Istimewa - Poster Lufya dan Naim
  • Menangi jam tangan dalam peraduan Potong & Menang


Posted at 03:12 pm by juandanza
Make a comment  

Apr 13, 2008
KONSERT KEEMPAT AF6

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama aku tak buat review pasal konsert AF6 kan? Minggu ni macam gatal pulak nak coretkan sesuatu mengenai konsert ni, walaupun aku tak la rajin mana pun. Kalau korang nak tau, sampai saat ni aku masih berada di ofis untuk menyiapkan tugasan mingguan aku. Apa taknya, setiap minggu aku ditugaskan menemuramah mereka yang tersingkir. Pendek kata, aku la wartawan pertama yang interview bebudak ni selepas dia terkeluar. Itu pun sebab majalah nak keluar hari Isnin, so jangan lupa la dapatkan ye. Macam dirancang pulak walaupun langsung tatau apa-apa, Faisal jadi cover minggu ni. Alih-alih dia lak yang terkeluar, so kebetulan sangat.

Berbalik kepada persembahan pelajar malam ni, aku sendiri tak terhibur sangat. Aku sendiri tak tau kenapa, mungkin minggu lepas dah dihidangkan dengan minggu rock, so minggu ni macam lembab sikit. Aku dapat rasa pihak produksi dah cuba buat yang terbaik untuk kasi happening, tapi tatau kat mana silapnya aku pun tatau. Semua cam mellowed sangat. aku rasa la kan, lepas ni kena kenal pasti la lagu apa yang orang mesti suka nak dengar. Ataupun, persembahan pelajar yang tak bersungguh-sungguh. So sape yang busuk persembahannya, dapat la skunk. Tau tak skunk tu apa?

Skunks are mammals, usually with black-and-white fur, that are best known for their ability to excrete a strong, foul-smelling odor. They belong to the family Mephitidae and to the order Carnivora. There are 11 species of skunks, which are divided into four genera: Mephitis (hooded and striped skunks, two species), Spilogale (spotted skunks, two species), Mydaus (stink badgers, two species), and Conepatus (hog-nosed skunks, five species). The two skunk species in the Mydaus genus inhabit Indonesia and the Philippines; all other skunks inhabit the Americas from Canada to central South America.

Skunks were formerly considered to be a subfamily of the Mustelidae family of weasels and related animals (where some taxonomists still place them), but recent genetic evidence shows that they are not as closely related to the Mustelidae as formerly thought.

Skunks are sometimes called polecats because of their visual similarity to the European polecat (Mustela putorius), a member of the Mustelidae family. (sumber: Wikipedia)

Ok la, ini review aku. Sori la kalau ada yang tak setuju. Ini sekadar pandangan aku jer...

(Foto ihsan laman web Astro)

FAISAL
Joget Bunga Melati (Halil Chik)
Sebelum konsert: 5%
Selepas konsert: 7%

Serius aku cakap, dia ni memang betul-betul berusaha untuk mengelakkan persembahan dia sumbang. Apa taknya, kalau betul la Ramli MS berhentikan persembahan dia kalau sumbang, memang cipta sejarah. First four bars, aku dah takut je Ramli Ms cakap 'oooppppppssss'! Memang la melakar Malaysia Book of Records. Lagu ni sebenarnya kena tambah kaler lagi, tapi bak kata Adlin dia playsafe (matila teringat jenama!) sebab takut tersumbang, lagi haru. Aku rasa ok, tapi sebab muka dia senyum macam tak senyum, dan tak berinteraksi sepenuhnya dengan penonton, aku tetap kena bagi skunk yang comel tetapi berbau hamis ni. Nah kau!!!

(Foto ihsan laman web Astro)

TOI
Laukku Cukup Masin (Spider)
Sebelum konsert: 8%
Selepas konsert: 8%

Aku tak paham apsal dia jadi macam badut kat atas pentas tu. Ke hulu ke hilir macam orang tak ada panduan je. Dah la suara setakat boleh nyanyi je, tapi langsung tak menarik perhatian aku. Kekadang aku tertanya-tanya, adakah dia masuk AF ni sebab merit pandai main angklung? Sampai sekarang aku dok tercari-cari apa keistimewaan dia setiap kali dia menyanyi atas pentas. Maybe Abang Ramli marah aku sebab cakap camni, tapi memang aku tak paham KENAPA! Aku nak tanya gak ngan korang, siapa yang terhibur dengan persembahan Toi? Dia ada kunyah lirik, dan macam tak pasti dengan apa yang dia sampaikan. Bila buat silap, terus nampak air muka dia macam tak syok. Tolong la, sapa la bawak dia masuk AF6 nih...

 Tambah lagi sebab baju buruk yaamatz!

(Foto ihsan laman web Astro)

ALIF
Menghapus Jejakmu (Peterpan)
Sebelum konsert: 17%
Selepas konsert: 16%

Tahniah Alif sebab berjaya hafal lirik. Korang nak tau, masa malam full dress rehearsal dia tak hafal lagi tau. Tapi malam konsert, dah ada keyakinan walaupun tak sepenuhnya. Ini bukan persembahan terbaik Alif, tapi aku suka tengok mimik muka dia semasa menyampaikan lagu ini. Dia ni sebenarnya banyak benda yang menarik dan dia enjoy dengan persembahan dia, tapi entahlah apa yang tak cukup. Lagu ni berkenaan lelaki yang putus cinta dan ingin menghapuskan wanita tu daripada hidup dia. So dia kena happy. Alif tunjukkan yang dia gembira, dan tak sedih, bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam lirik lagu. Vokalnya ada tenggelam, tapi boleh dimaafkan lagi sebab pitching ada sikit-sikit la tak betul. Ning kata pernafasan dia ada problem, tapi aku rasa pernafasan dia problem sebab nervous. Aku bagi skunk sekor untuk dia lebih berusaha dan tak 'busuk'.

(Foto ihsan laman web Astro)

SAIDA
Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
Sebelum konsert: 10%
Selepas konsert: 8%

Menjadi kakak Datuk Siti Nurhaliza memang sesuatu yang menekan Saida, apatah lagi kena nyanyi lagu adik sendiri yang dah memang mantap vokalnya. Yang sebenarnya aku dah putus harapan dah dengan Saida ni, selepas empat konsert vocal control dia masih tak elok gak. Masa nyanyi lagu ni, korang perasan tak tang korus tu sejibik macam Siti. Pendek kata, kedatangan Noraniza Idris sebenarnya tak membantu sangat pun, sebab Kak Ani lebih banyak buat adlib, dan sepatutnya suara Saida mengatasi suara Kak Ani yang projection dia semua orang tau tak la kuat sangat. Badi pentas - aku rasa bawak Saida ke Pavillion tak membantu langsung. Sama je macam sebelum ni. Ni lagi sorang bawak lagu macam tak sungguh-sungguh.

(Foto ihsan laman web Astro)

STANLY
Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
Sebelum konsert: 11%
Selepas konsert: 10%

Apa lagi aku nak komen pasal persembahan dia ni. Buruk, hancur dan memualkan. Lagu ni sebenarnya kena rileks, tak payah nak push sangat suara kononnya tenor tu sampai bukan setakat suara angsa, tapi suara gajah mengawan. Aku punya la suka ngan lagu ni, tapi nak muntah bila dengar Stanly nyanyi. Menangis la Ajai dengar lagu ciptaan dia jadi camni. Feel bukan main lagi, tapi apabila yang dengar kat telinga macam mendidih je, aku rasa dia yang patut disingkirkan instead of Faisal. Well, takde satu show dia pun aku suka sejak minggu pertama. Bwekkk!!!

(Foto ihsan laman web Astro)

RINA
Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)
Sebelum konsert: 7%
Selepas konsert: 8%

Lagu ni biasa je, takde apa kelainan yang Mama Rina bawak. Apa yang lebih menarik minat aku ialah bajunya yang memang lepas tu boleh terbang macam helang. Aku pun tatau apa konsep baju tu, sama ada nak tutup muffin top orang tua ni ataupun jalan mudah untuk nampakkan dia makcik-makcik sket selepas teruk dihentam sana sini pasal dia seksi sangat dedah-dedah bahu ngan dada masa pergi One World Hotel aritu. Lagu ni kalau bagi penyanyi kelab, kira lagu filler sepanjang persembahan malam tu la. Orang just dengar, tak tengok sangat penyanyinya. Pengunjung kelab mesti berborak sesama sendiri je kalau Mama Rina nyanyi lagu ni kat JI Club.

Sebab baju...

(Foto ihsan laman web Astro)

NADIA
Mengapa Dirindu (Saloma)
Sebelum konsert: 9%
Selepas konsert: 9%

Ni la akibatnya kalau 'nigger' nyanyi lagu asli. Kasar gila bunyinya, tapi aku tau minah ni dah berusaha gigih nak sedapkan lagu ni. Cara dia menari pun boleh buat orang tertarik la. Sedapnya kalau dapat nyanyi lagu asli dengan iringan muzik live camtu. Bagi aku, persembahan Nadia tak begitu natural, macam dipaksa-paksa sangat. Tapi aku salute la sebab dia berani hadapi tugasan ni sepenuh hati. Satu skunk untuk suara yang tak dilembutkan dan patah lagu asli yang memang jadi patah riuk!

(Foto ihsan laman web Astro)

NUBHAN
Cinta Hampa (D'Lloyd)
Sebelum konsert: 9%
Selepas konsert: 9%

Lembik dan tak bermaya - itulah yang aku nampak sepanjang persembahan si kobau balar (kena tau citer dalam Aksi) nih. Masa intro, gila la dia punya lemah gemalai yang tak bertempat tuh. Suara dia, tone dia, mak aiii... Boleh jatuh cinto. Tapi aku rasa, aku lebih sanggup 'dengar' dia nyanyi daripada 'tengok' dia nyanyi. Sakit lak mato, dengan baju macam pinjam kat Bangla yang meniaga kat Masjid India tu, trigger busuk bagi bunga kat Ogy... busukkkk sangat! Dah la terkangkang lak atas stage tu, nasib baik tak terkeluar benda yang tak patut kekeke... Jang oh jang!!!

(Foto ihsan laman web Astro)

RIZ
Marabahaya (Pop Shuvit)
Sebelum konsert: 10%
Selepas konsert: 10%

Memang susah lagu ni. Aku rasa dalam ramai-ramai, tugasan Riz paling susah sebab nak ingat lirik rap tu bukan senang. Panjang berjela lak tuh. Dah la kena menari sepanjang lagu sampai takde rehat pun. dah la badan dia camtu, kira bagus la gak. Aku suka konsep persembahan dia walaupun Ogy kata klise. Aiyoh, agaknya kalau buat kareografi orang berenang ataupun jadi badut, mesti tak klise kan sebab takde kena mengena dengan kereta! Bagi aku, step yang ala-ala drive keta tu sikit je, bukan banyak sangat. Kata suruh menjiwai lirik, tapi bila ikut lirik jadi lain lak komennya. Aku rasa mesti Ogy expect diorang buat step pegang gear, start enjin ngan tekan minyak macam Misha Omar nyanyi Bunga Bunga Cinta time AJL dulu. Satu skunk sebab suara tak jelas time korus.

(Foto ihsan laman web Astro)

STACY
Cinta Khayalan (Lagu Baru)
Sebelum konsert: 10%
Selepas konsert: 8%

Lagu ni catchy, dan untung Stacy sebab dapat lagu yang best dan direbut ramai penyanyi ni. Tapi tu la, bagi aku Stacy tak keluarkan suara dia yang natural, dan dia macam memaksa diri untuk kedengaran lantang. Tak perlu la aku rasa, sebab tu korang ada sound check. Projection tu penting, tapi kalau dah nak terkeluar anak tekak, perlu ker? Dia ni menyanyi bagus, tapi macam ada yang kurang sehinggakan tak nampak menarik. Dia tak cukup aura. Mula-mula tanak bagi skunk kat dia, tapi sebab ada high not yang membingitkan, dapat la sekor...

Bye Faisal!!!

********
Bacaan lain? Lawati blog The Council of Six:

Klubbkidd * Mr Manager * Sultan Muzaffar * Ajami * Budiey


Posted at 11:19 am by juandanza
Comments (5)  

Apr 11, 2008
SEPETANG DI AKADEMI

ASSALAMUALAIKUM

Actually posting ni, just aku nak share ngan korang mengenai pengalaman pertama aku pergi ke akademi untuk menemuramah Hetty Koes Endang yang menjadi tamu untuk minggu ini. Kehadiran Hetty sebenarnya sempena persembahan Minggu Setiausaha yang menampilkan diva Indonesia itu di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 17 April dan 18 April nanti. Alang-alang dah ke sini, tambah pula Ramli MS yang jadi music director persembahan Hetty nanti, dia dibawa bertemu dengan pelajar AF6. Aku pula ditugaskan menemuramah Hetty. Aku tak la naik sampai ruang pelajar sebab memang tak boleh, so dengar-dengar je la dari kejauhan masa diorang berlatih. Bagus la jugak, time berlatih macam ok je dengar. Harap-harap ok la.

Kat bawah ni aku just nak share a few pic yang kitorang amik suka-suka semalam. Ada la jugak si abang RA, Shafieq. Aku memang nak pass majalah yang ada muka dia tu. Ala, yang cover Lufya dengan Ika tu. Isk... Macam tau-tau je dua-dua tekeluar...

Sempat pose lite-lite kat lobby tu. Semua pics pelajar ada, sape dah eliminated ada tanda...

Bersama Ibu Hetty Koes Endang..

First time aku interview dia berdepan sorang-sorang...

Abang Iwan ni prefect sekolah aku masa aku form 3 kat VI. Dia dan kawan-kawan prefect lain penah buli aku ngan member aku Adi Amri dalam prefect's room. Hanya budak VI je yang tau betapa kejamnya mereka hahaha!

Abang Iwan & Kecik. Sape nak photographer yang bagus untuk pape majlis, panggil la diorang. Gerenti beres!

Kitorang saja je buat iklan majalah Aksi sat...

Last but not least, khas untuk tatapan peminat Shafieq. Enjoy!


Posted at 06:30 pm by juandanza
Comments (3)  

Apr 11, 2008
APABILA ALIF MENANGIS

ASSALAMUALAIKUM

Aktiviti blogging aku agak terbantut dalam seminggu dua ini kerana banyak hal yang nak dilakukan. Ye la, kalau korang lepas habis konsert mingguan boleh lepak-lepak, aku dah tak boleh sebab kena berlari (berlari ker?) balik ofis untuk hantar dan edit story konsert mingguan. Ye la kan, mungkin ada yang tak tau aku la antara manusia yang kena buat majalah rasmi AF tu bagi musim ini. So far so good, cuma aku tak boleh la nak sokong mana-mana pelajar sebab nanti orang kata tak adil pulak kan.

Semalam aku sempat la tengok Diari, dan aku tertarik dan terfikir macam-macam perkara apabila Alif menangis. Mungkin ada banyak tuduhan yang dilemparkan kepada mamat ni, tambah lagi sebab dia dapat tukar lagu. Ini kerana pengetua Ramli MS mengatakan lagu Come Out And Play nyanyian asal Offspring tu akan menjahamkan persembahan Alif. Ada yang kata tak adil, ada yang kata singkir je Alif sebab tak boleh buat. Dekat @15 pun bukan main orang dok hentam Alif.

Tugasan adalah cabaran untuk setiap pelajar. Harus diingat, AF bukan sekadar pertandingan nyanyian. AF ada fakulti, dan budak-budak tu masih belajar. Selain nak menang, mereka juga kena sedar mereka adalah pelajar. Apa yang menarik minat aku untuk mempertahankan Alif, bukan dia yang minta nak tukar lagu. Bak kata ibu Fauziah Nawi, sehingga titisan darah terakhir dah dia cuba buat yang terbaik. Tetapi apabila dia memang tak boleh buat, adalah satu kebaikan apabila Ramli MS tukarkan dengan lagu lain. Ramli pun takkan la nak bagi pelajar dia gagal. gagal bawa lagu tu, tak bermaksud Alif akan gagal jadi penyanyi. Dia memang takde basic yang kuat dalam English, jadi bukan salah dia. Korang rasa Offspring boleh tak bawak lagu Angan dan Sedar dalam jangka masa seminggu? Vokalis Offspring juga seorang penyanyi, adakah dia mampu bawa lagu Angan Dan Sedar tu?

Dalam hal ni, kita seharusnya berlaku adil kepada Alif. Penyanyi sedia ada pun belum tentu sudi nak bawa lagu yang bukan genre atau makanan dia. Penyanyi hari ini pun ada yang nyanyi lagu yang dia dah praktis berminggu-minggu sebelum buat show. Cuba tengok Datuk Siti Nurhaliza, dia nak pergi buat show kat London dulu berapa lama dia praktis walaupun itu lagu dia sendiri. Inikan pulak pelajar, yang diberi masa seminggu untuk melakukannya.

Maybe ada yang tak setuju dengan aku sebab AF sebelum ni pun hadapi perkara sama. Tetapi, kita tak boleh jangka apa yang kita hadapi dalam musim mendatang. apabila tak ada kelainan, orang bising. Ada kelainan, pun orang bising.

Aku tersentuh dengan kata-kata Alif semasa penghujung diari pertama semalam, masa dia borak dengan cik Kutip. Alif ada cakap, "Teruk kan Alif kan...". Aku dapat rasa dia hampa sebab selepas dia berusaha keras, dia tak dapat buat yang terbaik jugak. Bukan dia tak boleh buat, tetapi Ramli tanak dia bawa keburukan tu ke pentas, apatah lagi pengkritik sekarang ni bukan bagi can kat budak-budak ni.

Bagi aku, AF tempat belajar, bukan tempat orang yang sedia pandai nak tunjuk terror. Alif ni ada masa depan kalau dididik betul-betul. Budaknya pun baik, dan tak besar kepala. So aku ucapkan good luck untuk Alif.

Menghapus Jejakmu

Terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat 'tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat 'tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya..
Lepaskan segalanya...

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat 'tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

********

Mulai minggu ini baru aku akan start bantai kalau persembahan haru. Puji untuk yang bagus, keji untuk yang tak bagus. Ini tugasan minggu ini...

Pelajar Lelaki
Nubhan : Cinta Hampa (D'Llyod)
Riz : Marabahaya (Pop Shuvit)
Faisal : Joget Bunga Melati (Halil Chik)
Stanly : Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
Alif : Menghapus jejakmu (Peterpan)
Toi : Laukku Cukup Masin (Spider)

Pelajar Wanita
Rina : Terbang Helang (Sharifah Aini)
Nadia : Mengapa Dirindu (Saloma)
Saida : Hati Kama (Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
Stacy : Cinta Khayalan (Stacy)

*********

Cinta Khayalan
Stacy

Asal lahirnya impian ku
Bila terpandang wajah mu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat jiwa kalbu ku

Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hati mu
Ku sedari ini bukan biasa

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan

Kau yang ku puja
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan (di hati ku)
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kau lah satu cinta terlarang

Engkau lafazkan perasaan mu
Tulus hati jiwa mu
Penuh keikhlasan penuh bermakna
Memikat hati naluri ku

Walau kau sedari
Kau tetapkan perasaan mu
Kau berikan cinta yang terlarang

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan

Kau yang ku puja
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan di hati ku
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kau lah satu cinta yang terlarang

Walau ku tahu kita tak mungkin bersama
Tetap ku sanjungi cinta mu yang suci agung terlarang

Lagu: Sharon Paul
Lirik: Shimy & Sheikh Kalam



Posted at 02:23 pm by juandanza
Comments (2)  

Mar 19, 2008
SIAPA SHAFIQ?

ASSALAMUALAIKUM...

Siapa Shafiq? Itulah tajuk posting aku ari ni. Aku mendapat khabar berita yang ramai tertanya-tanya siapakah gerangan warden atau RA baru AF6, Mohd Shafiq Isam. As I wrote on previous entry, silap-silap orang bantai AFUNDI dia pulak. Hehe... Nak wat camana kan, setiap musim semua RA hensem-hensem belaka termasuklah Abang Askrul (ni yang paling hensem! Hehe!). Kali ni, si Shafiq pulak yang ditugaskan menjaga kebajikan pelajar lelaki musim keenam ni. Secara peribadi, aku kenal jugak la Shafiq ni sebab pernahlah minum semeja dengan kawan-kawan dia yang lain. Tak sangka pulak yang dia ni boleh terbabit dalam AF6 kali ni. Patutlah tengok Diari kali ni macam kenal je mamat nih. Rupa-rupanya Shafiq.

      

Shafiq ni sebenarnya banyak terlibat dalam modeling. Apa taknya, mamat nih tinggi, bertubuh tegap dan hensem orangnya. Kali pertama aku kenal dia selepas rakaman rancangan Oh! Lelaki! yang ketika itu artis undangannya adalah Mawi dan pereka fesyen, Bon Zainal. Umur dia baru 25 tahun (tapi belum cukup sebab lahir 24.12.1983), berasal dari Johor Bahru dan ada bisnes sendiri. So no wonder la dia leh 'cuti' kejap untuk jadi RA.

     

Ok la, aku pun nak kongsi dengan korang antara koleksi gambar Shafiq ketika terlibat dalam modeling. Kalau ada yang perasan, mungkin ada nampak. So kepada peminat Shafiq, enjoy the pics ya!

Dari kiri - Syed Amir, Aliff, Idris dan Shafiq

Korek punya korek, akhirnya aku jumpa balik gambar aku dengan Shafiq. Kebetulan masa tu aku dengan Rizal AF5 nak melepak dekat Pelita Bangsar ak.a HQ, so terjumpa Shafiq dan kawan-kawan dia. So kami pun melepak la sekali.

Aku dengan Shafiq @ Pelita Bangsar. Kat belakang tu si Rizal menyelit sama...


Posted at 12:32 pm by juandanza
Comments (26)  

Mar 17, 2008
AF6 - TUGASAN MINGGU PERTAMA



ASSALAMUALAIKUM...

Diari pertama, minggu pertama musim kali ini aku tonton dari ofis. Senang betul nak buat kerja sebab dah memang TV bersaluran Astro terpacak atas kepala kitorang semua je. So tepat pukul 6, kitorang dah on TV untuk lihat apa yang berlaku. Kalau nak tahu, kitorang mula-mula dah gelak sebab Sarimah pakai baju 'siaran ulangan'. Tak percaya? Bukak Aksi keluaran pertama yang Ramli MS pakai baju pink tuh. Alamak Kak Mah, kantoi la pulak!

Untuk permulaan, sesi berborak dan baca surat wasiat dibaca oleh Yana, Saida dan Nubhan. Nampak sangat tak sedih kan. Masa tu diorang masih kat kem yang bertempat di Putrajaya tu. Yang menarik, Nazieb yang tersingkir (tak ada rezeki, kesian aku kat dia...) sempat passed rantai untuk Ika. Amboi... Ni mesti kes sempat bercengkerama nih. Lepas tu mereka terus bertolak ke bangunan Akademi Fantasia. Sampai depan pintu, disambut oleh RA baru. Kalau musim lepas Abang Askrul dengan Kak Sherry, kali ini orang lain pulak yang jadi RA. Mereka adalah Shafiq dan Mariam. Both of them aku kenal sangat, since Shafiq memang aku selalu nampak dia jadi model for Oh! Lelaki!, dan Mariam yang aku panggil Che Am tu ada kena mengena dengan seorang selebriti popular sekarang nih yang bernama 'J'. Pandai-pandailah korang speku yer.

Masalahnya, sekarang ni aku nampak RA hensem dan cun melecun. Camno tuh? silap-silap korang siap tersalah undi pulak. Perhatian ye, takde maknanya korang nak AFUNDI SHAFIQ atau AFUNDI MARIAM sebab memang takde. Korang tekan la butang merah R tuh, pon takde nama diorang. so, sehensem atau secun mana pun diorang, korang takleh undi hahaha... Tapi aku tak nafikan jugak, silap-silap mau diorang berdua pulak yang ramai peminat nanti. Apa-apa pun, all the best to both of you.

Hah, bebudak ni dah start masuk kelas Cikgu Siti Hajar, tapi muka masing-masing... Ya Rabbi... Semua muka cam hapa dah. Mesti kes tak cukup rehat, then Cikgu Siti bercakap je. Aku tak tau la diorang punya roh kat mana dah tu. Yang si Naim tu siap boleh cover menguap, muka pun dah jadi herot. Ok la, itu je paparan diari pertama. Takde apa sangat pun, maybe sebab first day. Apa pun, untuk Kak Mah, selamat shopping baju lebih sikit ye. Daaa...

*********
Diari kedua, hari pertama, minggu pertama - sambung je daripada diari satu hari ni. Entahlah, sama je yang aku nampak. Tapi dah mula la ada gosip 'gitu-gitu' seperti babak si Stanly mengajar Ika nyanyi lagu Umbrella. Amboi, kellas kan hadek-hadek kalau bab lagu Rihanna kan. Pastu ada pulak sesi manja-manja Toi dengan Alif sementara tunggu masuk kelas.

Selain itu, seperti biasa hari pertama mesti ada perkenalan dan ucap selamat daripada tenaga pengajar. Wah, lain je nampak akademi tu sebab tenaga pengajar semuanya perempuan kecuali Abang Ramli. Yang lain, semua perempuan. Ok la, korang pun tau yang semua dah dapat lagu. Bagi aku, ni langkah bijak sebab sediakan lagu 'makanan' diorang pada minggu pertama. Sekurang-kurangnya takde la harapan musnah macam musim lepas. Apa taknya, baru nak syok-syok tengok, lagu macam hampeh, vokal masing-masing pun sedeh. So, dengan pemilihan kali ini yang diketuai abang Ramli MS, aku yakin tak la seteruk musim lepas.

Ini adalah tugasan pelajar AF6 bagi minggu pertama:

Pelajar Wanita

Saida
Terlalu Cinta Rossa

Sebelum ni orang kata Rossa ni macam muka adik dia, Datuk Siti. Aku sendiri tak pasti sama ada Saida boleh buat dengan baik atau tak menerusi lagu ni sebab aku sendiri tak berapa yakin dengan kekuatan vokalnya. Aku hanya dapat nilai sikit aje, itu pun masa PC pengenalan pelajar kat Marriot aritu, then dengar dalam Tirai AF6. Memang la sikit, tapi aku jadi pelik sebab bunyi dia ada yang tak kena. Tak tau la pulak kalau atas pentas minggu ni dia ok. Barulah kaum ibu ramai yang bangga sebab jadi ibu yang vogue dan boleh nyanyi. Saida beruntung sebab dapat lagus edap macam ni.

Nadia
Rindu - Hetty Koes Endang

Walaupun bersuara husky, tetapi Nadia dapat lagu macam ni. Bagi aku, suara dia tu la yang akan beri warna kepada lagu macam ni. Takde la timbul soal klise atau stereotaip sebab lagu ni lagu lama. Kalau orang lain nyanyi, mesti nampak biasa. But since Nadia yang diberikan tugasan ini, aku yakin minggu ni tepukan gemuruh akan berkumandang di Dewan Sivik MBPJ.

Stacy
No One - Alicia Keys

Makanan dia. Dari awal lagi aku dah nampak yang Stacy lebih banyak terdedah dengan lagu Inggeris, dan aku tak rasa akan jadi satu masalah untuknya menyanyikan lagu sebegini. Cuma, kena berjaga-jaga dengan soal diction dan cara menyampaikan setiap perkataan. Tapi jangan isau, Cikgu Fati kan ada. Bagi aku, Cikgu Fati adalah orang yang tepat untuk membantu.

Lufya
Engkar Bunga

Lagu ni jarang didengari ramai. Ada kebaikan dan keburukan apabila Lufya dapat lagu ni. Kalau orang jarang dengar, orang akan anggap lagu ni lagu Lufya kalau... diulangi KALAU Lufya mampu mewarnai lagu ini dengan baik. kalau haru, haru la sepanjang musim dan nantikan saat tarik beg. So, buat la betul-betul kan...

Ika
Umbrella Rihanna

Minah ni macam merangkak-rangkak masa nak sebut perkataan lagu ni. Isk, bagi aku lagu ni song of the year memandangkan ramai yang nyanyi lagu ni balik seperti Marie Digby, Boyce Avenue dan few bands. Tapi jangan risau, bagi aku kekuatan melodi tu akan membantu dalam penyampaian lagu ini, dengan syarat Ika kena yakin yang dia boleh buat. Sayang kalau dia hancurkan lagu ni. Tapi tu la, aku lebih suka kalau Abang Ramli mintak dia buat style akustik macam Marie Digby. Mesti syok!

Yana
Diriku Tapak Sulaiman Elyana

Bagaikan diriku tapak sulaiman! Wah... Lagu Elyana dinyanyikan oleh Yana. Gitula kan, nak jugak ada persamaan. Lagu ni memang radio friendly, but on stage aku rasa Elyana nyanyi pun biasa-biasa je. Kalau kat radio je sedap dengar. But aku tak tahu, kalau Yana boleh menguasai pentas, aku tak hairan boleh dapat tepukan.

Rina
Simply The Best - Tina Turner

Makanan Mama Rina nih. Siapa tak tahu lagu ni, nak pulak orang lama atau otai pulak yang dapat lagu ni. Korang tengok je la nanti macam mana persembahan nenek power nih.

Pelajar Lelaki

Faisal
Satu Kiblat Yang Sama Rabbani

Dalam ramai-ramai, aku rasa dia ni la yang dapat makanan paling lazat sebab ni memang 'makanan ruji' dia. Dengan tona suara yang memang sesuai dengan nasyid, bekas back-up vocal kumpulan Far East ni memang sesuai dengan lagu ni. Ada pulak yang kata dia ni boleh jadi dengan Mawi, cuma bagi aku suara dia agak kasar dan kena kontrol sikit cara penyampaian dia untuk lagu-lagu lain. Buatnya nyanyi lagu omputih jadik nasyid, tak ke naya!

Toi
Pagi Yang Gelap Hujan

Pemain angklung ni tak dapat dikesan lagi kekuatan vokalnya. Sama ada bersuara rempit atau romantrik, kita dengar la nanti. Pasal lagu, AKU TAKNAK KOMEN. TITIK!

Riz
Ketulusan Hati - Anuar Zain

Aku rasa Riz boleh nyanyi lagu ni sebab ni memang genre yang dia minat pun. mamat ni memang suka R&B, biasalah golongan macam dia ni memang suka lagu macam ni. Maksud aku, dia kan dulu group yang banyak mempersembahkan lagu macam ni. Sesuai la dengan dia. Cuma aku nak tengok nanti dari segi penghayatan yang akan ditonjolkan. berjaya atau tidak, tengok saja nanti.

Stanly
You Raise Me Up  - Josh Groban

Kellas Stanly dapat lagu ni. Memang makanan untuk dia yang bersuara tenor. Tapi aku tak tau la lagu tu jadi sesedap Josh Groban, ataupun Westlife, ataupun William Hung. Aku tak berani nak kata apa sebab mamat ni pilihan 'pemilih'. Mungkin dia ada masa depan cerah dalam industri seni suara sebab lain.

Naim
Memburu Rindu- Hattan

Rempit is back! Suka la lagu ni, sebab mengingatkan aku pada zaman kecik-kecik. Nyanyi lagu ni sambil naik buaian yang aku buat sendiri, ikat kat dahan pokok cempedak. Masa tu aku still duduk kat Sungai Koyan (tribute to Mael! Haha...) Oleh kerana ini memang gaya dan genre yang dia pilih, aku tak hairan kalau dia boleh bawa lagu ni dengan baik. Yang aku nak tekankan, sama ada cara pengawalan vokal dan showmanship berjaya menarik perhatian.

Alif
Sayang Sayang - Aliff Aziz

Lagu untuk orang yang cute. Maksud aku Aliff Aziz, mungkin juga Alif bagi sesetengah orang yang suka muka ala-ala anak mami nih. Alif bersuara tidak garau dan tidak besar, so mungkin sesuai membawakan lagu sebegini. kalau dia yang bawak lagu rock, entah apa la yang jadi. Lagu ni tengah 'in' so ini satu advantage untuk Alif memperlihatkan bakatnya.

Nubhan
Ruang Rindu Letto

Aku sendiri pun tak tahu sama ada sesuai ke tak mamat N9 ni nyanyi lagu ni. Aku tak pernah dengar cara dia nyanyi, so tak dapat nak bayangkan. Tapi lagu ni memang best. Kalau tak buat betul-betul, jangan marah kalau ada selipar jamban naik atas stage yo jang!


Posted at 09:25 pm by juandanza
Make a comment  

Mar 17, 2008
LEMBARAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua! Aku harap semuanya ceria bila bukak-bukan blog aku kali ni, ada pulak update baru. Hehe... Ntah la, aku pun tak tau apa penyakit la dengan aku sekarang ni malas sangat nak update blog kalau nak compare dengan dulu kala. Kalau dulu, tak update satu hari pun rasa macam tak lengkap kehidupan. Sebenarnya, kalau nak ikutkan menulis blog ni boleh kurangkan stress. Mungkin jugak aku dapat cara baru hilangkan stress, so lupa lak nak update blog. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang tetap jugak bukak blog ni walaupun orang kata bersawang or blog alam barzakh. Takpe la, yang penting aku mesti dapat semangat balik untuk blogging. Aku tak nafikan kenangan dihentam masa lampau dulu membuatkan aku malas sangat nak aktif blogging. But since semua dah ok, aku rasa dah sampai masa aku kembali semula.

Well, untuk Akademi Fantasia musim keenam ni, secara langsungnya aku semakin hampir dengannya. Bukan apa, selepas kejadian 'Tipah Tertipu' dekat tempat keje sebelum ni, aku mendapat tawaran kerja yang merapatkan aku dengan AF6. Tapi dalam masa sama, aku pun kena jaga jugak sesetengah benda yang P&C. Takut pulak aku nanti dituduh pecah lobang. Sedangkan aku tak buat pun boleh kena tuduh, inikan pulak aku buat kan. So, aku rasa lebih baik aku diam dan tulis apa yang dah revealed dalam TV aje. Apa yang aku boleh tulis kat sini hanyalah komen aku dalam setiap yang terjadi sama ada dalam konsert ataupun diari harian.

Ok la, aku rasa korang pun dah tau siapa yang tercalon dalam AF6 kali ni. Daripada 25 orang yang dipanggil, tanpa Konsert Prelude sebaliknya ditukarkan dengan kem bina semangat ala lasak gitu, 14 terpilih masuk ke dalam AF6. Kesian jugak la pada yang lain-lain yang tak masuk tu. Iye la kan, dengar khabarnya ada yang siap buat kenduri doa selamat sebab dapat masuk AF, tiba-tiba tak sempat pun bergelar pelajar. Ada yang sampai berhenti kerja sebab terlalu yakin AF akan mengubah impian menjadi realiti, padahal selama ini pekerjaan itulah yang menyara diri dia dan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang banyak benda yang kita korbankan demi mengejar cita-cita. Kalau dah terhenti separuh jalan tu, pandai-pandailah bangkit semula.

Mereka yang tidak ada rezeki...

Aku terfikir jugak kadang-kadang, cuba letakkan diri korang kat tempat mereka, Kalau tak pun, letakkan diri korang sebagai kaum keluarga terdekat, kawan-kawan rapat atau orang satu kampung kepada mereka yang tersingkir ni. Camana perasaan tu agaknya ye? Betapa besar harapan yang dibawa mereka, terhempas ke batu jua akhirnya. Tapi pesan aku kat orang kampung atau saudara terdekat yang dengki kat diorang ni, janganlah tambah kesedihan mereka. Jangan pulak korang jaja satu kampung kononnya diorang ni suwei la, takde bakat la, berangan atau apa saja kutukan yang mungkin korang boleh lemparkan. Aku nak cakap satu je, diorang ni antara yang terbaik daripada yang terbaik. At least, ada jugak muka diorang masuk TV. Yang kaki ngutuk ni, korang dapat apa? Korang nak keluar kat remote control TV pun belum tentu tau!

Bila kes macam ni berlaku, aku teringat dekat Isa, peserta konsert prelude AF3 dulu. Si Isa ni takde la miskin sampai tak makan, tetapi taraf hidup keluarga dia tak la sederhana. Tengah-tengah antara daif dan sederhana. Dia orang Sarawak, so nak datang ke Semenanjung sampai kena pinjam duit orang kampung dan bergolok bergadai semata-mata nak kejar cita-cita. Tapi bila tersingkir kat Konsert Prelude, musnahlah harapan. Paling menyedihkan, dah nak kena bayar balik duit yang dipinjam walaupun masa tu show sikit sangat. Last-last dengar khabar, sekarang ni Isa balik kampung dan teruskan hidup macam dulu. Kalau dia duduk KL mungkin dia ada peluang lain, tetapi macam mana dia nak survive kalau tak ada jalan untuk dia teruskan. Lain pulak ceritanya macam Shiha, Rina, Leez, Hazama, Liya dan Tasha yang tetap meletup walaupun hanya sampai Konsert Prelude saja. Diorang pandai cari peluang walaupun tak dapat dan tak sempat pun jadi pelajar. Yang lain macam Isa, Haider, Lynn, Jeff, Azlif, Diana dan Shaz pulak, aku tatau apa yang diorang buat dalam dunia seni ni. Yang ada aku terserempak atau terlepak pun Haider yang aku terjumpa kat Bukit Bintang berkeliaran tatau buat apa, Azlif jumpa kat Petronas TPM masa isi minyak, dan Shaz masa launching single Hazama.

Tapi kalau fikirkan balik, ramai juga yang bergelar bintang tetapi tak secerah bintang prelude yang berjaya. Korang sendiri nampak ramai bintang AF sebelum ni macam tercari-cari mana nak pergi. Album tak nampak, berlakon tak ada, show lagi la tak ada. Bagi aku, dalam dunia seni ni kena pandai cari peluang je. Kalau malas dan harapkan semua bergolek datang, jangan la harap. Kalau budak AF5, aku nampak ada la beberapa bintang ni yang rajin cari job macam Rizal, Shawal, Afiq, Noni dan sorang dua lagi. Tak dapat show nyanyi, cari peluang berlakon. Ada jugak la aku nampak terselit situ sini dalam drama tempatan. At least diorang ada keinginan, bukan feeling star tapi hado!

****************

Jom cerita pasal budak AF6...


Nama Penuh : Mohamad Aliff Mohd. Razali
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 30 September 1986
Tinggi : 170cm
Berat : 65kg
Hobi : Menonton wayang dan bermain gitar

Mamat yang kerja jurugegas TNB ni kalau ditengok dari segi rupa, macam ramai peminat. Ye la kan, kalau korang perhatikan juara sebelum ni, hanya yang bermuka jantan je yang jadi pilihan ramai. Dia ni anak kedua daripada tiga beradik, dan pernah menyanyi dengan Mila masa Berkampung Bersama Hotlink. Kelas gitu kan, tiap tahun ada je wakil dari Penang. Pendek kata orang Penang ni berbakat jugak noo... Dari segi suara, sebab tak tengok konsert lagi aku tak berani nak komen. Kita tunggu je la ek konsert pertama nanti. AFUNDI ALIF!


Nama Penuh : Muhammad Faisal Abdullah
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Tinggi : 169 cm
Berat : 66 kg
Hobi : Bola sepak, futsal dan tenis

Mamat nasyid pernah jadi back-up singer untuk kumpulan nasyid Far East. kalau korang dengar dia nyanyi pun, korang boleh agak dia memang bersuara nasyid sebab lenggok dia memang menjurus ke arah itu. Muda lagi, baru 22 tahun dan still bujang. tapi tak tau la kalau dah ada awek ke belum. Ada peminat dah dia ni, sebab aku ada terima SMS cakap AFUNDI Faisal. Hehehe! Siapa yang SMS? Biarlah rahsia. Tunggu je la sapa nak form Fan Club untuk dia ni. Apa-apa pun, AFUNDI FAISAL!


Nama Penuh : Ika Nabila Abdul Rahim
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :19 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 22 Jun 1989
Tinggi : 157cm
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi berlakon

Sorang lagi awek Penang yang bakal menempah jalan menjadi juara AF. Anak sulung daripada empat beradik nih sorang je anak pompuan dalam family. Kira heroin tunggal gituh. Suara? Aku tak tau lagi kemampuan minah ni sama ada dia macam Mila atau tak. Bukan apa, biasanya yang pompuan ni kita susah nak nampak dari awal sebab macam sama je. Apa pun, kita tunggu je la time konsert nanti. AFUNDI IKA!


Nama Penuh : Lutfyah Sheikh Omar
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 23 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Tinggi : 5'5"
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Boleh tahan jugak minah JB ni sebab dah banyak kali muncul sebagai model iklan. Sekali tengok, aku rasa dia ni ada persamaan perangai kot dengan Dekna. Dia ni ada la kaitan dengan Betty Banafe, dan ada wajah ala-ala Arab gitu. Dia ni ada pakej, tapi maklum je la kan. AF ni kalau tak jaga kelakuan mesti orang tanak undi, especially pompuan. Tapi takpe, kalau dia betul-betul boleh nyanyi aku rasa tak ada masalah orang mengundi dia. yang penting, dia kena buktikan dia benar-benar berbakat dan bukan sekadar cantik sahaja. Aku rasa dia la paling vogue dalam ramai-ramai, apatah lagi umur dia pun dah 23. AFUNDI LUFYA!




Nama Penuh : Nadia Haswani Hasnan
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :18 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 14 April 1990
Tinggi : 5'00"
Berat : 49kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Actually minah ni dah pernah terkenal, sebab cerita pasal dia ni pernah masuk alam newspaper Berita Harian dulu. Masa tu umur dia 16, tahun 2006. Dia ni pernah menang pertandingan menyanyi kat Maju Junction sehinggakan Jatt pernah offer kat dia untuk merakamkan album. Tetapi tak tahu sejauh mana pasal album tu, dan aku sendiri nampak ada kelainan yang dia ni tonjolkan. Cara macam urban, tapi aku tak nampak lagi kekuatan dia dalam lagu genre macam mana. Mungkin Abang Ramli MS tahu kekuatan dia. Dia ni aku pernah interview masa audition, sebab masa tu tunggu hujan teduh kitorang lepak dalam tempat menunggu ke stage 3. Dia ujibakat kat Astro, hari kedua kalau tak silap aku. Hari yang sama dengan Mama Rina. AFUNDI NADIA!


Nama Penuh : Muhammad Shauqi Naaim Salmi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 20 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Tinggi : 183 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Komputer, badminton, membeli-belah dan menyanyi

Nak jadi rezeki, Naim yang macam mat rempit nih dapat jugak masuk AF6 walaupun dah tak lepas masa uji bakat kat Penang. Sanggup nih redah datang KL semata-mata nak masuk AF6. Ternyata usaha dan pengorbanan dia berjaya sebab terpilih. Dia ni manja la jugak, sebab nenek dia yang jaga dari kecik. Tapi tu la, nampak je rempit tapi suka dangdut ok! Teringat lak aku kat Felix masa nyanyi lagu dangdut. Seronok la pulak. Mamat yang tinggi macam pokok kelapa ni aku rasa lebih kurang sama ngan Farha kot. Gambar kat atas ni nampak macam tak handsome sebab belum grooming, tak caya tengok Aksi edisi kedua nanti. Handsome la jugak sebenarnya. AFUNDI NAIM!


Nama Penuh : Ahmad Nubhan Ahamad
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Tinggi : 180cm
Berat : 70kg
Hobi : Memancing

Orang kampung den! Sape yang minat muka baby face macam dia ni mesti nak undi dia kan. Yang ni nampak macam Dafi sket la. Tapi aku tak tau la sejauh mana dia punya 'Baik Punya!!!'. Dia ni asalnya kerja sebagai pegawai bank, tapi sebab minat menyanyi try la masuk AF. Sama ada amik cuti atau berhenti, aku pun tak pasti. Kalau Sampai final berbaloi la jugak, kalau tak, ontahlah... Den pun pun tak tau nak kato apo... AFUNDI NUBHAN!


Nama Penuh : Hairina Abd Halim
Bangsa : Melayu
Status : Ibu Tunggal (1 anak, 2 cucu)
Umur :44 tahun
Asal : Selangor
Tarikh Lahir: 6 Januari 1964
Tinggi : 5'2"
Berat : 56kg
Hobi : Menyanyi, memasak dan memancing

Agak-agak Kak Nita makan hati tak? Tapi takpe, sebab Kak Nita dah Diva. Mama Rina pulak diva in the making. Cucu dua ok, tapi menyanyi still bertenaga. Yang ni, aku harap penonton lebih berfikiran terbuka sebab dengan hasil titik peluh dia selama ni la, dia mampu sara anak dia yang sorang tu. Cucu pun dah dua, dan aku rasa inilah perserta AF yang paling diingati sebab pertama kali AF ada pelajar berusia 44 tahun. Aiyoh, kalau yang muda pun tak reti nak bersaing sedangkan tenaga masih kuat berbanding Mama Rina, aku pun tak tau nak kata apa. Yang penting, nampak sangat pengalaman tu yang boleh membawa kejayaan kepada mana-mana penyanyi. AFUNDI RINA!


Nama Penuh : Mohammed Idris Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, boling dan video game

Haha... Aku kenal mamat ni sebab dia budak Equalstar. Dulu masa aku keje kat i-Remaja, diorang ada shooting baju raya ngan kitorang. Since that, kitorang selalu la contact. Dia ada bagitau yang dia nak pergi audition, dan ada jugak la mintak pendapat aku itu ini. Tak sangka lak dia dapat masuk. Good for him la. Dia ni boleh nyanyi, dan aku tak rasa dia ada masalah atas pentas sebab dia dah biasa. Selain dia, ada dua lagi budak Equalstar yang shortlisted iaitu Azhar dan Nazieb. Tapi nak buat camana, dah rezeki si Eddy (nama masa Equalstar) kan. AFUNDI RIZ!


Nama Penuh : Siti Norsaida Tarudin
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (4 anak)
Umur : 32 tahun
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Tinggi : 5'3"
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi dan bersukan

Yeszaa... Sorang lagi anak Pak Tarudin dan Mak Mah masuk dunia seni. Kalau dulu Datuk Siti dengan adiknya Saerah yang menonjol, this time kakak pulak. Adik yang nama Ali tu bila nak join lak? Hehehe... Kalau Ali masuk, mesti ramai awek gila kat dia. Saida ni boleh tahan jugak, tapi aku tau dia memang tak mampu nak bergantung kepada populariti adiknya Datuk Siti. Saida memang kena buktikan dia boleh nyanyi, walaupun tak setanding Datuk Siti. Kemasukan dia ni akan bagi kaler pada AF6. AFUNDI SAIDA!


Nama Penuh: Stracie Angie Anam
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Agama : Kristian
Bangsa : Kadazan/Dusun
Status : Bujang
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155 cm
Berat : 51 kg
Hobi: Menyanyi dan menari

Satu-satunya wakil Sabah musim ini selepas AF5 dibanjiri bintang dari sana seperti Ebi, Farha dan Noni dan AF4, Velvet, Nora dan Lotter. Pelik gak aku sebab ada sorang je musim ni. Tapi aku dapat rasa jugak sebab masa aku pergi Sabah aritu untuk lihat sendiri proses uji bakat di sana, memang lain macam kalau nak bandingkan sebelum ini. Tapi tak apalah, mungkin satu sudah cukup untuk kibarkan bendera Sabah semasa konsert final nanti. Itu pun kalau Stacy boleh buat betul-betul la. Jangan kasi malu sama Sabah! AFUNDI STACY!


Nama Penuh : Stanley Maringai David Impi
Bangsa : Iban
Status : Bujang
Umur : 25 tahun
Asal : Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Tinggi : 155 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Bermain piano, menyanyi dan melayari Internet

Haa... Inilah dia peserta AF bersuara tenor yang dicungkil bakatnya di Sarawak. Dia ni kira berbakat besar, dan suara macam dia ni tak banyak kat Malaysia. Actually kalau diperamkan kat Malaysia, sayang sebab bakat yang dimilikinya sangat berharga di luar negara. Langkah memberi peluang kepada Stanly memang bagus, manalah tahu ada Mat Salleh terpesona kalau tengok AF kali ni. Badan besar, tapi tak tahulah bakatnya besar jugak atau tak macam Bob. Kalau Bob boleh nyanyi pelbagai genre, yang ni aku tak pasti. apa pun, good luck for him. AFUNDI STANLY!


Nama Penuh : Khairul Nizam Baharom
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (2 anak)
Umur : 31 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 31 Mac 1977
Tinggi : 172 cm
Berat : 64 kg
Hobi : Berenang, buat lawak dan bermain angklung

Hebat tak dia ni. Dia pemenang dua pingat emas semasa World Championship of Performing Art 2005, di US dalam permainan angklung. Wah, hebat AF6 kali ni. Ada orang yang cukup berbakat dalam permainan alat muzik. Namun harus diingat, kekuatan vokal paling utama dalam AF. Walaupun dah kahwin, tapi jangan tak tau yang dia ni suka menyakat jugak. Anak dah dua, tapi dengar khabar dah nak masuk tiga sebab wife dia tengah pregnant. Takpe la Toi, asal pandai jaga diri ok la tu. Jangan sangkut lak dengan aweks dalam tu. Hehe... AFUNDI TOI!




Nama Penuh : Marliyana Omar Walid
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Lahir: 2 Julai 1984
Tinggi : 5'4"
Berat : 53kg
Hobi : Mendengar radio

Salima AF4 ada bagitau aku yang minah ni sekampung dengan dia. Bukan di Ipoh, tapi rumah family Salima di Kuala Kangsar. Dia pun tak sangka minah ni murah rezeki masuk AF. Ok la tu, ada jugak bakat baru. Dia ni pun dah banyak pengalaman menyanyi, tetapi tak tahulah bila masuk AF ni bertukar pulak. Biasalah, bila nyanyi dalam AF ni kena betul-betul sebab orang semua dok perati. Salah sikit je abis la. Tapi takpe, harap-harap dia leh gunakan sebaik mungkin bakat yang ada. AFUNDI YANA!

********************

MAJALAH AKSI AF
Edisi Pertama AF6

Ok la, apa-apa pun nantikan Diari AF6 setiap hari. Diari akan ditayangkan dua kali, yang pertama jam 6 petang dan ulangannya 8.30 malam. Yang kedua, jam 9 malam dan ulangan jam 5.30 pagi. Inilah masanya kita nak tengok karakter pelajar sorang demi sorang. Jangan lupa dapatkan majalah rasmi Akademi Fantasia, majalah Aksi AF. Banyak paparan menarik kali ini termasuklah interview eksklusif dengan Ramli MS, kisah peminat Mawi buat sembahyang hajat, gosip hangat pelajar AF dan banyak lagi la. Jadikan koleksi setiap AF ye. Tak mahal, RM3.90 je. Dapatkan sekarang!

 


Posted at 09:40 am by juandanza
Comments (2)  

Feb 26, 2008
SENARAI TENAGA PENGAJAR AF6
ASSALAMUALAIKUM...

Astro hari ini mengumumkan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus melengkapkan fakulti rancangan realiti televisyen paling popular itu. Sebelum ini, Astro mengumumkan maestro Ramli MS dilantik sebagai Pengetua AF6. Ini kali kedua Ramli mengetuai sistem akademik AF selepas AF2. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, secara rasminya mengumumkan Astro menerusi saluran Astro Ria, membawa kembali barisan bekas tenaga pengajar musim lalu seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Jasmi Rejab menyertai barisan kali ini. Astro turut memperkenalkan dua tenaga pengajar baru iaitu penyanyi Anita Sarawak dan Genervie Kam.

Anita Sarawak bertindak sebagai Guru Persembahan Pentas, membantu pelajar mengurus dan menguasai pentas dalam setiap persembahan. Pada musim ini juga, Astro memperkenalkan sistem baru dengan menugaskan tiga tenaga pengajar dalam bidang vokal iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal Teknikal, Syafizawati sebagai Guru Vokal Persembahan dan Genervie Kam sebagai Guru Vokal/Muzik. Siti Hajar bertugas membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam persembahan. Syafizawati membantu pelajar mendapatkan lenggok suara yang betul, di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi asal. Genervie bertindak mendidik pelajar mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikan mereka dengan teknik pernafasan dan lontaran suara.

Linda Jasmine sekali lagi diberi kepercayaan mengajar asas gerakan tarian, dan bertindak sebagai Guru Kareografi. Fauziah Nawi pula bertugas sebagai Guru Seni Persembahan, membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta mengajar cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas nyanyian. Fatimah abu Bakar, Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris ditugaskan memberi motivasi dari segi mental dan fizikal, selain menanam keyakinan dan memberi perangsang ketika pelajar menghadapi masalah. Dia juga membimbing pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti berkumpulan, selain membantu pelajar mendalami lirik lagu dalam Bahasa Inggeris.

Jasmi Rejab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar.

Posted at 06:11 pm by juandanza
Comment (1)  

Feb 23, 2008
HERO REMAJA 2007/2008
ASSALAMUALAIKUM

Debaran Pencarian Hero Remaja 2007/2008 berakhir apabila Ahmad Kamal Ahmad Adli, 21, penuntut di Institut Intergratif Media Malaysia (MIIM) dipilih sebagai Hero Remaja 2007/2008. Anak kelahiran Pekan, Pahang itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast, Australia bernilai RM3000 tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokyo bernilai RM8000 tajaan Tokyo International Talent Agency and MA Event Entertainemnt, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM1000 tajaan L'Oreal Paris, tajaan pakaian Tropicana Life bernilai RM1000, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia Spa, barangan wangian bernilai RM800 tajaan Egyption Portion, trofi dan selempang.

Dalam acara yang diadakan MATIC, Jalan Ampang itu, juri yang terdiri daripada bekas hero remaja, Norman Hakim; Kudsia Kahar, penyampai Radio Era, Linda Onn; pengarah dan pelakon, Ahmad Idham; model dan pelakon, Aleeza Kassim dan Richie Rachman turut memilih Wan Hafizol Wan Omar, 22, sebagai pemenang tempat kedua. Manakala, peserta tunggal berbangsa Cina, Yeo Keong Lee, 22, menduduki tempat ketiga. Pengacara pada majlis itu, Aznil Haji Nawawi, sebelum itu mengumumkan keputusan Hero Favourite yang dimenangi peserta dari Kuantan, Pahang, Khairul Amilin Abdullah Shukor, 22. Hero Macho pula diberikan kepada peserta Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 22 tahun. Idris turut dipilih Aznil sebagai Hero Cool kerana keyakinan yang ditunjukkan semasa berada di atas pentas.

Selain mereka, pertandingan itu turut disertai Mohd Jaslin Puasa, Mohd Hakimi Hassim, Mohd Aliffadhli Zakaria, Syed Amir Faisal Syed Ali, Mohd Amar Hakim Mohd Mokhtar dan Amar Alfian Aziz Mohd Zaki. Kesemua peserta menjalani ujian IQ dengan menjawab soalan yang diberi juri kepada mereka, sebelum meneruskan cabaran dengan pertunjukan fesyen pereka tempatan seperti Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Bon Zainal.

Majlis pertandingan itu turut dimeriahkan dengan tarian pembukaan Fifi Dancers dari Universiti Teknologi Mara, persembahan artis seperti Aliff Aziz, Aesar Mustafa, Alif Afif dan bekas anggota VE, Lah bersama anak didiknya.

Posted at 06:12 pm by juandanza
Comments (2)  

Next Page


+ + + + + + +

Profile

 

Nama: Juan Danza
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 02 Disember 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Rawa dan Minangkabau
Asal: Pahang, Negeri Sembilan dan Perak
Asal Keturunan: Pagar Ruyung
Pekerjaan: Wartawan Hiburan
Hobi: Muzik, Karaoke dan memasak
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Koyan
(1987-1991)
Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (FELDA)
(1991-1992)
Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution)
(1993-1996)
Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (FELDA)
(1993-1996)
Sekolah Menengah Sains sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
(1996-1997)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
(1998-1999)
Universiti Teknologi MARA, Kampus Dungun, Terengganu
(1999-2002)




BLOG JUANDANZA MENYOKONG 100% KEBEBASAN BERSUARA MELALUI PENULISAN BLOG. HIDUP BLOGGERS UNITED!!!

(...hanya pengecut sahaja yang berani mengutuk di sebalik nama samaran - Juan Danza)



Tag Board

   
Calendar

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Links





Qistina2

Best Malaysian Sites

Project:Maharani

Project:Maharani

>>> JUANDANZA <<<
>>> BLOG FAMILY <<<


AFITRI


ALIF


AMREEN


BLACKB


BURN


CAMARA


CARTOONJAWA


CHOTTO


CUTE


DEE


DEQCIKJER


DEWI


EJANN


GRRR


HANTU


HAIRI


HALY


IQRAM


IZ


JASE MARIO


JEL


JEZZ


KASH ED


KECEQUE


LEEZ


MIROSE


MONTOYA


MYRA


NINA


NURUL


PURPLE


QAZZAQ


RARARERA


RYNNE


SECRET WHITE


SPIDERX


STRATOVARIUS 7


SY LIA


TELO JAJA


TEPAK SIREH


TNI


VAMPIROO


WAHEEDA@NAJWA


ZACK R-RIJAL


ZEYHEY

JUANDANZA


BERITA BLOGDRIVE MENGENAI BLOG INI
1-TEKAN DI SINI

2-TEKAN DI SINI

JUAN DANZA HOTLINE
012-2454240
PERINGATAN: SILA HUBUNGI ATAU SMS JUAN DANZA UNTUK PERKARA-PERKARA PENTING SAHAJA. KEPADA YANG MENGHANTAR SMS, SILA SERTAKAN NAMA. TERIMA KASIH.

JUAN DANZA'S ADDRESS
D/A Juan Danza - Editor JomStar.com,
Locus Technology Sdn Bhd,
No 17-2, Jalan 3/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

JUAN DANZA'S E-MAIL
juan.danza@gmail.com

JUAN DANZA'S FOTOPAGES
JuanDanza Fotopages

JUAN DANZA'S MYSPACE
JuanDanza Myspace

MY BELOVED "BLOGGERS UNITED"

:: Klubbkidd Blog ::
:: Ajami Blog ::
:: Vernon Kedit Blog ::
:: Sultan Muzaffar Blog ::
:: Afi Mogarus Blog ::
:: Budiey Blog ::
:: Fiebie Blog ::
:: Badrul After Six Blog::

:: Kevin Zahri Blog ::
:: Iqram Fotopages ::
:: Afdlin Shauki Blog ::
:: Nabil FC Blog ::
:: Mohariz Yaakup Blog ::
:: Elkapitan Blog ::

FAVOURITE BLOG

:: Wenkt Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Nakaltitude Blog ::
:: Ejann @ E-jai Blog ::
:: Kayriel Blog ::
:: Tepak Sirih Blog ::
:: Rosman Positivo Blog ::
:: JawaMedoi Blog::
:: Malique Blog ::
:: Waiem Blog ::
:: Azlif FC Blog ::
:: Burn_acid Blog ::
:: Chotto Blog ::
:: Rynne Blog ::
:: Nizam Zakaria Blog ::

:: Senandung Semalam Blog ::
:: Iwanshu-Aswad Blog ::
:: Penabiru Blog ::
:: Hoipolloi Blog ::
:: Arenakita Blog ::
:: WSS79 Blog ::
:: Elf Blog ::
:: Gengsko Blog ::
:: T-merk Blog ::
:: Yesterdaey Blog ::
:: FaizNordin Blog ::
:: Midyrawk Blog ::
:: Altercronic Blog ::
:: Artyfeelhoneyme Blog ::
:: Dheqchik Blog ::
:: Sempoiizone Blog ::
:: Sumie Blog ::
:: Romzie Blog ::
:: RajaPelaut Blog ::
:: Eyzzros Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Airpool Blog ::
:: Adam Mikael Blog ::

QUEENS' BLOG

:: Sherita Blog ::
:: Mimirinie Blog ::
:: CheDetz Blog ::
:: Leez Blog ::
:: Mirch Blog ::
:: Yasmin Ahmad Blog ::
:: Imah Lenggok Blog ::
:: Lealaurielle Blog ::
:: Mekla Blog ::
:: Ratu Sedut Blog ::

FAVOURITE WEBSITE


:: Raydcza Schaphyque Website ::


:: Premelodic Website ::


:: The Muffins Band ::

:: Amreen Cyber Website ::
:: Malaysia View TV ::
:: Ed Website ::
:: Bilut Website ::

PERHATIAN: Terapat beberapa masalah yang telah belaku menyebabkan banyak link hilang dalam blog ini. Jika ada sebarang masalah, sila e-mail dengan segera. Maaf atas kesulitan. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah linkkan blog JuanDanza di blog mereka tetapi JuanDanza tidak linkkan pula blog mereka, sila tinggalkan pesanan di comments posting terbaru. Kerjasama antara kita semua amatlah diperlukan. Terima Kasih!

:: TARIKH PENTING ::

Birthday Ayahanda : 22 Julai
Birthday Bonda: 14 Jun
Birthday Diriku: 02 Disember
Birthday Fairuz Idzham: 16 Disember
Birthday Farah Izati: 15 Mac
Birthday Fakhrul Ihsan: 30 November
Birthday Ayein: 05 Januari
Birthday Azwady Yusof: 30 Mac
Birthday Shafrie: 14 Januari
Birthday Baim: 30 Januari
Birthday Asmawi: 25 Ogos

Birthday Britney Spears: 02 Disember (sama aku)


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed



Salmah - Get the Pink