|
Sep 2, 2008
JAWAPAN UNTUK SANG PENDENGKI
ASSALAMUALAIKUM... Buat pertama kali sejak sekian lama, aku kembali menulis dalam blog bersawang nih. Ini pun sebab aku betul-betul hangin dengan satu pihak yang sesuka hati nak menjatuhkan aku. Sebab apa? Sebab apabila dia jatuh, dia nak semua orang jatuh sekali. Well, aku sebenarnya tak perlu nak layan manusia bersifat con-man ni sebab sejarahnya ramai yang tahu. Selama ni aku diam, tapi bila aku rasa benda ni melampau jadi aku rasa perlulah aku menerangkan perkara sebenar. Aku memetik teks dari blog former editor aku, Anwar Razali di sini bertarikh 10 Januari 2008. Dia ada memetik pasal aku yang aku rasakan ikhlas dari lubuk hatinya. Namun, ada satu pihak lain meninggalkan komen yang aku rasa sangat melampau. Jadi, aku siarkan di sini komennya. ****** 1 comments:Best tak ayat dia? Untuk pengetahuan korang semua, aku sangat mengetahui siapa dalang di sebalik komen ini berdasarkan tarikh dan cara penulisannya. Aku tau sebab dia ni memang cukup dengki dengan aku sebab laman web yang dibangunkannya mulai jatuh (walaupun ada funder baru yang amik alih - kepada funder tu, aku ucapkan GOOD LUCK!). Selepas hasil kerja aku dinafikan dengan mudah di situ, dan ada syarikat penyiaran mula banned mereka kerana sikap kakitangannya yang berangan dan berlagak tak tentu pasal, dia nak menyalahkan aku pulak. Aku nak jawab satu-satu ayat dia. Juan Danza dah tak ada kat JomStar.Com Dia di buang kerja kerana dia telah melakukan iabarat kata pepatah... "Lembu punya susu, sapi dapat nama". Juan danza is nothing!. Indah khabar dari rupa. Cuma gila glamer jer lebih. Kerja, hampeh. Memang aku dah takde kat situ, sebab tanpa sebab aku dapat notis berhenti. Sedangkan satu industri tahu aku turun assignment. Dan aku nak ingatkan, aku ni EDITOR tapi aku kena turun padang sebab staff tak cukup. Dan mereka expect aku tetap kena hantar story pada tiap-tiap malam walaupun aku keje dari pagi. Overtime? Jangan harap! Aku buat kerja amal selama empat bulan ok. Dan kepada yang bukak laman web tu dulu, ramai tahu yang tu hasil tulisan aku. Yang tukang komplen ni, dia just duduk ofis dan stay sampai pagi. Sesuai la dengan muka dia, dia just duduk ofis, arah itu ini, maki orang tu maki orang ni, pastu asyik gila dengan artis pompuan yang datang ofis buat photoshoot. Aku masih simpan setiap teks yang aku tulis, dan itu adalah bahan bukti kalau dia kata aku tak buat keje. Setiap gambar yang dirakamkan oleh jurugambar yang aku bawa dari Berita Publishing (dulu budak berdua ni praktikal kat situ) pun boleh jadi bukti. Aku nak ingatkan, budak berdua ni terpaksa pakai kamera sendiri sebab diorang tak belikan kamera. Juan Danza is nothing? Iyer la tu... Aku nak tanya pulak sapa dia dalam industri ni? Tukang amik kesempatan berkaitan wang ringgit dengan akhbar harian dulu ke? Oppss!!! Untuk pengetahuan anda, Juan Danza telah DIBERHENTIKAN 24 JAM dari pengurusan JomStar.Com kerana banyak curi tulang. Pergi assignment function, tapi story tak ada. Bayangkanlah betapa tak malunya Juan Danza, pergi function... pelahap habis-habisan masa jamuan di majlis org... tapi story tak deliver dalam JomStar.Com. Itu bukannya tak malu lagi, tapi muka dia dah ditampal kulit BAB*. Aku curi tulang? Yang aku keje sampai malam tu hapa? Walaupun laman web tu baru, tapi Astro masih bawa aku ke Sabah untuk audition AF6 di Kota Kinabalu. Aku bergegas ke assignment malam walaupun penat seharian. Aku pergi Janda Baik ikuti penggambaran semata-mata nak bahan eksklusif. Paling kesian, jurugambar muda yang terpaksa ikut aku ke mana sahaj assignment yang ada. Aku pelahap? Aku takde duit ke nak beli makanan? Tak tahulah pulak kalau juruvideo kesayangan diorang tu tak makan. Aku nak tanya jugak dengan orang industri yang buat function, adakah aku ni boleh dipangil pelahap? Kalau juruvideo tu aku tak tahu la, sampai amik video pun nak isap okok Surya depan artis. So, silakan tampal kulit binatang tu di mukanya semula. Hahahaha.... Dulu dgn berita pub pun camtu juga... tu sebab tak diambil sebagai staff.. tapi hanya kontrak.. dan kontrak tak disambung sbb pengurusan berita pub pening Juan Danza asyik suruh masukkan muka dia kat maj iRemaja sebab dia kata.. dia pun nak glamer macam artis juga. Untuk pengetahuan, semua pengambilan pekerja di Berita Publishing adalah contract basis. Semua staff baru bekerja secara kontrak. Tolong check benda ni balik kalau nak tau. Aku nak masuk muka kat i-Remaja? Tolong bukak balik i-Remaja Disember 2006 sehingga November 2007, berapa keping muka aku ada? Kalau tak lebih 5 keping, itupun sipi-sipi sebab memang gambar function i-Ramaja, sila tampal muka tukang bagi komen ni dengan kulit hanjeng pulak. By the way, aku berhenti sebab aku terima tawaran laman web tu yang approach aku sejak sekian lama, dan tawarkan gaji yang lebih daripada Berita Publishing. Kalau tak, baik aku stay. Dah sah-sah Berita Publishing syarikat yang established. Aku amik risiko, nampaknya memang tak berbaloi sebab aku terpaksa bekerja dengan orang yang memang kuat menipu. Skrg ni dgr khabar yang terbaru, dengan Majalah Aksi pun dia dah buat hal.. asyik curi tulang jer.. dan boss kat maj AKSI cerita pada kawan aku..."patutla Juan Danza ni kena buang dari JomStar.Com, sbb ckp meletop-letop tapi kerja.. HAMPESSS... Aku buat hal dekat Aksi? First of all, thanks Nora Habibur Rahman sebab amik aku kerja dengan aksi. Aku tak nafikan, semua manusia ada kelemahan, tapi sekurang-kurangnya orang hargai kerja aku sebab aku tak pernah berkira pasal kerja. Team Aksi adalah team terbaik pernah aku kerja, dan aku dapat kebebasan untuk berkarya. Editor aku, Iqmal Fajri pun tau aku kerja macam mana. Aku tak pernah berkira nak edit kerja orang lain, malah budak baru macam Huda pun aku ajar banyak benda. Kalau kerja aku hampes, aku rasa Aksi tak keluar macam tu. Sila buka Aksi AF6, dan baca tulisan aku. Bukan mendabik dada, tetapi nilaikan sendiri. Orang yang baca blog aku sejak sekian lama pun tau penulisan aku walaupun aku banyak guna bahasa pasar. Don't Judge A Book By It's Cover" Ayat ni aku nak bagi balik kat tukang bagi komen. Kalau dia nak offer kerja, fikirlah masak-masak. Jangan jadi mangsa macam aku. Kalo tak caya dia kena buang, tunggu ada lawyer dari sebuah syk besar nak ambil tindakan mahkamah terhadap Juan Danza kerana telah menyalah gunakan nama pihak2 tertentu untuk memperdaya artis. Berita ni disampaikan sendiri oleh kawan baik dia. Dan mereka juga akan membongkarkan semua kesalahan Juan Danza yang selama ini tak semua orang tahu. TUNGGU LER... Kalau tak silap aku, komen ni bertarikh 25 April 2008. Tapi sampai sekarang tak ada lagi surat mahkamah aku terima. Aku cabar, sebutkan pihak mana yang aku gunakan untuk memperdayakan artis. Sebutkan artis mana yang pernah jadi 'mangsa' aku. Setahu aku, aku berkawan dengan artis atas dasar kerja. Kawan baik? Sapa kawan baik aku yang nak cakap dengan dia? Kawan baik aku semua tahu tukang tulis komen ni sapa. Bongkarlah kalau aku bebetul ada buat kesalahan besar dari segi undang-undang. Oh ya, aku belum check lagi KWSP dan SOCSO aku. Kalau tak masuk, sapa pulak la agaknya yang kena saman ye? Tunggu... ******* Aku nak petik sikit daripada blog former editor aku, Anwar Razali... ....perbualan bersama editor i- remaja , kak ema mendedahkan aku tentang sikap seorang rakan lama yang aku sendiri tidak pasti bagaimana kehidupannya yang dilalui pada hari mendatang jika selalu menjadikan orang lain tempatnya menyembunyikan kesilapan sendiri. mudahan apabila sudah memulakan dunia baru di tempat baru aku doakan dia sentiasa belajar dari kesilapan lalunya. paling penting seperti orang lain yang mengharapkan dia lebih mementingkan personaliti dan kebersihan diri. sepatah kata kak ema, dia tu bagus dalam bekerja tetapi disiplin hancur. mudahan di tempat baru dia akan menjadi orang baru yang lebih berdaya saing pada diri sendiri.... Semua orang nak tutup kesalahan masing-masing, tapi takde la sampai nak jadi hipokrit. Aku terima dengan terbuka segala teguran, sebab semua orang ada sikap yang berbeza. Aku tak nak buka pekung sesapa, tetapi sapa yang pernah kerja di tempat aku kerja tahu apa masalah sebenarnya. Terima kasih kerana mengatakan KERJA AKU BAGUS, tetapi aku ni sebenarnya macam kapal dengan nakhoda. Kalau Nakhoda bagus, mesti kapal ok kan. Tapi kalau nakhoda pun karam, anak kapal pun jadi tak tentu hala, betul tak. Lagipun aku tak pernah keluar dari ofis seawal 3 petang selain assignment, oppsss!!! menyelak buat pertamakali helaian web jomstar yang dikendalikan oleh Juan Danza, bekas wartawan urs, aku memuji usaha kreatifnya untuk memantapkan jomstar. buat juan goodluck yek... So, ada orang nampak kerja aku kan. So dah terjawab. Jadi, jangan cepat percaya kata-kata orang yang dengki dengan aku. Kita tengok sejauh mana tukang bagi komen ni boleh pergi. Semoga Allah membalas setiap perbuatannya. Selamat berpuasa! Apr 18, 2008
ON TV! ASSALAMUALAIKUM Kepada semua, aku akan muncul sebagai salah seorang panel dalam rancangan talk show Generasi Y. Rancangan ini dihoskan Awal Ashaari, ditayangkan secara langsung Ahad ini jam 12 tengahari menerusi RTM1. Dalam rancangan yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan itu, minggu ini memaparkan persoalan mengenai program realiti TV. Pendek kata kena mengena jugak la dengan keje aku kan. Ok la, kalau korang ada masa, tengok la. Maybe sape yang tengok Melodi boleh alih-alih ke TV1 kalau time iklan tu. Hehehe... Takut gak nih, tapi aku rasa aku leh buat... Apr 14, 2008
DAPATKAN DI PASARAN!
MAJALAH AKSI AF Menarik minggu ini:
Apr 13, 2008
KONSERT KEEMPAT AF6
ASSALAMUALAIKUM Dah lama aku tak buat review pasal konsert AF6 kan? Minggu ni macam gatal pulak nak coretkan sesuatu mengenai konsert ni, walaupun aku tak la rajin mana pun. Kalau korang nak tau, sampai saat ni aku masih berada di ofis untuk menyiapkan tugasan mingguan aku. Apa taknya, setiap minggu aku ditugaskan menemuramah mereka yang tersingkir. Pendek kata, aku la wartawan pertama yang interview bebudak ni selepas dia terkeluar. Itu pun sebab majalah nak keluar hari Isnin, so jangan lupa la dapatkan ye. Macam dirancang pulak walaupun langsung tatau apa-apa, Faisal jadi cover minggu ni. Alih-alih dia lak yang terkeluar, so kebetulan sangat. Berbalik kepada persembahan pelajar malam ni, aku sendiri tak terhibur sangat. Aku sendiri tak tau kenapa, mungkin minggu lepas dah dihidangkan dengan minggu rock, so minggu ni macam lembab sikit. Aku dapat rasa pihak produksi dah cuba buat yang terbaik untuk kasi happening, tapi tatau kat mana silapnya aku pun tatau. Semua cam mellowed sangat. aku rasa la kan, lepas ni kena kenal pasti la lagu apa yang orang mesti suka nak dengar. Ataupun, persembahan pelajar yang tak bersungguh-sungguh. So sape yang busuk persembahannya, dapat la skunk. Tau tak skunk tu apa? Skunks are mammals, usually with black-and-white fur, that are best known for their ability to excrete a strong, foul-smelling odor. They belong to the family Mephitidae and to the order Carnivora. There are 11 species of skunks, which are divided into four genera: Mephitis (hooded and striped skunks, two species), Spilogale (spotted skunks, two species), Mydaus (stink badgers, two species), and Conepatus (hog-nosed skunks, five species). The two skunk species in the Mydaus genus inhabit Indonesia and the Philippines; all other skunks inhabit the Americas from Canada to central South America. Skunks were formerly considered to be a subfamily of the Mustelidae family of weasels and related animals (where some taxonomists still place them), but recent genetic evidence shows that they are not as closely related to the Mustelidae as formerly thought. Skunks are sometimes called polecats because of their visual similarity to the European polecat (Mustela putorius), a member of the Mustelidae family. (sumber: Wikipedia) Ok la, ini review aku. Sori la kalau ada yang tak setuju. Ini sekadar pandangan aku jer... (Foto ihsan laman web Astro) FAISAL Serius aku cakap, dia ni memang betul-betul berusaha untuk mengelakkan persembahan dia sumbang. Apa taknya, kalau betul la Ramli MS berhentikan persembahan dia kalau sumbang, memang cipta sejarah. First four bars, aku dah takut je Ramli Ms cakap 'oooppppppssss'! Memang la melakar Malaysia Book of Records. Lagu ni sebenarnya kena tambah kaler lagi, tapi bak kata Adlin dia playsafe (matila teringat jenama!) sebab takut tersumbang, lagi haru. Aku rasa ok, tapi sebab muka dia senyum macam tak senyum, dan tak berinteraksi sepenuhnya dengan penonton, aku tetap kena bagi skunk yang comel tetapi berbau hamis ni. Nah kau!!!
(Foto ihsan laman web Astro) Aku tak paham apsal dia jadi macam badut kat atas pentas tu. Ke hulu ke hilir macam orang tak ada panduan je. Dah la suara setakat boleh nyanyi je, tapi langsung tak menarik perhatian aku. Kekadang aku tertanya-tanya, adakah dia masuk AF ni sebab merit pandai main angklung? Sampai sekarang aku dok tercari-cari apa keistimewaan dia setiap kali dia menyanyi atas pentas. Maybe Abang Ramli marah aku sebab cakap camni, tapi memang aku tak paham KENAPA! Aku nak tanya gak ngan korang, siapa yang terhibur dengan persembahan Toi? Dia ada kunyah lirik, dan macam tak pasti dengan apa yang dia sampaikan. Bila buat silap, terus nampak air muka dia macam tak syok. Tolong la, sapa la bawak dia masuk AF6 nih...
(Foto ihsan laman web Astro) ALIF Tahniah Alif sebab berjaya hafal lirik. Korang nak tau, masa malam full dress rehearsal dia tak hafal lagi tau. Tapi malam konsert, dah ada keyakinan walaupun tak sepenuhnya. Ini bukan persembahan terbaik Alif, tapi aku suka tengok mimik muka dia semasa menyampaikan lagu ini. Dia ni sebenarnya banyak benda yang menarik dan dia enjoy dengan persembahan dia, tapi entahlah apa yang tak cukup. Lagu ni berkenaan lelaki yang putus cinta dan ingin menghapuskan wanita tu daripada hidup dia. So dia kena happy. Alif tunjukkan yang dia gembira, dan tak sedih, bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam lirik lagu. Vokalnya ada tenggelam, tapi boleh dimaafkan lagi sebab pitching ada sikit-sikit la tak betul. Ning kata pernafasan dia ada problem, tapi aku rasa pernafasan dia problem sebab nervous. Aku bagi skunk sekor untuk dia lebih berusaha dan tak 'busuk'.
(Foto ihsan laman web Astro) SAIDA Menjadi kakak Datuk Siti Nurhaliza memang sesuatu yang menekan Saida, apatah lagi kena nyanyi lagu adik sendiri yang dah memang mantap vokalnya. Yang sebenarnya aku dah putus harapan dah dengan Saida ni, selepas empat konsert vocal control dia masih tak elok gak. Masa nyanyi lagu ni, korang perasan tak tang korus tu sejibik macam Siti. Pendek kata, kedatangan Noraniza Idris sebenarnya tak membantu sangat pun, sebab Kak Ani lebih banyak buat adlib, dan sepatutnya suara Saida mengatasi suara Kak Ani yang projection dia semua orang tau tak la kuat sangat. Badi pentas - aku rasa bawak Saida ke Pavillion tak membantu langsung. Sama je macam sebelum ni. Ni lagi sorang bawak lagu macam tak sungguh-sungguh.
(Foto ihsan laman web Astro) STANLY Apa lagi aku nak komen pasal persembahan dia ni. Buruk, hancur dan memualkan. Lagu ni sebenarnya kena rileks, tak payah nak push sangat suara kononnya tenor tu sampai bukan setakat suara angsa, tapi suara gajah mengawan. Aku punya la suka ngan lagu ni, tapi nak muntah bila dengar Stanly nyanyi. Menangis la Ajai dengar lagu ciptaan dia jadi camni. Feel bukan main lagi, tapi apabila yang dengar kat telinga macam mendidih je, aku rasa dia yang patut disingkirkan instead of Faisal. Well, takde satu show dia pun aku suka sejak minggu pertama. Bwekkk!!!
(Foto ihsan laman web Astro) RINA Lagu ni biasa je, takde apa kelainan yang Mama Rina bawak. Apa yang lebih menarik minat aku ialah bajunya yang memang lepas tu boleh terbang macam helang. Aku pun tatau apa konsep baju tu, sama ada nak tutup muffin top orang tua ni ataupun jalan mudah untuk nampakkan dia makcik-makcik sket selepas teruk dihentam sana sini pasal dia seksi sangat dedah-dedah bahu ngan dada masa pergi One World Hotel aritu. Lagu ni kalau bagi penyanyi kelab, kira lagu filler sepanjang persembahan malam tu la. Orang just dengar, tak tengok sangat penyanyinya. Pengunjung kelab mesti berborak sesama sendiri je kalau Mama Rina nyanyi lagu ni kat JI Club.
(Foto ihsan laman web Astro) NADIA Ni la akibatnya kalau 'nigger' nyanyi lagu asli. Kasar gila bunyinya, tapi aku tau minah ni dah berusaha gigih nak sedapkan lagu ni. Cara dia menari pun boleh buat orang tertarik la. Sedapnya kalau dapat nyanyi lagu asli dengan iringan muzik live camtu. Bagi aku, persembahan Nadia tak begitu natural, macam dipaksa-paksa sangat. Tapi aku salute la sebab dia berani hadapi tugasan ni sepenuh hati. Satu skunk untuk suara yang tak dilembutkan dan patah lagu asli yang memang jadi patah riuk!
(Foto ihsan laman web Astro) NUBHAN Lembik dan tak bermaya - itulah yang aku nampak sepanjang persembahan si kobau balar (kena tau citer dalam Aksi) nih. Masa intro, gila la dia punya lemah gemalai yang tak bertempat tuh. Suara dia, tone dia, mak aiii... Boleh jatuh cinto. Tapi aku rasa, aku lebih sanggup 'dengar' dia nyanyi daripada 'tengok' dia nyanyi. Sakit lak mato, dengan baju macam pinjam kat Bangla yang meniaga kat Masjid India tu, trigger busuk bagi bunga kat Ogy... busukkkk sangat! Dah la terkangkang lak atas stage tu, nasib baik tak terkeluar benda yang tak patut kekeke... Jang oh jang!!!
(Foto ihsan laman web Astro) RIZ Memang susah lagu ni. Aku rasa dalam ramai-ramai, tugasan Riz paling susah sebab nak ingat lirik rap tu bukan senang. Panjang berjela lak tuh. Dah la kena menari sepanjang lagu sampai takde rehat pun. dah la badan dia camtu, kira bagus la gak. Aku suka konsep persembahan dia walaupun Ogy kata klise. Aiyoh, agaknya kalau buat kareografi orang berenang ataupun jadi badut, mesti tak klise kan sebab takde kena mengena dengan kereta! Bagi aku, step yang ala-ala drive keta tu sikit je, bukan banyak sangat. Kata suruh menjiwai lirik, tapi bila ikut lirik jadi lain lak komennya. Aku rasa mesti Ogy expect diorang buat step pegang gear, start enjin ngan tekan minyak macam Misha Omar nyanyi Bunga Bunga Cinta time AJL dulu. Satu skunk sebab suara tak jelas time korus.
(Foto ihsan laman web Astro) STACY Lagu ni catchy, dan untung Stacy sebab dapat lagu yang best dan direbut ramai penyanyi ni. Tapi tu la, bagi aku Stacy tak keluarkan suara dia yang natural, dan dia macam memaksa diri untuk kedengaran lantang. Tak perlu la aku rasa, sebab tu korang ada sound check. Projection tu penting, tapi kalau dah nak terkeluar anak tekak, perlu ker? Dia ni menyanyi bagus, tapi macam ada yang kurang sehinggakan tak nampak menarik. Dia tak cukup aura. Mula-mula tanak bagi skunk kat dia, tapi sebab ada high not yang membingitkan, dapat la sekor...
Bye Faisal!!! ******** Klubbkidd * Mr Manager * Sultan Muzaffar * Ajami * Budiey
Apr 11, 2008
SEPETANG DI AKADEMI
ASSALAMUALAIKUM Actually posting ni, just aku nak share ngan korang mengenai pengalaman pertama aku pergi ke akademi untuk menemuramah Hetty Koes Endang yang menjadi tamu untuk minggu ini. Kehadiran Hetty sebenarnya sempena persembahan Minggu Setiausaha yang menampilkan diva Indonesia itu di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 17 April dan 18 April nanti. Alang-alang dah ke sini, tambah pula Ramli MS yang jadi music director persembahan Hetty nanti, dia dibawa bertemu dengan pelajar AF6. Aku pula ditugaskan menemuramah Hetty. Aku tak la naik sampai ruang pelajar sebab memang tak boleh, so dengar-dengar je la dari kejauhan masa diorang berlatih. Bagus la jugak, time berlatih macam ok je dengar. Harap-harap ok la. Kat bawah ni aku just nak share a few pic yang kitorang amik suka-suka semalam. Ada la jugak si abang RA, Shafieq. Aku memang nak pass majalah yang ada muka dia tu. Ala, yang cover Lufya dengan Ika tu. Isk... Macam tau-tau je dua-dua tekeluar...
Sempat pose lite-lite kat lobby tu. Semua pics pelajar ada, sape dah eliminated ada tanda...
Bersama Ibu Hetty Koes Endang..
First time aku interview dia berdepan sorang-sorang...
Abang Iwan ni prefect sekolah aku masa aku form 3 kat VI. Dia dan kawan-kawan prefect lain penah buli aku ngan member aku Adi Amri dalam prefect's room. Hanya budak VI je yang tau betapa kejamnya mereka hahaha!
Abang Iwan & Kecik. Sape nak photographer yang bagus untuk pape majlis, panggil la diorang. Gerenti beres!
Kitorang saja je buat iklan majalah Aksi sat...
Last but not least, khas untuk tatapan peminat Shafieq. Enjoy!
Apr 11, 2008
APABILA ALIF MENANGIS
ASSALAMUALAIKUM Aktiviti blogging aku agak terbantut dalam seminggu dua ini kerana banyak hal yang nak dilakukan. Ye la, kalau korang lepas habis konsert mingguan boleh lepak-lepak, aku dah tak boleh sebab kena berlari (berlari ker?) balik ofis untuk hantar dan edit story konsert mingguan. Ye la kan, mungkin ada yang tak tau aku la antara manusia yang kena buat majalah rasmi AF tu bagi musim ini. So far so good, cuma aku tak boleh la nak sokong mana-mana pelajar sebab nanti orang kata tak adil pulak kan.
Semalam aku sempat la tengok Diari, dan aku tertarik dan terfikir macam-macam perkara apabila Alif menangis. Mungkin ada banyak tuduhan yang dilemparkan kepada mamat ni, tambah lagi sebab dia dapat tukar lagu. Ini kerana pengetua Ramli MS mengatakan lagu Come Out And Play nyanyian asal Offspring tu akan menjahamkan persembahan Alif. Ada yang kata tak adil, ada yang kata singkir je Alif sebab tak boleh buat. Dekat @15 pun bukan main orang dok hentam Alif. Tugasan adalah cabaran untuk setiap pelajar. Harus diingat, AF bukan sekadar pertandingan nyanyian. AF ada fakulti, dan budak-budak tu masih belajar. Selain nak menang, mereka juga kena sedar mereka adalah pelajar. Apa yang menarik minat aku untuk mempertahankan Alif, bukan dia yang minta nak tukar lagu. Bak kata ibu Fauziah Nawi, sehingga titisan darah terakhir dah dia cuba buat yang terbaik. Tetapi apabila dia memang tak boleh buat, adalah satu kebaikan apabila Ramli MS tukarkan dengan lagu lain. Ramli pun takkan la nak bagi pelajar dia gagal. gagal bawa lagu tu, tak bermaksud Alif akan gagal jadi penyanyi. Dia memang takde basic yang kuat dalam English, jadi bukan salah dia. Korang rasa Offspring boleh tak bawak lagu Angan dan Sedar dalam jangka masa seminggu? Vokalis Offspring juga seorang penyanyi, adakah dia mampu bawa lagu Angan Dan Sedar tu? Dalam hal ni, kita seharusnya berlaku adil kepada Alif. Penyanyi sedia ada pun belum tentu sudi nak bawa lagu yang bukan genre atau makanan dia. Penyanyi hari ini pun ada yang nyanyi lagu yang dia dah praktis berminggu-minggu sebelum buat show. Cuba tengok Datuk Siti Nurhaliza, dia nak pergi buat show kat London dulu berapa lama dia praktis walaupun itu lagu dia sendiri. Inikan pulak pelajar, yang diberi masa seminggu untuk melakukannya. Maybe ada yang tak setuju dengan aku sebab AF sebelum ni pun hadapi perkara sama. Tetapi, kita tak boleh jangka apa yang kita hadapi dalam musim mendatang. apabila tak ada kelainan, orang bising. Ada kelainan, pun orang bising. Aku tersentuh dengan kata-kata Alif semasa penghujung diari pertama semalam, masa dia borak dengan cik Kutip. Alif ada cakap, "Teruk kan Alif kan...". Aku dapat rasa dia hampa sebab selepas dia berusaha keras, dia tak dapat buat yang terbaik jugak. Bukan dia tak boleh buat, tetapi Ramli tanak dia bawa keburukan tu ke pentas, apatah lagi pengkritik sekarang ni bukan bagi can kat budak-budak ni. Bagi aku, AF tempat belajar, bukan tempat orang yang sedia pandai nak tunjuk terror. Alif ni ada masa depan kalau dididik betul-betul. Budaknya pun baik, dan tak besar kepala. So aku ucapkan good luck untuk Alif. Menghapus Jejakmu Perlahan mimpi terasa mengganggu Engkau bukanlah segalaku Terus melangkah melupakanmu Perlahan mimpi terasa mengganggu Engkau bukanlah segalaku Lepaskan segalanya.. Engkau bukanlah segalaku ******** Mulai minggu ini baru aku akan start bantai kalau persembahan haru. Puji untuk yang bagus, keji untuk yang tak bagus. Ini tugasan minggu ini... Pelajar Lelaki Pelajar Wanita ********* Cinta Khayalan Asal lahirnya impian ku Ingin aku menyapa Tak dapat aku lindungi perasaan Kau yang ku puja Engkau lafazkan perasaan mu Walau kau sedari Tak dapat aku lindungi perasaan Kau yang ku puja Walau ku tahu kita tak mungkin bersama Lagu: Sharon Paul
Mar 19, 2008
SIAPA SHAFIQ?
ASSALAMUALAIKUM...
Siapa Shafiq? Itulah tajuk posting aku ari ni. Aku mendapat khabar berita yang ramai tertanya-tanya siapakah gerangan warden atau RA baru AF6, Mohd Shafiq Isam. As I wrote on previous entry, silap-silap orang bantai AFUNDI dia pulak. Hehe... Nak wat camana kan, setiap musim semua RA hensem-hensem belaka termasuklah Abang Askrul (ni yang paling hensem! Hehe!). Kali ni, si Shafiq pulak yang ditugaskan menjaga kebajikan pelajar lelaki musim keenam ni. Secara peribadi, aku kenal jugak la Shafiq ni sebab pernahlah minum semeja dengan kawan-kawan dia yang lain. Tak sangka pulak yang dia ni boleh terbabit dalam AF6 kali ni. Patutlah tengok Diari kali ni macam kenal je mamat nih. Rupa-rupanya Shafiq.
Shafiq ni sebenarnya banyak terlibat dalam modeling. Apa taknya, mamat nih tinggi, bertubuh tegap dan hensem orangnya. Kali pertama aku kenal dia selepas rakaman rancangan Oh! Lelaki! yang ketika itu artis undangannya adalah Mawi dan pereka fesyen, Bon Zainal. Umur dia baru 25 tahun (tapi belum cukup sebab lahir 24.12.1983), berasal dari Johor Bahru dan ada bisnes sendiri. So no wonder la dia leh 'cuti' kejap untuk jadi RA.
Ok la, aku pun nak kongsi dengan korang antara koleksi gambar Shafiq ketika terlibat dalam modeling. Kalau ada yang perasan, mungkin ada nampak. So kepada peminat Shafiq, enjoy the pics ya!
Dari kiri - Syed Amir, Aliff, Idris dan Shafiq
Aku dengan Shafiq @ Pelita Bangsar. Kat belakang tu si Rizal menyelit sama... Mar 17, 2008
AF6 - TUGASAN MINGGU PERTAMA
Untuk permulaan, sesi berborak dan baca surat wasiat dibaca oleh Yana, Saida dan Nubhan. Nampak sangat tak sedih kan. Masa tu diorang masih kat kem yang bertempat di Putrajaya tu. Yang menarik, Nazieb yang tersingkir (tak ada rezeki, kesian aku kat dia...) sempat passed rantai untuk Ika. Amboi... Ni mesti kes sempat bercengkerama nih. Lepas tu mereka terus bertolak ke bangunan Akademi Fantasia. Sampai depan pintu, disambut oleh RA baru. Kalau musim lepas Abang Askrul dengan Kak Sherry, kali ini orang lain pulak yang jadi RA. Mereka adalah Shafiq dan Mariam. Both of them aku kenal sangat, since Shafiq memang aku selalu nampak dia jadi model for Oh! Lelaki!, dan Mariam yang aku panggil Che Am tu ada kena mengena dengan seorang selebriti popular sekarang nih yang bernama 'J'. Pandai-pandailah korang speku yer. Masalahnya, sekarang ni aku nampak RA hensem dan cun melecun. Camno tuh? silap-silap korang siap tersalah undi pulak. Perhatian ye, takde maknanya korang nak AFUNDI SHAFIQ atau AFUNDI MARIAM sebab memang takde. Korang tekan la butang merah R tuh, pon takde nama diorang. so, sehensem atau secun mana pun diorang, korang takleh undi hahaha... Tapi aku tak nafikan jugak, silap-silap mau diorang berdua pulak yang ramai peminat nanti. Apa-apa pun, all the best to both of you. Hah, bebudak ni dah start masuk kelas Cikgu Siti Hajar, tapi muka masing-masing... Ya Rabbi... Semua muka cam hapa dah. Mesti kes tak cukup rehat, then Cikgu Siti bercakap je. Aku tak tau la diorang punya roh kat mana dah tu. Yang si Naim tu siap boleh cover menguap, muka pun dah jadi herot. Ok la, itu je paparan diari pertama. Takde apa sangat pun, maybe sebab first day. Apa pun, untuk Kak Mah, selamat shopping baju lebih sikit ye. Daaa... ********* Selain itu, seperti biasa hari pertama mesti ada perkenalan dan ucap selamat daripada tenaga pengajar. Wah, lain je nampak akademi tu sebab tenaga pengajar semuanya perempuan kecuali Abang Ramli. Yang lain, semua perempuan. Ok la, korang pun tau yang semua dah dapat lagu. Bagi aku, ni langkah bijak sebab sediakan lagu 'makanan' diorang pada minggu pertama. Sekurang-kurangnya takde la harapan musnah macam musim lepas. Apa taknya, baru nak syok-syok tengok, lagu macam hampeh, vokal masing-masing pun sedeh. So, dengan pemilihan kali ini yang diketuai abang Ramli MS, aku yakin tak la seteruk musim lepas. Pelajar Wanita Sebelum ni orang kata Rossa ni macam muka adik dia, Datuk Siti. Aku sendiri tak pasti sama ada Saida boleh buat dengan baik atau tak menerusi lagu ni sebab aku sendiri tak berapa yakin dengan kekuatan vokalnya. Aku hanya dapat nilai sikit aje, itu pun masa PC pengenalan pelajar kat Marriot aritu, then dengar dalam Tirai AF6. Memang la sikit, tapi aku jadi pelik sebab bunyi dia ada yang tak kena. Tak tau la pulak kalau atas pentas minggu ni dia ok. Barulah kaum ibu ramai yang bangga sebab jadi ibu yang vogue dan boleh nyanyi. Saida beruntung sebab dapat lagus edap macam ni. Nadia Stacy Makanan dia. Dari awal lagi aku dah nampak yang Stacy lebih banyak terdedah dengan lagu Inggeris, dan aku tak rasa akan jadi satu masalah untuknya menyanyikan lagu sebegini. Cuma, kena berjaga-jaga dengan soal diction dan cara menyampaikan setiap perkataan. Tapi jangan isau, Cikgu Fati kan ada. Bagi aku, Cikgu Fati adalah orang yang tepat untuk membantu. Lufya Lagu ni jarang didengari ramai. Ada kebaikan dan keburukan apabila Lufya dapat lagu ni. Kalau orang jarang dengar, orang akan anggap lagu ni lagu Lufya kalau... diulangi KALAU Lufya mampu mewarnai lagu ini dengan baik. kalau haru, haru la sepanjang musim dan nantikan saat tarik beg. So, buat la betul-betul kan... Ika Minah ni macam merangkak-rangkak masa nak sebut perkataan lagu ni. Isk, bagi aku lagu ni song of the year memandangkan ramai yang nyanyi lagu ni balik seperti Marie Digby, Boyce Avenue dan few bands. Tapi jangan risau, bagi aku kekuatan melodi tu akan membantu dalam penyampaian lagu ini, dengan syarat Ika kena yakin yang dia boleh buat. Sayang kalau dia hancurkan lagu ni. Tapi tu la, aku lebih suka kalau Abang Ramli mintak dia buat style akustik macam Marie Digby. Mesti syok! Yana Rina Makanan Mama Rina nih. Siapa tak tahu lagu ni, nak pulak orang lama atau otai pulak yang dapat lagu ni. Korang tengok je la nanti macam mana persembahan nenek power nih. Pelajar Lelaki Dalam ramai-ramai, aku rasa dia ni la yang dapat makanan paling lazat sebab ni memang 'makanan ruji' dia. Dengan tona suara yang memang sesuai dengan nasyid, bekas back-up vocal kumpulan Far East ni memang sesuai dengan lagu ni. Ada pulak yang kata dia ni boleh jadi dengan Mawi, cuma bagi aku suara dia agak kasar dan kena kontrol sikit cara penyampaian dia untuk lagu-lagu lain. Buatnya nyanyi lagu omputih jadik nasyid, tak ke naya! Toi Pemain angklung ni tak dapat dikesan lagi kekuatan vokalnya. Sama ada bersuara rempit atau romantrik, kita dengar la nanti. Pasal lagu, AKU TAKNAK KOMEN. TITIK! Aku rasa Riz boleh nyanyi lagu ni sebab ni memang genre yang dia minat pun. mamat ni memang suka R&B, biasalah golongan macam dia ni memang suka lagu macam ni. Maksud aku, dia kan dulu group yang banyak mempersembahkan lagu macam ni. Sesuai la dengan dia. Cuma aku nak tengok nanti dari segi penghayatan yang akan ditonjolkan. berjaya atau tidak, tengok saja nanti. Kellas Stanly dapat lagu ni. Memang makanan untuk dia yang bersuara tenor. Tapi aku tak tau la lagu tu jadi sesedap Josh Groban, ataupun Westlife, ataupun William Hung. Aku tak berani nak kata apa sebab mamat ni pilihan 'pemilih'. Mungkin dia ada masa depan cerah dalam industri seni suara sebab lain. Rempit is back! Suka la lagu ni, sebab mengingatkan aku pada zaman kecik-kecik. Nyanyi lagu ni sambil naik buaian yang aku buat sendiri, ikat kat dahan pokok cempedak. Masa tu aku still duduk kat Sungai Koyan (tribute to Mael! Haha...) Oleh kerana ini memang gaya dan genre yang dia pilih, aku tak hairan kalau dia boleh bawa lagu ni dengan baik. Yang aku nak tekankan, sama ada cara pengawalan vokal dan showmanship berjaya menarik perhatian. Lagu untuk orang yang cute. Maksud aku Aliff Aziz, mungkin juga Alif bagi sesetengah orang yang suka muka ala-ala anak mami nih. Alif bersuara tidak garau dan tidak besar, so mungkin sesuai membawakan lagu sebegini. kalau dia yang bawak lagu rock, entah apa la yang jadi. Lagu ni tengah 'in' so ini satu advantage untuk Alif memperlihatkan bakatnya. Aku sendiri pun tak tahu sama ada sesuai ke tak mamat N9 ni nyanyi lagu ni. Aku tak pernah dengar cara dia nyanyi, so tak dapat nak bayangkan. Tapi lagu ni memang best. Kalau tak buat betul-betul, jangan marah kalau ada selipar jamban naik atas stage yo jang!
Mar 17, 2008
LEMBARAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6
ASSALAMUALAIKUM... Hai semua! Aku harap semuanya ceria bila bukak-bukan blog aku kali ni, ada pulak update baru. Hehe... Ntah la, aku pun tak tau apa penyakit la dengan aku sekarang ni malas sangat nak update blog kalau nak compare dengan dulu kala. Kalau dulu, tak update satu hari pun rasa macam tak lengkap kehidupan. Sebenarnya, kalau nak ikutkan menulis blog ni boleh kurangkan stress. Mungkin jugak aku dapat cara baru hilangkan stress, so lupa lak nak update blog. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang tetap jugak bukak blog ni walaupun orang kata bersawang or blog alam barzakh. Takpe la, yang penting aku mesti dapat semangat balik untuk blogging. Aku tak nafikan kenangan dihentam masa lampau dulu membuatkan aku malas sangat nak aktif blogging. But since semua dah ok, aku rasa dah sampai masa aku kembali semula. Well, untuk Akademi Fantasia musim keenam ni, secara langsungnya aku semakin hampir dengannya. Bukan apa, selepas kejadian 'Tipah Tertipu' dekat tempat keje sebelum ni, aku mendapat tawaran kerja yang merapatkan aku dengan AF6. Tapi dalam masa sama, aku pun kena jaga jugak sesetengah benda yang P&C. Takut pulak aku nanti dituduh pecah lobang. Sedangkan aku tak buat pun boleh kena tuduh, inikan pulak aku buat kan. So, aku rasa lebih baik aku diam dan tulis apa yang dah revealed dalam TV aje. Apa yang aku boleh tulis kat sini hanyalah komen aku dalam setiap yang terjadi sama ada dalam konsert ataupun diari harian. Ok la, aku rasa korang pun dah tau siapa yang tercalon dalam AF6 kali ni. Daripada 25 orang yang dipanggil, tanpa Konsert Prelude sebaliknya ditukarkan dengan kem bina semangat ala lasak gitu, 14 terpilih masuk ke dalam AF6. Kesian jugak la pada yang lain-lain yang tak masuk tu. Iye la kan, dengar khabarnya ada yang siap buat kenduri doa selamat sebab dapat masuk AF, tiba-tiba tak sempat pun bergelar pelajar. Ada yang sampai berhenti kerja sebab terlalu yakin AF akan mengubah impian menjadi realiti, padahal selama ini pekerjaan itulah yang menyara diri dia dan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang banyak benda yang kita korbankan demi mengejar cita-cita. Kalau dah terhenti separuh jalan tu, pandai-pandailah bangkit semula.
Mereka yang tidak ada rezeki... Aku terfikir jugak kadang-kadang, cuba letakkan diri korang kat tempat mereka, Kalau tak pun, letakkan diri korang sebagai kaum keluarga terdekat, kawan-kawan rapat atau orang satu kampung kepada mereka yang tersingkir ni. Camana perasaan tu agaknya ye? Betapa besar harapan yang dibawa mereka, terhempas ke batu jua akhirnya. Tapi pesan aku kat orang kampung atau saudara terdekat yang dengki kat diorang ni, janganlah tambah kesedihan mereka. Jangan pulak korang jaja satu kampung kononnya diorang ni suwei la, takde bakat la, berangan atau apa saja kutukan yang mungkin korang boleh lemparkan. Aku nak cakap satu je, diorang ni antara yang terbaik daripada yang terbaik. At least, ada jugak muka diorang masuk TV. Yang kaki ngutuk ni, korang dapat apa? Korang nak keluar kat remote control TV pun belum tentu tau! Bila kes macam ni berlaku, aku teringat dekat Isa, peserta konsert prelude AF3 dulu. Si Isa ni takde la miskin sampai tak makan, tetapi taraf hidup keluarga dia tak la sederhana. Tengah-tengah antara daif dan sederhana. Dia orang Sarawak, so nak datang ke Semenanjung sampai kena pinjam duit orang kampung dan bergolok bergadai semata-mata nak kejar cita-cita. Tapi bila tersingkir kat Konsert Prelude, musnahlah harapan. Paling menyedihkan, dah nak kena bayar balik duit yang dipinjam walaupun masa tu show sikit sangat. Last-last dengar khabar, sekarang ni Isa balik kampung dan teruskan hidup macam dulu. Kalau dia duduk KL mungkin dia ada peluang lain, tetapi macam mana dia nak survive kalau tak ada jalan untuk dia teruskan. Lain pulak ceritanya macam Shiha, Rina, Leez, Hazama, Liya dan Tasha yang tetap meletup walaupun hanya sampai Konsert Prelude saja. Diorang pandai cari peluang walaupun tak dapat dan tak sempat pun jadi pelajar. Yang lain macam Isa, Haider, Lynn, Jeff, Azlif, Diana dan Shaz pulak, aku tatau apa yang diorang buat dalam dunia seni ni. Yang ada aku terserempak atau terlepak pun Haider yang aku terjumpa kat Bukit Bintang berkeliaran tatau buat apa, Azlif jumpa kat Petronas TPM masa isi minyak, dan Shaz masa launching single Hazama. Tapi kalau fikirkan balik, ramai juga yang bergelar bintang tetapi tak secerah bintang prelude yang berjaya. Korang sendiri nampak ramai bintang AF sebelum ni macam tercari-cari mana nak pergi. Album tak nampak, berlakon tak ada, show lagi la tak ada. Bagi aku, dalam dunia seni ni kena pandai cari peluang je. Kalau malas dan harapkan semua bergolek datang, jangan la harap. Kalau budak AF5, aku nampak ada la beberapa bintang ni yang rajin cari job macam Rizal, Shawal, Afiq, Noni dan sorang dua lagi. Tak dapat show nyanyi, cari peluang berlakon. Ada jugak la aku nampak terselit situ sini dalam drama tempatan. At least diorang ada keinginan, bukan feeling star tapi hado! **************** Jom cerita pasal budak AF6...
Nama Penuh : Mohamad Aliff Mohd. Razali Mamat yang kerja jurugegas TNB ni kalau ditengok dari segi rupa, macam ramai peminat. Ye la kan, kalau korang perhatikan juara sebelum ni, hanya yang bermuka jantan je yang jadi pilihan ramai. Dia ni anak kedua daripada tiga beradik, dan pernah menyanyi dengan Mila masa Berkampung Bersama Hotlink. Kelas gitu kan, tiap tahun ada je wakil dari Penang. Pendek kata orang Penang ni berbakat jugak noo... Dari segi suara, sebab tak tengok konsert lagi aku tak berani nak komen. Kita tunggu je la ek konsert pertama nanti. AFUNDI ALIF!
Nama Penuh : Muhammad Faisal Abdullah Mamat nasyid pernah jadi back-up singer untuk kumpulan nasyid Far East. kalau korang dengar dia nyanyi pun, korang boleh agak dia memang bersuara nasyid sebab lenggok dia memang menjurus ke arah itu. Muda lagi, baru 22 tahun dan still bujang. tapi tak tau la kalau dah ada awek ke belum. Ada peminat dah dia ni, sebab aku ada terima SMS cakap AFUNDI Faisal. Hehehe! Siapa yang SMS? Biarlah rahsia. Tunggu je la sapa nak form Fan Club untuk dia ni. Apa-apa pun, AFUNDI FAISAL!
Nama Penuh : Ika Nabila Abdul Rahim
Nama Penuh : Lutfyah Sheikh Omar Boleh tahan jugak minah JB ni sebab dah banyak kali muncul sebagai model iklan. Sekali tengok, aku rasa dia ni ada persamaan perangai kot dengan Dekna. Dia ni ada la kaitan dengan Betty Banafe, dan ada wajah ala-ala Arab gitu. Dia ni ada pakej, tapi maklum je la kan. AF ni kalau tak jaga kelakuan mesti orang tanak undi, especially pompuan. Tapi takpe, kalau dia betul-betul boleh nyanyi aku rasa tak ada masalah orang mengundi dia. yang penting, dia kena buktikan dia benar-benar berbakat dan bukan sekadar cantik sahaja. Aku rasa dia la paling vogue dalam ramai-ramai, apatah lagi umur dia pun dah 23. AFUNDI LUFYA!
Actually minah ni dah pernah terkenal, sebab cerita pasal dia ni pernah masuk alam newspaper Berita Harian dulu. Masa tu umur dia 16, tahun 2006. Dia ni pernah menang pertandingan menyanyi kat Maju Junction sehinggakan Jatt pernah offer kat dia untuk merakamkan album. Tetapi tak tahu sejauh mana pasal album tu, dan aku sendiri nampak ada kelainan yang dia ni tonjolkan. Cara macam urban, tapi aku tak nampak lagi kekuatan dia dalam lagu genre macam mana. Mungkin Abang Ramli MS tahu kekuatan dia. Dia ni aku pernah interview masa audition, sebab masa tu tunggu hujan teduh kitorang lepak dalam tempat menunggu ke stage 3. Dia ujibakat kat Astro, hari kedua kalau tak silap aku. Hari yang sama dengan Mama Rina. AFUNDI NADIA! Nama Penuh : Muhammad Shauqi Naaim Salmi Nak jadi rezeki, Naim yang macam mat rempit nih dapat jugak masuk AF6 walaupun dah tak lepas masa uji bakat kat Penang. Sanggup nih redah datang KL semata-mata nak masuk AF6. Ternyata usaha dan pengorbanan dia berjaya sebab terpilih. Dia ni manja la jugak, sebab nenek dia yang jaga dari kecik. Tapi tu la, nampak je rempit tapi suka dangdut ok! Teringat lak aku kat Felix masa nyanyi lagu dangdut. Seronok la pulak. Mamat yang tinggi macam pokok kelapa ni aku rasa lebih kurang sama ngan Farha kot. Gambar kat atas ni nampak macam tak handsome sebab belum grooming, tak caya tengok Aksi edisi kedua nanti. Handsome la jugak sebenarnya. AFUNDI NAIM!
Nama Penuh : Ahmad Nubhan Ahamad Orang kampung den! Sape yang minat muka baby face macam dia ni mesti nak undi dia kan. Yang ni nampak macam Dafi sket la. Tapi aku tak tau la sejauh mana dia punya 'Baik Punya!!!'. Dia ni asalnya kerja sebagai pegawai bank, tapi sebab minat menyanyi try la masuk AF. Sama ada amik cuti atau berhenti, aku pun tak pasti. Kalau Sampai final berbaloi la jugak, kalau tak, ontahlah... Den pun pun tak tau nak kato apo... AFUNDI NUBHAN!
Nama Penuh : Hairina Abd Halim Agak-agak Kak Nita makan hati tak? Tapi takpe, sebab Kak Nita dah Diva. Mama Rina pulak diva in the making. Cucu dua ok, tapi menyanyi still bertenaga. Yang ni, aku harap penonton lebih berfikiran terbuka sebab dengan hasil titik peluh dia selama ni la, dia mampu sara anak dia yang sorang tu. Cucu pun dah dua, dan aku rasa inilah perserta AF yang paling diingati sebab pertama kali AF ada pelajar berusia 44 tahun. Aiyoh, kalau yang muda pun tak reti nak bersaing sedangkan tenaga masih kuat berbanding Mama Rina, aku pun tak tau nak kata apa. Yang penting, nampak sangat pengalaman tu yang boleh membawa kejayaan kepada mana-mana penyanyi. AFUNDI RINA!
Nama Penuh : Mohammed Idris Mohd. Zaizizi Haha... Aku kenal mamat ni sebab dia budak Equalstar. Dulu masa aku keje kat i-Remaja, diorang ada shooting baju raya ngan kitorang. Since that, kitorang selalu la contact. Dia ada bagitau yang dia nak pergi audition, dan ada jugak la mintak pendapat aku itu ini. Tak sangka lak dia dapat masuk. Good for him la. Dia ni boleh nyanyi, dan aku tak rasa dia ada masalah atas pentas sebab dia dah biasa. Selain dia, ada dua lagi budak Equalstar yang shortlisted iaitu Azhar dan Nazieb. Tapi nak buat camana, dah rezeki si Eddy (nama masa Equalstar) kan. AFUNDI RIZ!
Nama Penuh : Siti Norsaida Tarudin Yeszaa... Sorang lagi anak Pak Tarudin dan Mak Mah masuk dunia seni. Kalau dulu Datuk Siti dengan adiknya Saerah yang menonjol, this time kakak pulak. Adik yang nama Ali tu bila nak join lak? Hehehe... Kalau Ali masuk, mesti ramai awek gila kat dia. Saida ni boleh tahan jugak, tapi aku tau dia memang tak mampu nak bergantung kepada populariti adiknya Datuk Siti. Saida memang kena buktikan dia boleh nyanyi, walaupun tak setanding Datuk Siti. Kemasukan dia ni akan bagi kaler pada AF6. AFUNDI SAIDA!
Nama Penuh: Stracie Angie Anam Satu-satunya wakil Sabah musim ini selepas AF5 dibanjiri bintang dari sana seperti Ebi, Farha dan Noni dan AF4, Velvet, Nora dan Lotter. Pelik gak aku sebab ada sorang je musim ni. Tapi aku dapat rasa jugak sebab masa aku pergi Sabah aritu untuk lihat sendiri proses uji bakat di sana, memang lain macam kalau nak bandingkan sebelum ini. Tapi tak apalah, mungkin satu sudah cukup untuk kibarkan bendera Sabah semasa konsert final nanti. Itu pun kalau Stacy boleh buat betul-betul la. Jangan kasi malu sama Sabah! AFUNDI STACY!
Nama Penuh : Stanley Maringai David Impi Haa... Inilah dia peserta AF bersuara tenor yang dicungkil bakatnya di Sarawak. Dia ni kira berbakat besar, dan suara macam dia ni tak banyak kat Malaysia. Actually kalau diperamkan kat Malaysia, sayang sebab bakat yang dimilikinya sangat berharga di luar negara. Langkah memberi peluang kepada Stanly memang bagus, manalah tahu ada Mat Salleh terpesona kalau tengok AF kali ni. Badan besar, tapi tak tahulah bakatnya besar jugak atau tak macam Bob. Kalau Bob boleh nyanyi pelbagai genre, yang ni aku tak pasti. apa pun, good luck for him. AFUNDI STANLY!
Nama Penuh : Khairul Nizam Baharom Hebat tak dia ni. Dia pemenang dua pingat emas semasa World Championship of Performing Art 2005, di US dalam permainan angklung. Wah, hebat AF6 kali ni. Ada orang yang cukup berbakat dalam permainan alat muzik. Namun harus diingat, kekuatan vokal paling utama dalam AF. Walaupun dah kahwin, tapi jangan tak tau yang dia ni suka menyakat jugak. Anak dah dua, tapi dengar khabar dah nak masuk tiga sebab wife dia tengah pregnant. Takpe la Toi, asal pandai jaga diri ok la tu. Jangan sangkut lak dengan aweks dalam tu. Hehe... AFUNDI TOI!
Salima AF4 ada bagitau aku yang minah ni sekampung dengan dia. Bukan di Ipoh, tapi rumah family Salima di Kuala Kangsar. Dia pun tak sangka minah ni murah rezeki masuk AF. Ok la tu, ada jugak bakat baru. Dia ni pun dah banyak pengalaman menyanyi, tetapi tak tahulah bila masuk AF ni bertukar pulak. Biasalah, bila nyanyi dalam AF ni kena betul-betul sebab orang semua dok perati. Salah sikit je abis la. Tapi takpe, harap-harap dia leh gunakan sebaik mungkin bakat yang ada. AFUNDI YANA! ******************** MAJALAH AKSI AF Ok la, apa-apa pun nantikan Diari AF6 setiap hari. Diari akan ditayangkan dua kali, yang pertama jam 6 petang dan ulangannya 8.30 malam. Yang kedua, jam 9 malam dan ulangan jam 5.30 pagi. Inilah masanya kita nak tengok karakter pelajar sorang demi sorang. Jangan lupa dapatkan majalah rasmi Akademi Fantasia, majalah Aksi AF. Banyak paparan menarik kali ini termasuklah interview eksklusif dengan Ramli MS, kisah peminat Mawi buat sembahyang hajat, gosip hangat pelajar AF dan banyak lagi la. Jadikan koleksi setiap AF ye. Tak mahal, RM3.90 je. Dapatkan sekarang! Feb 26, 2008
SENARAI TENAGA PENGAJAR AF6 ASSALAMUALAIKUM... Astro hari ini mengumumkan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus melengkapkan fakulti rancangan realiti televisyen paling popular itu. Sebelum ini, Astro mengumumkan maestro Ramli MS dilantik sebagai Pengetua AF6. Ini kali kedua Ramli mengetuai sistem akademik AF selepas AF2. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, secara rasminya mengumumkan Astro menerusi saluran Astro Ria, membawa kembali barisan bekas tenaga pengajar musim lalu seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Jasmi Rejab menyertai barisan kali ini. Astro turut memperkenalkan dua tenaga pengajar baru iaitu penyanyi Anita Sarawak dan Genervie Kam. Anita Sarawak bertindak sebagai Guru Persembahan Pentas, membantu pelajar mengurus dan menguasai pentas dalam setiap persembahan. Pada musim ini juga, Astro memperkenalkan sistem baru dengan menugaskan tiga tenaga pengajar dalam bidang vokal iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal Teknikal, Syafizawati sebagai Guru Vokal Persembahan dan Genervie Kam sebagai Guru Vokal/Muzik. Siti Hajar bertugas membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam persembahan. Syafizawati membantu pelajar mendapatkan lenggok suara yang betul, di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi asal. Genervie bertindak mendidik pelajar mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikan mereka dengan teknik pernafasan dan lontaran suara. Linda Jasmine sekali lagi diberi kepercayaan mengajar asas gerakan tarian, dan bertindak sebagai Guru Kareografi. Fauziah Nawi pula bertugas sebagai Guru Seni Persembahan, membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta mengajar cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas nyanyian. Fatimah abu Bakar, Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris ditugaskan memberi motivasi dari segi mental dan fizikal, selain menanam keyakinan dan memberi perangsang ketika pelajar menghadapi masalah. Dia juga membimbing pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti berkumpulan, selain membantu pelajar mendalami lirik lagu dalam Bahasa Inggeris. Jasmi Rejab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar.
|
Profile
Tag Board Calendar
Links
>>> JUANDANZA <<< BERITA BLOGDRIVE MENGENAI BLOG INI
JUAN DANZA HOTLINE
JUAN DANZA'S ADDRESS
JUAN DANZA'S E-MAIL JUAN DANZA'S FOTOPAGES JUAN DANZA'S MYSPACE
MY BELOVED "BLOGGERS UNITED"
:: Klubbkidd Blog ::
:: Kevin Zahri Blog ::
FAVOURITE BLOG
:: Wenkt Blog ::
:: Senandung Semalam Blog ::
QUEENS' BLOG
:: Sherita Blog ::
FAVOURITE WEBSITE
:: Amreen Cyber Website ::
PERHATIAN: Terapat beberapa masalah yang telah belaku menyebabkan banyak link hilang dalam blog ini. Jika ada sebarang masalah, sila e-mail dengan segera. Maaf atas kesulitan.
Kepada pemilik-pemilik blog yang telah linkkan blog JuanDanza di blog mereka tetapi JuanDanza tidak linkkan pula blog mereka, sila tinggalkan pesanan di comments posting terbaru. Kerjasama antara kita semua amatlah diperlukan. Terima Kasih!
:: TARIKH PENTING ::
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Juan Danza dah tak ada kat JomStar.Com
Dia di buang kerja kerana dia telah melakukan iabarat kata pepatah... "Lembu punya susu, sapi dapat nama".
Juan danza is nothing!. Indah khabar dari rupa. Cuma gila glamer jer lebih. Kerja, hampeh.
Untuk pengetahuan anda, Juan Danza telah DIBERHENTIKAN 24 JAM dari pengurusan JomStar.Com kerana banyak curi tulang. Pergi assignment function, tapi story tak ada. Bayangkanlah betapa tak malunya Juan Danza, pergi function... pelahap habis-habisan masa jamuan di majlis org... tapi story tak deliver dalam JomStar.Com. Itu bukannya tak malu lagi, tapi muka dia dah ditampal kulit BAB*.
Dulu dgn berita pub pun camtu juga... tu sebab tak diambil sebagai staff.. tapi hanya kontrak.. dan kontrak tak disambung sbb pengurusan berita pub pening Juan Danza asyik suruh masukkan muka dia kat maj iRemaja sebab dia kata.. dia pun nak glamer macam artis juga.
Skrg ni dgr khabar yang terbaru, dengan Majalah Aksi pun dia dah buat hal.. asyik curi tulang jer.. dan boss kat maj AKSI cerita pada kawan aku..."patutla Juan Danza ni kena buang dari JomStar.Com, sbb ckp meletop-letop tapi kerja.. HAMPESSS...
Don't Judge A Book By It's Cover"
Kalo tak caya dia kena buang, tunggu ada lawyer dari sebuah syk besar nak ambil tindakan mahkamah terhadap Juan Danza kerana telah menyalah gunakan nama pihak2 tertentu untuk memperdaya artis. Berita ni disampaikan sendiri oleh kawan baik dia. Dan mereka juga akan membongkarkan semua kesalahan Juan Danza yang selama ini tak semua orang tahu. TUNGGU LER...