function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}} function clickNS(e) {if (document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) { if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}} if (document.layers) {document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;} else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;} document.oncontextmenu=new Function("return false") // --> [JuanDanza] Kataku-Akalku-Pandanganku-AkademiFantasia
Nov 25, 2007
DIVA KERR???

ASSALAMUALAIKUM...

Berhari-hari jugak aku tak update blog. Bukan apa, penat bila dah terlalu banyak kerja dan takde mood nak menulis. Oh ye, hari Jumaat aritu sempat jugak aku pergi menemui kumpulan Letto dari Indonesia yang popular dengan lagu Ruang Rindu tu. Aku memang suka lagu tu, tapi bila mengenangkan sikap diorang yang entah apa-apa tu, aku macam kurang excited sket. Ntahlah, macam wartawan Malaysia ni terhegeh-hegeh sangat dengan diorang. Bukan aku je kena, malah wartawan lain pun sentap gila ngan perangai diorang. Nak ikutkan aku tak kena teruk sangat. Tapi Photographer memang menyumpah seranah la sebab Letto tak serius langsung. Lepas tu, bila PRO tegur sikap diorang, boleh pulak buat lawak bangang macam berlagak gila. Aku takde hal sangat, sebab aku tak penah agungkan artis Indonesia sangat. Tapi kepada peminat fanatik, sila fikirkan la ye!

Sedap makanan... Ni diorang tengah melepak sementara vokalis tengah record 

Sebenarnya, pertemuan kitorang dengan Letto petang tu adalah untuk rakaman lagu rasmi versi Bahasa Melayu untuk Olimpik di Beijing tahun depan. Letto nyanyi tang korus je. Selain itu, diorang turun untuk DiGi Street Blast kat Titiwangsa. Diorang sampai di LCCT dalam jam 11.30 pagi Jumaat dan akan berada di Malaysia tiga hari dua malam. Album baru diorang yang kedua, Don't Make Me Sad  pulak sudah tiga bulan di Indonesia. Diorang berharap semoga dapat ulangi kejayaan album pertama bila diorang pasarkan kat Malaysia pulak. entahlah kan, bila dah buat hal macam ni, penat la PRO nak buat promosi kalau orang tanak layan. Kalau sebelum ni diorang hanya pernah buat showcase, tapi diorang takde perancangan untuk buat konsert kat sini. Kalau nak buat pun, tunggu sponsor. Harus la berlari syarikat telco nak sponsor kan...

Kepada yang minat diorang nih, diorang ada website iaitu www.lettolink.com. Kata mereka, respon agak banyak sebab aktif di bahagian forum. Kebanyakannya dari Malaysia. Mengenai album pertama, Truth, Cry & Lie tuh, permintaan masih ada dan ulang cetak. Cuma figure belum dapat. Jualan selepas sebulan dalam enam ribu unit. Itu pun sebab Letto ada turun buat show aritu. Mtv karaoke pulak baru empat hari dekat market bermula 21 haribulan baru ni.

Kulit album Letto

Bila ditanya mengenai album, katanya ada sejarah diorang kekalkan Bahasa Inggeris pada tajuk album. Bila ditanya, langsung tanak menjawab katanya. Then kata mereka isinya lebih banyak sebab 12 lagu berbanding album pertama hanya 10 lagu. Ada empat lagu Inggeris. Untuk album ni, diorang explore setiap genre dan lirik. Diorang kumpul pengalaman sebelum buat lagu dan hasilnya muzik kali ni adalah kesimpulan dari pengalaman. Boleh kata album baru ni explorative. Ada satu lagu yang aku suka iaitu Sebelum Cahaya. Lagu ni pun dah masuk carta utama di Indonesia. Malah ringtone lagu ni nombor satu di sana. Diorang jugak ada buat amal untuk buku braille, malah mereka dah cuba buat sejak album pertama lagi. Syarikat diorang iaitu Gagas Media ada affiliation dengan organisasi untuk orang buta. Diorang kata seronok sebab dapat berpeluang bercakap dengan mereka, apatah lagi dapat peluang bagus untuk lakukan sesuatu untuk orang buta. Cuma diorang tak boleh bagitau berapa peratus yang akan disalurkan kepada orang-orang buta tu.

Bahagian dalam unik giler...

Mengenai ranking di Indonesia, katanya susah nak ukur sebab banyak band dan semua ada peminat. Cuma katanya, Alhamdulillah sebab Letto jadi salah satu antaranya. Album pertamanya dapat cecah anugerah platinum. Jangan tak tau kat Indonesia jualan 150K baru dapat platinum nak bandingkan 15 ribu je kalau kat Malaysia (kalau tak salah aku la).

Mengenai lagu Olimpik Beijing ni pulak, lagu asalnya dalam Bahasa Mandarin dan sebenarnya saduran lagu popular di China. Kemudian diadaptasi untuk promo Olimpik. Lagu ni bukan untuk commercial release dan bukan untuk dijual. Hanya untuk TV ngan radio sahaja. Then akan di'push' di mana negara yang guna Bahsa Melayu, antaranya Singapore dan Brunei. Antara artis terlibat termasuk Farawahida, Dayang Nurfaizah, Maya Karin, Yazer AF3, Azfar, Faizal Tahir, Ning Baizura, Nikki, Ito Blues Gang, Daniel Lee, Michael Wong, Nurul, Jaclyn Victor, Sasi The Don, David Arumugam, Doul, Ahli Fiqir, Ali Mpire, Zehra Zambri, James Baum, Shahrizan Borhann dan ramai lagi. Semuanya 36 artis.  Lagu ni diorang nyanyi secara sukarela untuk wakil Malaysia. Kiranya wakil rantau ini la. Idea buat benda ni datang dari My Music. Yang diorang nyanyi ni versi standard. Sebenarnya ada macam-macam versi. Ada yang rock pun. Cuma dari Malaysia ada satu sahaja. Bahasa lain ada genre lain. Mungkin ada R&B pulak lepas ni kot sebab kat Malaysia ni ramai penyanyi R&B. Lirik nya diubahsuai oleh Amran Omar. Bulan Januari baru start airplay dan video clip pulak akan shooting dalam dua minggu lagi. Mungkin ada PC akan dibuat untuk promo lagu ni gak. Penerbit lagu ni adalah Mr Trabye yang jugak gitaris Mpire. Dengar la nanti ek.

*******

Taufik Batisah yang sempoi!

Semalam pulak aku berkesempatan adakan fotografi eksklusif dengan juara Singapore Idol, Taufik Batisah. Terkujat gak aku bila jumpa ngan dia. Memang lain perangainya berbanding cerita yang aku dapat. Orang kata dia sombong, padahal dia friendly giler. Aku boleh katakan artis Malaysia pun ada yang tak semesra dia, padahal ni la kali pertama dia datang Malaysia untuk tujuan kerjaya sebagai penyanyi. Aku buat fotografi dekat ofis Suria FM, sebab dia tengah buat promo sempena pelancaran konsert Suria FM kat Dataran Merdeka.

Cak cak kat laptop aku... hehe

Macam-macam kitorang borak, termasuk la kisah cinta dia. Hahaha... Kelakar gila. Tapi sekarang dia memang single sebab dia sibuk dengan kerjaya. Itu yang dia kata la, tatau la pulak kalau ada cerita lain. Tapi memang best sebab dia pun kaki bercakap. Sagittarius gak macam aku kan, so memang berlawan cakap je la kejenya. Dia lahir 10 Disember, aku pulak 2 Disember. Dekat-dekat la dah nak sambut birthday.

Ni la albumnya... Teman Istimewa

Apa-apa pun, jangan lupa dapatkan album ketiga Taufik yang juga yang pertama bakal dipasarkan di Malaysia. Lagu Usah Lepaskan adalah antara lagu yang paling sempoi dan sedap didengar. Lagu lain yang best adalah Teman Istimewa dan Sombong bersama Ahli Fiqir...

Sempat autograf... "To: Juan Danza - Do enjoy the album b'cuz I enjoyed our interview! Love, Taufik Batisah"


Posted at 04:29 pm by juandanza
Comments (3)  

Nov 23, 2007
BOSANNYA...

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya aku memang takde buat apa-apa semalam. Lepas habis meeting sampai ke malam, aku pun terus bergegas ke Sri Damansara jumpa adik aku. Lagipun, malam tadi aku serahkan lirik lagu yang aku buat kepada Mohariz Yaakop. Sempat jugak la lepak lama kat McD Sri Damansara berborak ngan dia, sembang pasal komposer ngan lirik. Bukan mengumpat, tapi berborak pasal hasil kerja sapa yang best sekarang ni. Ye la kan, lagu dia dah masuk final Juara Lagu tahun ni. Lagu yang Aishah nyanyi dalam kategori Etnik Kreatif tu. Untung jadi Mohariz, aku ni ntah bila nak merasa camtu. Takpelah kan, pelan-pelan kayuh. Mana tau ada rezeki nanti. Ok la, saja je nak upload promo terbaru ni. Nanti aku war-warkan bila e-majalah ni dah siap k...

 


Posted at 12:29 pm by juandanza
Comment (1)  

Nov 22, 2007
ENJOY!

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak banyak aktiviti yang aku buat memandangkan takde apa-apa yang penting. Selepas selesai semua kerja, aku pun pergi ofis dan sambung taip story. Cuma, sebelah malam ada satu function yang perlu aku hadiri iaitu pelancaran Murai.com, portal under Astro. Pelancaran tu buat kat Sunshine, The Heritage Row kat Jalan Doraisamy belakang Sheraton Imperial KL. Ada juga yang terkejut sebab aku menghadirinya, disebabkan Murai ni dianggap macam saingan kepada tempat kerja aku. Laa.. Nape pulak nak fikir macam tu kan. Konsep macam rakan wartawan sesama surat khabar la kan. Mana ada gaduh antara Berita Harian ngan Utusan Malaysia, Metro ngan Kosmo, Malay Mail, NST dengan The Star. Semua Comolot kan. Lagipun, dengan kewujudan sumber berita yang beraneka ni, kita akan lebih menambah saingan sihat antara media. Lagipun, kat Murai tu bukannya orang lain. Editor-In-Chief nyer Abang Roslen ex-BH, then editornya Ellyna ex-Metro, Razif, Ayie ex-Aksi dengan Sani yang satu ofis dengan aku dulu. Meriah kan...

Actually aku pun sampai lambat daripada orang lain. Sampai-sampai pun aku macam blur je, tatau nak buat apa. Lepas makan kudap-kudapan yang disediakan. Aku lepak dengan Murshid, PRO Warner Music Malaysia ngan Jedie wartawan Mangga. Then, barulah aku gerak gi jumpa artis yang ada. Ramai la jugak yang datang sebab diorang jemput ramai. Aku pun tumpang seronok jugak sebab Murai kira wakil la dalam industri media online macam aku kat Jomstar. Aku tak dapat bayangkan kitorang punya launch macam mana. Takpelah, insya-Allah kalau ada rezeki, kitorang nak buat kelainan la kan. Lagipun konsep Jomstar e-majalah, bukan portal. So berbeza kan.

Dalam pada tu, aku nampak la kelibat Engku Emran dan isterinya Erra Fazira. Aku pulak arini pakai t-shirt Suri FM ngan laneyard Suria FM. Aku mula-mula tak perasan diorang sampai sehinggalah EE tegur aku sambil sengih. Siap tarik laneyard yang aku tengah pakai. Walaupun kejap je dia tegur, tak sempat borak pun, nampak sangat dia appreciate sebab aku pakai produk dia. By the way, thanks EE. Semoga kita leh bekerjasama nanti...

Antara ramai yang hadir, sempat jugak aku snap-snap gambar menggunakan camera kat laptop ni. Lantaklah orang nak kata apa pun, janji aku dapat bergambar untuk letak kat blog ni. Saja la kan, nanti ada pulak yang carut aku biarkan blog aku ni cam bersawang. Ada gak yang gelarkan blog 'alam barzakh'. Matilah aku. Kekeke...

Antara mereka yang sempat menge'pose' kat laptop ni ialah...

 

Awal Ashaari, Que Haidar & Azlina Merican (manager Awal)

Adi Putra (err.. dia pandai Maths gak tak?) ... laki orang yang meletopz...

Orang kampung!!! Fizz Fairuz Zainal Abidin... Hidup Raub!!!

Iqram Dinzly... tetap menggila... hahaha...!

Irma Hasmie (tengah solo rasanya... cepat isi borang!)

Ashraff Muslim a.k.a Ashme (sori la Ashrap... aku tak bley panggil nama lain dah sebab aku kenal ngko dari UiTM Dungun lagik!) & Sherry...

Lama tak jumpa Farhan... Cantikkan mekap mata dia... Meletopz!!!

Meletopz Raja Farah skarang...

Terus tunjuk paper bag Rafflesia. Menang best dress ok, RM15,000 tau!!! Apa taknya, ala-ala tradisional + moden bersongket bagai...

Ejarn ex-EsDCo yang tak lekang dengan snow cap dia walaupun cuaca di Malaysia tidak bersalji... kau ado?

Kemudian disertai penyanyi baru, Rain (betul ke ejaan aku ni?)

Fitri menjadi begini kerana dia tak masuk final Project Runway hahaha... Turut serta memberikan pose ayu ialah Fasha 'Ge-girl' Sandha...

Kemudian barulah Fitri ok semula setelah melepaskan 'stress' dengan mencuci mata... Hahaha...

Lama jugak tak jumpa Ajami, blogger famous tuh... Yang juga orang kuat Shawal FC!

Adik aku yang sorang ni pun sempat pose gak... Reza, our beloved photographer

Razif, one of the writer kat Murai...

Apa-apa pun, sekali lagi TAHNIAH untuk Murai kerana dah launch dengan grand. Harap-harap kita sama-sama mengembangkan konsep media elektronik melalui Internet ni yer. All the best Murai team!!!

 


Posted at 01:34 am by juandanza
Comment (1)  

Nov 20, 2007
SELASA YANG PENAT

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni aku rasa mengantuk sangat sebab betul-betul tak cukup rehat. Bukan apa, aku memang tak boleh nak tidur lena mengenangkan dateline dah dekat. Lagipun, soft launch untuk laman web e-majalah tempat aku kerja ni dah makin hampir. Programmer ngan web designer pun tengah bertungkus-lumus menyiapkan Tugasan masing-masing menjelang soft launch itu. Apatah lagi aku yang mengetuai team editorial ni, naik risau mengenangkan sama ada cukup atau tak input yang nak dimasukkan nanti. Macam-macam dah aku perah otak ni untuk buat yang terbaik. Bukan nak bersaing dengan laman web atau portal sedia ada, tapi nak memastikan kitorang memberi yang terbaik demi kepuasan pembaca. Aku harap dapat diterima semua, dan aku mengharapkan sokongan ramai dalam membangunkan e-majalah ni. Berbanding laman web dan portal hiburan sedia ada, aku rasa aku la editor paling muda dan paling sikit pengalaman. Aku sedar diri, tapi apa salahnya idea muda yang aku ada dipergunakan. Malah, aku mengalu-alukan kakitangan editorial lain memberikan pandangan. Selaras dengan tag line yang aku cipta iaitu 'Nak Lebih Lagi?' tu, aku kena la beri yang lebih daripada yang disediakan tempat lain.

Tengah mekap dengan Famee

Pagi tadi, kitorang ada sesi fotografi dengan Juara Akademi Fantasia 5, Mila. Mila yang ditemani pengurus peribadinya yang juga rakan aku si jurumekap Famee, datang bersama manager Maestro, Nadia. So, Mila la artis pertama yang datang ke ofis baru aku ni. Ala-ala terpegun la jugak pada mulanya sebab tengok ofis kitorang yang macam akuarium tu. Apa taknya, semua cermin ok. Dinding semua cermin tak termasuk dinding dengan jiran sebelah je. Yang lain semua telus dan lut cahaya. Hehehe...

Sempat bergayut dengan *** (ehem...ehem...)

Oleh kerana sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian diadakan di Palace of The Golden Horses, kitorang pun terpaksa gerak cepat sebab Mila pon gi sana. Si, fotografi eksklusif kena la buat kat sana.Kepada peminat atau pengundi setia ABPBH, mulai lusa korang kena la beli Berita Harian sebab nak ngundi. Mana tau, dapat pulak kereta kali ni macam yang lepas-lepas.

Aku ngan Michelle Melodi...

So, pada tahun ini antara 16 kategori yang dipertandingkan ialah:

Penyanyi Lelaki Popular
Penyanyi Wanita Popular
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
Penyanyi Nasyid Popular
Penyampai Radio Lelaki Popular
Penyampai Radio Wanita Popular
Pengacara TV Lelaki Popular
Pengacara TV Wanita Popular
Pelakon Filem Lelaki Popular
Pelakon Filem Wanita Popular
Pelakon TV Lelaki Popular
Pelakon TV Wanita Popular
Artis Komedi Lelaki Popular
Artis Komedi Wanita Popular
Artis Baru Lelaki Popular
Artis Baru Wanita Popular
 

Borang pengundian awal ni akan diterbitkan selama tiga minggu, jadi jangan la miss kalau nak menang hadiah best.

Ashraff Muslim & Diddy pun ada... Dok depan aku

Antara aktiviti lain semasa PC ni termasuklah tayangan ABP lepas. Jangan marah, ada segmen terjah tau. Kalau camni, aku rasa Michelle ngan Abang Nas takleh cari makan la kan. Hehe... Selain itu, ada pertunjukan fesyen yang mana model-modelnya memakai barang kemas jenama Habib. Antara yang pakai ialah Fadzlun, Rozita Che Wan, Nurul dan Nikki. Ada juga persembahan selingan daripada pemenang-pemenang ABP lepas iaitu Farawahida yang nyanyi lagu Buah Hati, juga pakai barangan Habib. Kemudian Faizal AF4 nyanyi lagu Blues Senyum Sokmo sebelum diikuti Datin Seri Siti Nurhaliza yang menyanyi lagu Mulanya Cinta, dipetik daripada P Ramlee The Musical.

Dari celah-celah orang aku nampak Datin Seri Siti Nurhaliza nyanyi...

Kalau korang nak tau, walaupun selama ni Radio Era jadi radio rasmi ABPBH, pada tahun ini dah bertukar tangan ke Hot FM walaupun sebelum ni pihak penganjur pernah memberikan jaminan tidak mahu menyisihkan Era. Maklumlah, Era adalah bawah AMP (Astro) dan bukan bawah Media Prima. Nampak gayanya berakhirlah kerjasama Era dengan ABPBH. Aku yakin buat selama-lamanya la HOt FM akan jadi radio rasmi ABPBH. Era kenalah tumpukan kepada Anugerah Era milik mereka serta AKademi Fantasia. Apa-apa je la yang under Astro, korang handle la sebagai radio rasmi. Lain la kalau ada 'keajaiban' selepas ni. Lagipun, Media Prima nak la naikkan rating Hot FM kan. Nak jadi radio nombor 1 negara. Semoga berjaya la jadi radio nombor 1 selepas ni.

Namun kata Datuk Hishamuddin Aun, mereka bukan nak perkecilkan peranan Era selama ni. Cuma tahun mendatang ni mereka nak beri peluang kepad stesen baru. Katanya, mungkin pembaharuan ini akan memartabatkan lagi industri hiburan tempatan. Tahun ni juga memperlihatkan kelonggaran dalam pencalonan, melihat perkembangan semasa tanah air syarikat rakaman kurang keluar album. Jadi mereka beri peluang kepada penggiat seni untuk bertanding walaupun ada satu single. Ok la tu, harap-harap lepas ni ada la pembaharuan. Semoga berjaya la kepada mereka yang bertanding dan mengisi borang yer.

Dannial & Reza - 2 photographer muda

Lepas habis photoshoot yang sambung lepas PC, kitorang pun meredah hujan dan traffic jam. Tapi sebelum tu sempat la taip blog ni separuh kat McD TPM dengan Joe, Faizal EH! dan Anne (ex-Broadway PRO). Budak dua orang ni memang dari ofis dengan aku. Sape-sape nak ngorat silakanlah... Hehehe...


Posted at 08:27 pm by juandanza
Comment (1)  

Nov 20, 2007
SELAMAT BERBAHAGIA ALEYA & ASHRAF

ASSALAMUALAIKUM...

Musim perkahwinan mula mengambil ruang dalam kalendar tahunan kita. Penghujung tahun, selain daripada aku bakal menyambut ulang tahun kelahiran, aku juga bakal berseronok dengan bakal pengantin baru. Terbaru, aku baru sahaja mendapat undangan majlis perkahwinan, yang mana aku diundang menghadiri majlis resepsinya. Anakanda sulung our beloved pasangan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya dan Fatimah Abu Bakar, Sharifah Aleya bakal menjadi suri Muhammad Ashraf Aasimudin. Sharifah Aleya atau Leya, penyampai Hot FM yang juga pelakon ini akan bersuamikan anggota kumpulan Pretty Ugly.

Sebetulnya, aku mengagumi cara hidup keluarga Fatimah Abu Bakar atau lebih mesar dengan panggilan Kak Fati ini. Keluarga yang penuh kasih sayang, penuh adab sopan. Terpulang la kepada orang lain yang menilai, namun bagi aku Kak Fati dan Abang Syed memang ibu bapa yang boleh dijadikan contoh. Kali terakhir aku berjumpa dengan keluarga ini ketika makan malam di Uptown Damansara, yang mana mereka nampak sangat akrab walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan.

Soal pemilihan jodoh, aku nampak pasangan ini lebih mementingkan kebahagiaan kepada anak-anak dara mereka. Walaupun Ashraf bukan berketurunan Syed, mereka tak kisah kerana aku tahu yang mereka tahu Leya bahagia dengan Ashraf. Aku ingat lagi Ashraf semasa dia menganggotai kumpulan Indrani suatu ketika dulu menggantikan Jeefat yang ketika itu terpaksa meninggalkan Indrani atas soal komitmen. Ashraf agak pendiam, ataupun mungkin malu sebab masih baru ketika itu. Dan dari dulu juga aku tahu yang Leya dan Ashraf memang bercinta. Aku happy tengok diorang, dan aku betul-betul terharu sebab akhirnya mereka bakal disatukan di jinjang pelamin. Aku harap, kenangan pelamin itu akan tetap terpahat dalam sanubari mereka hingga akhir hayat mereka.

Kepada Kak Fati dan Abang Syed, aku ucapkan tahniah dan aku tumpang seronok kerana mereka bakal menerima menantu pertama. Kepada Nani dan adik-adiknya yang berdua tu, tahniah sebab dapat bakal dapat abang ipar yang hensem tu. Tapi mungkin adik-adik yang berdua tu akan dapat lagi sorang abang ipar, tapi tak tau dalam jangka masa terdekat atau tak. Kalau ada jodoh, pun hensem jugak abang ipar korang tu. Dah la baik, rajin pulak tu. Untung la badan... hehehe!! (Matilah aku kena carut selepas ni!!!)

Keluarga bahagia... (Gambar ihsan MStar)

Kepada Leya dan Ashraf, seperti biasa, aku tujukan pantun untuk kalian...

Lirih tanjung dihias orang,
Lembar benang jatuh terjulai,
Sirih junjung bukan sebarang,
Harap dikenang kedua mempelai.

Kenanga digapai penghias rebak,
Masyhur setanggi tercatat hikayat,
Bunga rampai harum semerbak,
Agar mewangi ke akhir hayat.

Tanah rata bersambung titi,
Kerbau balar dihinggap rerama,
Andai cinta pengikat hati,
Usah dicalar kerana hama.

Kerongsang halus diikat berlian,
Anggun disemat kancing suasa,
Doa tulus mengiring kalian,
Moga rahmat dicucur Yang Esa.


Posted at 02:53 am by juandanza
Comment (1)  

Nov 19, 2007
KONSERT PELANCARAN SURIA FM

ASSALAMUALAIKUM...

Jangan lupa masuk website Suria FM kat sini

Tadi aku sempat pergi majlis sidang akhbar Majlis Pelancaran Rasmi Suria FM dan Konsert Kemuncak Roadtour yang bakal berlangsung 24 November ni. Sidang akhbar (PC) ni diadakan di pejabat Suria FM kat AmAssurance dekat belakang Hotel Grand Season tu. Kalau ada yang tak tau, CEO Suria FM ialah husband Eraa Fazira yang hensem tu. Ala, Engku Emran atau yang popular dengan panggilan EE tu. Sebenarnya, Suria FM ni dah ke udara sejak 30 Disember 2005. Memang ramai yang tak tau pasal radio tu, sebab tu listener dia lebih kurang dalam setengah juta sahaja kalau nak bandingkan dengan radio lain. Tapi percayalah cakap aku, sebenarnya dengar Suri FM ni seronok sebab dia lain daripada lain. Takde kena mengena langsung dengan Era atau Hot FM sebab sistem yang diorang pakai pun lain. Tagline diorang 'Hidup Pasti Rancak', dan memang rancak pon radio ni. Diorang main lagu Malaysia, Indonesia dan Inggeris, tapi dengan penyampaian berbeza.

Sekarang ni seluruh semenanjung Malaysia dah boleh dengar lagu ini termasuk Kota Kinabalu,Sabah. Sarawak je tak dapat siaran Suria FM sebab kata EE, lesen duntuk di Sarawak tak termasuk dalam lesen yang diorang ada. So orang Sarawak, doa-doa je la diorang dapat ke udara kat Sarawak pulak. Frekuensi dioramng Lembah Klang 105.3FM, Ipoh 96.0FM, Kuantan 96.1FM, Melaka & Johor Utara 88.5FM, Kota Kinabalu 105.9FM, Kuala Terengganu 102.4FM, Kota Bharu 106.1FM, Perlis, Kedah & Pulau Pinang 106.9FM, Taiping 91.7FM, Seremban 107.0FM dan Johor Bahru 101.4FM.

Jangan lupa, malam Sabtu ni (24 November 2007) turun ramai-ramai kat Dataran Merdeka pukul 8.30 malam untuk tengok konsert free. Tak payah susah-susah nak bayar tiket ok. Bawak la seberapa ramai orang pun, janji leh tengok show free sambil kenal-kenal dengan Suria FM nih.

Antara artis yang perform termasuklah Mawi, Amy Search, Hattan, Bandi Amuk, Erra Fazira (ehem...ehem... tolong cik abang ye kak?), Dayang Nurfaizah, Waheeda, Farawahida, Elyana, Dafi, The Fabulous Cats, Taufik Batisah, Imran Ajmain, M Nasir dan Syed Azmir. Jangan la lupa kenal-kenal dengan penyampai radio Suria FM ni iaitu Ayzack, Akhtar, Myra, Azrene, Tuah Zuqarnain, Zaff, Zhana dan Bob Ringgo.

Macam biasa, lepas-lepas habis PC aku pun dok melepak la kat Suria FM dan buat macam ofis sendiri. Apa tak nya, bila kengkawan dah berkumpul jadi riuh la pulak. Tengok je la gelagat sorang-sorang hahaha...

Dari kiri : Aszuad (manager Imran Ajmain), Farawahida, Akhtar (penyampai Suria FM), aku & Julia (Creative Producer Suria FM - ex-penyampai Xfresh FM dulu)

Dayang Nurfaizah, Julia, Imran Ajmain & aku

Ngan Farawahida

Ngan Ayzack, penyampai Suria FM merangkap super senior masa aku sekolah SEMSAS

My big sis, Julia 'heylowwwww'...

Cat Farish macam pak aji dah kat belakang tuh...

Ok, seperti yang aku janjikan, aku dah dapat kebenaran daripada tuan punya kad kahwin. Aku harap korang tak marah aku, sebab aku tak letak awal-awal isi dalamnya. Saksikan sendiri...

Jangan marah haaaaaa!!!!!

********


Posted at 05:11 pm by juandanza
Comment (1)  

Nov 19, 2007
SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK (BALADA)

ASSALAMUALAIKUM

Malam macam biasa aku pergi untuk buat kerja kat Sri Pentas 2, Shah Alam, untuk separuh akhir muzik-muzik Balada. Punyalah ramai manusia kalau nak dibandingkan dengan kategori Etnik Kreatif minggu lepas. Ada yang bawak sekeluarga, sampai berdiri pun ada. Nasib baik la orang media macam aku ni ada tempat khas. Kalau tak, tak dapat bayangkan camana aku nak bersesak-sesak dalam tu.

Ramai giler yang datang...

Jangan marah, Siti Nurhaliza tak masuk final walaupun aku menjangkakan dia masuk final. Kalau minggu lepas ala-ala konsep 50 tahun kemerdekaan gitu sebab orang lama yang dapat masuk final. Untuk balada, temanya realiti TV katanya sebab semua yang masuk adalah peserta realiti TV. Jangan ada pulak yang spekulasi mengatakan mentang-mentang ini nprogram TV3, AF nyer wakil masuk satu je sebab yang bertanding ni bukan penyanyi, tapi lagu dan lirik. So, keputusan malam ini berpihak kepada Kasih Tercipta - Faizal Tahir, Ceritera Cinta - Jacyln Victor & Lah Ahmad ganti Rio Febrian), Izinku Pergi - Sahri (ganti Kaer), Harapan - Fazli Zainal dan Mahakarya Cinta - Faizal Tahir.

Sewaktu PC, wakil-wakil Balada ke peringkat akhir (saja pilih kaler ni sebab sama dengan rambut orang tu dalam gambar! Hahaha!)

Kata Encik Azhar Borhan, lagu-lagu ni adalah lagu sama terpilih semasa penjurian awal. Macam minggu lepas, malam ni hanya 30% yang dinilai sebab yang lain dah dinilai sebelum tu lagi. Kata dia, persembahan malam ni ada impact walaupun sayang sebab penyanyi asal lagu ada yang takde dan diganti orang lain. Macam Izinku Pergi, masa final nanti TV3 buka peluang kepada Kaer jika dia ingin kemnbali, namun terpulang kepada komposer untuk tentukan.

Jac & Lah

Jac - Takleh bawa Rio sebab costing dan komitmen kerja. Banyak practice dengan Lah. Semua lagu bagus, jadi kehadiran Siti tak melemahkan semangat sesiapa. Kita hanya buat yang terbaik. Kalau dapat, dapatlah. Begitulah sebaliknya.

Lah - tak nak lari sangat daripada standard penyanyi asal. Masa final mungkin boleh bawak saya punya personal touch, tapi bergantung kepada kesesuaian.

Faizal Tahir

Saya tak sangka, speechless. Berterima kasih sangat dengan mereka yang terlibat dalam kedua-dua lagu. Terima kasih TV3 sebab mereka yang menilai sama ada saya boleh ke depan atau tidak. Ni the biggest challange. Saya kena bersedia nak bawak kedua-dua jenis lagu dengan cara berbeza. Saya tak bagi kelebihhan kepada mana-mana lagu, treat equally. Masa dapat tau dua lagu ni masuk pun saya saya tak terfikir yang mana satu nak pergi final. Kedua-dua komposer ni nama besar, bagi tugasan kepada saya dengan high expectation.

Sahri

Saya difahamkan saya akan teruskan lagu ni. Tapi saya akan bincang dengan Kaer sama ada dia nak atau tidak. Susah sebab orang akan buat perbandingan siapa yang lebih baik. Expectation orang tak sama. Yang bertanding lagu, bukan kami yang bertanding. Kita hanya sebagai penyanyi sahaja.


Fazli Zainal

Bawak lagu pencipta sama. Saya tak menekankan mana-mana lagu yang masuk final. Satu lagu masuk ke final saya syukur. Mengikut apa yang saya baca ramalan media, saya rasa mungkin ada peluang. Sykur apabila ada yang dapat. Senarai pencalonan awal bagi peluang keopada semua pendengar. Juri profesional yang pilih daripada 10 lagu. Jadi terpulang kepada yang memilih, tak ada kena mengena dengan senioriti.

Siti balik awal ada function. Kata Azhar, Bisakah not that strong, impact dia tak sampai. Tak ada kena mengena dengan persembahan Siti pada malam ini. Lagu-lagu yang masuk bertanding ialah Paluan Rindumu (Idayu - M Nasir/Keon), Bisakah (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito/Tessh RS), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor & Lah Ahmad - Ross Arifin/Habsah Hassan), Kasih Tercipta (Faizal Tahir - Ajai/Shuhaimi Baba), Andainya (Nieyl - Hadi Hassan/J Looi), Sejuta Nafas Cinta (Fazli Zainal - Hazami/Loloq), Hilang (Diddy - Audi Mok/Bash), Izinku Pergi (Sahri - Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak), Mahakarya Cinta (Faizal Tahir - Audi Mok/Shah Shamshiri) dan Harapan (Fazli Zainal - Hazami/Hazami).

*****

Balik dari Seri Pentas, aku singgah jap McD NKVE nak jenguk adik aku yang keje kat situ. Dia satu tempat keje juger dengan kawan baik aku merangkap sahabat dunia akhirat, Ayein. Dia pon dah jadi 'abang sulung' dalam family aku sebab dia dah amik alih tempat aku, hahaha....

Tetiba lak nak manjer haha...

Haa... wat lawak... wat lawakkk!!!

Manager (perasan tak baju manager McD dah lain?) & Staff... Safar...


Posted at 04:56 pm by juandanza
Make a comment  

Nov 18, 2007
NEW FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM...

Saja nak kongsi ngan korang, ni kawan-kawan aku...

Mozac, Nuffie, Aku, Joe & Ted


Posted at 06:48 pm by juandanza
Make a comment  

Nov 16, 2007
SEGALANYA BARU

ASSALAMUALAIKUM

Hari demi hari aku rasa macam sayang pulak bila membiarkan blog aku ni tak berisi. Sedangkan, blog ini banyak membantu aku dalam kehidupan. Tak percaya? Kerana blog ini la aku ditawarkan kerja di tempat baru ni. Walaupun sebelum ini semasa di tempat lama aku sering dituduh yang bukan-bukan berkenaan blog ni, tetapi mereka yang mengikuti perkembangan blog ni mesti tau apa yang sebenarnya. Ye la, kerap kali aku dituduh menggunakan peralatan pejabat untuk aktiviti peribadi. Aktiviti peribadi yang dimaksudkan ialah menulis blog. Korang sendiri tau kan dah berapa lama aku tak update blog ni? Macam mana orang berkenaan boleh tuduh aku update blog pakai komputer ofis sedangkan blog update pun tidak? Itulah faktor kenapa aku tinggalkan tempat lama. Tertekan sebenarnya dengan benda-benda macam tu. Maklumlah, aku ni memang jenis huha huha. Tapi bila aku kena tuduh ke hapa, aku just diam dan tak kuasa nak bertekak. Ye la kan, diva-diva ni kalau dilawan makin tinggi pulak crown nyer. Baik aku diam dan iyakan saja apa orang nak kata. Pastu, aku yakin la apa yang aku kata ni sampai dekat sana. Maklumlah, blog aku ni sering dibaca oleh manusia-manusia yang talam dua muka. Benda kecik cakap kawan-kawan pun boleh sampai. Siap aku kena maki tak pasal-pasal. Memang aku sumpah la sapa yang tukang jaja cerita aku tu. Entah apa dosa aku kat diorang, aku pun tak tau. Agaknya diorang dapat upah agaknya untuk 'memerhatikan' aku setiap kali keluar assignment atau sebagainya.

Kat belakang tu 'Mukhsin'

Tutup buku lama, bukak buku baru. Sekarang ni, aku pulak merasa macam mana nak menjadi ketua kepada sebuah editorial. Ya, aku akui dan bersyukur takde la meletup sangat jadi editor kat e-majalah ni. Lain la kalau editor kat surat khabar atau majalah besar. Sekurang-kurangnya, aku dapat belajar macam mana nak kontrol department sendiri dengan pengalaman aku yang sedikit ni. Tapi aku berjanji pada diri sendiri untuk memastikan aku tak buat kesilapan. Maklumlah, kadang-kadang bila kita ada di atas, kita selalu lupa diri. Kita anggap staff kita ni kuli batak kita, atau pencacai yang kita boleh maki hamun ikut suka rasa. Aku juga berharap aku takkan bersikap pentingkan diri atau tak profesional. Aku tanak bawak masalah peribadi, rumah tangga atau keluarga ke tempat kerja. Bila tension, lepaskan pada staff. Aku tanak jadi camtu. Aku dah rasa macam mana peritnya bila kena personal attack. Oleh kerana aku berada di e-majalah, aku tak la rasa besar sangat. Nanti orang kata aku macam bagus pulak. Aku tanak jadi editor kat majalah kecik tapi tahap divanya mengalahkan Devil Wears Prada. Doa-doakan la ye aku tak jadi camtu.

Aku sayangkan staff-staff yang bawah jagaan aku. Setakat ni, dua jurugambar, sorang jurukamera video dan sorang wartawan. Mungkin lepas ni ada lagi wartawan yang masuk. Alhamdulillah, dua jurugambar ni sebenarnya praktikal dekat tempat keje lama aku. Memikirkan diorang ni bagus, rajin dan boleh masuk kepala, aku pun suggest mereka berdua. Syukur la diorang ni dapat jugak keje. Aku tak mintak duit diorang pun, tapi aku seronok sebab buka jalan rezeki kat orang. Tapi itulah dia, ternyata Tuhan tu Maha Adil. Walaupun ada je makhluk yang cuba tutup pintu rezeki aku, Tuhan tetap bukak jalan lain untuk aku. Kepada yang suka nak tutup rezeki orang tu, semoga Tuhan ampunkan je la dosanya. Jangan besok-besok elok-elok gaji ribu-riban tiba-tiba Tuhan tarik balik. Sebab tu la bumi ni dijadikan bulat, supaya orang yang duduk di atas tu ikut putaran dunia. Kejap atas, kejap bawah. Nauzubillahi min zalik...

Semalam, aku pergi Suria FM (105.3 Lembah Klang). Sajalah kan, gi ngadap orang-orang kuat stesen tu untuk memperkenalkan e-majalah kitorang. Sekali jumpa pulak dengan Faizal AF4. Seronok betul dia bila nampak aku. Sempat la aku amik gambar dia dengan penyampai Suria FM. Sempat juga aku interview dia by video sebab jurukamera aku ikut sekali. Nak tau gosip apa yang aku tanya, kenalh bukk nanti dalam e-majalah tu nanti. Tunggu je la pelancarannya.

Lepas tu, aku gerak gi Menara KL sebab ada PC berkenaan Pesta Pulau Pinang. Hari hujan, aku sampai lambat. Tapi mujurlah wartawan dan jurugambar memang dah ada kat sana. Aku just nak gi tengok je la sambil promote e-majalah ni. Ada la XPDC, Jinbara, Wings dan beberapa band lain yang terlibat. Lepas tu aku jumpa Joe kat Menara KL. Dia datang lambat, PC dah habis. So kitorang pun decide nak gi Izzi Bukit Bintang untuk free WiFi. Huhu, sejak aku dah ada laptop ni mula la aku rajin balik. Tapi banyak untuk kerja, sebab aku kena selalu research competitor punya website.

Masa lepak kat Izzi tu, ada la sekumpulan manusia ni yang volume dia punyalah kuat. Aku rasa macam nak hempuk je laptop Acer Aspire ni atas kepala sekor-sekor. Punyalah bising Tuhan je tau. Joe siap rakam pakai webcam dia dan buat movie. Tak caya pegi la tengok kat blog dia. Tapi boleh tak bila berborak tu slow-slow sikit. Kat situ dah la tempat semua orang WiFi. Reti la bahasa sikit. Ini tak, dia bantai buat tempat tu macam pusat main mahjong. Punya la memekak tak hengat. Kalau tak takde la Joe yang sikit lagi nak tunjal kepala sekor-sekor tu berdaya usaha buat video tu. Bak kata Joe, diorang tu memang dasar c**a b***t yang tak reti bahasa. Punyalah kitorang bukak lagu kuatkan speaker dengan harapan diorang senyap. Rupanya makin kuat pulak. Oh, Klang tu kat kuala kan? Nasib baik tak bukit kan. Hahaha...

Lepas tu, aku pun gerak pegi Fuse Studio untuk tengok Nikki rakam lagu duet dia dengan Ebi tu. Tapi Ebi takde sebab ni turn Nikki masuk vokal. Lagu tu boleh tahan, very derr Pop Melayu yang pastinya rempit-rempit dan minah desa semua confirm melekat kat speaker radio setiap kali diputarkan. Bagus la jugak. Aku rasa dah sampai masa Malaysia pun buat macam Mat Salleh yang gabungkan dua artis untuk naikkan pendengar muzik. Ye la, at least dua belah peminat akan berkongsi sebuah lagu sama. Semoga industri kita berkembang kan. Lepas recording, muka Nikki tension je. Rupa-rupanya dia tak berapa sedap badan dan minda. Biasalah orang pompuan kan. Tapi dia still boleh delivered dengan baik masa proses rakaman. Tapi boleh tak dia hilangkan stress dengan  M-A-K-A-N???

Punyalah stress sampaikan banyak ni Nikki makan...

Hehe... Takpe, kalau badan slim macam Nikki boleh makan banyak-banyak. Tapi kalau macam aku atau gambar yang ada star kat pinggang tu camana?

Nak tau sapa??? Taraaaa....!!!

Hahaha... Nampak tak sape kat belakang tu?

Pastu kitorang gerak pulak gi jumpa member, si Nuffie, Mozac ngan Anas. Dari KL ke Shah Alam, boleh patah balik ke KL semata-mata nak lepak kedai Kak Ara kat BB. Melepak la kitorang pulak kat situ sampai si Roslan Shah pulak sampai melepak berborak panjang. Dalam pada tu sempat jugak aku testing cam laptop ni. Cun gak ek dalam lampu jalan nih. Yang kiri tu Mozac, yang kanan tu Nuffie...

Dua-dua macam iklan colgate kan? Dalam pada tu, sempat gak sindir si Mozac ni sebab dia dalam sesi jaga badan katanya, tanak makan malam. Hamik ko bukti...

Rupa-rupanya si Mozac ni berminat jugak dalam poem. Aku tunjuk kat dia poem yang aku tulis masa tahun 2006 dalam bulan Oktober tak salah aku. Siap dia suruh e-mel kat dia. Ni la puisi nya...

Atas Nama Keadilan 

Pertemuan tiada dirancang
Mata yang memandang sekadarnya
Langsung tidak bermaksud
Langsung tidak berniat
Untuk meletakkan wajah seribu ceria itu
Jauh dalam lubuk hatiku

Kata-kata yang terurai
Merungkai inci demi inci
Apa di balik hidupnya
Cukup santun bicara
Elok budi bahasa
Indah di pandangan mata

Dari gelap hingga bercahaya
Angin dingin berpuput malu
Tetap gagah berbicara
Tetap enggan berganjak
Bagaikan tiada lagi esok
Untuk berdua menyulam cerita

Dia bukan untukku
Telah kuletakkan Tembok Besar China
Telah kukubu Piramid Agung
Namun lebur satu persatu
Berserakan kerikil-kerikil
Tenggelam dirempuh lautan rasa hati
Yang tiada surutnya sehingga kini

Insan atas nama keadilan
Bukan untukku
Kerana yang ada cumalah satu
Kasihku kepada sang sahabat...

Lepas tu, boleh pulak aku karang on the spot satu lagi pusi yang amik masa tak sampai lima minit. Tajuknya...

Lemah

mengapa cinta dikejar
walau lambaian itu hanyalah
ikhlas dan tulus
dari tangkai degupannya

mengapa tari direntak
walau irama itu hanyalah
penghias malamku
di kala sepi menyelimuti

penat melangkah
lemah meresah
rupanya sepanjang perjalanan aku dengannya
tersimbah nanah jernih
langsung tidak kelihatan

rupa-rupanya
buat kesekian kali
aku tertoreh gelisah...


Posted at 05:25 am by juandanza
Comments (2)  

Nov 14, 2007
KEJUTAN???

Aku mendapat kad undangan ini. Aku tak tau nak komen apa. Mungkin bila aku dah dapat kebenaran daripada tuan yang punya diri, baru aku berani nak blog semua sekali. Apa-apa pun, jangan ada yang makan hati ye!!!


Posted at 08:19 pm by juandanza
Comments (2)  

Previous Page Next Page


+ + + + + + +

Profile

 

Nama: Juan Danza
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 02 Disember 1980
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Rawa dan Minangkabau
Asal: Pahang, Negeri Sembilan dan Perak
Asal Keturunan: Pagar Ruyung
Pekerjaan: Wartawan Hiburan
Hobi: Muzik, Karaoke dan memasak
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Koyan
(1987-1991)
Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (FELDA)
(1991-1992)
Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution)
(1993-1996)
Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (FELDA)
(1993-1996)
Sekolah Menengah Sains sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
(1996-1997)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
(1998-1999)
Universiti Teknologi MARA, Kampus Dungun, Terengganu
(1999-2002)




BLOG JUANDANZA MENYOKONG 100% KEBEBASAN BERSUARA MELALUI PENULISAN BLOG. HIDUP BLOGGERS UNITED!!!

(...hanya pengecut sahaja yang berani mengutuk di sebalik nama samaran - Juan Danza)



Tag Board

   
Calendar

<< June 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Links





Qistina2

Best Malaysian Sites

Project:Maharani

Project:Maharani

>>> JUANDANZA <<<
>>> BLOG FAMILY <<<


AFITRI


ALIF


AMREEN


BLACKB


BURN


CAMARA


CARTOONJAWA


CHOTTO


CUTE


DEE


DEQCIKJER


DEWI


EJANN


GRRR


HANTU


HAIRI


HALY


IQRAM


IZ


JASE MARIO


JEL


JEZZ


KASH ED


KECEQUE


LEEZ


MIROSE


MONTOYA


MYRA


NINA


NURUL


PURPLE


QAZZAQ


RARARERA


RYNNE


SECRET WHITE


SPIDERX


STRATOVARIUS 7


SY LIA


TELO JAJA


TEPAK SIREH


TNI


VAMPIROO


WAHEEDA@NAJWA


ZACK R-RIJAL


ZEYHEY

JUANDANZA


BERITA BLOGDRIVE MENGENAI BLOG INI
1-TEKAN DI SINI

2-TEKAN DI SINI

JUAN DANZA HOTLINE
012-2454240
PERINGATAN: SILA HUBUNGI ATAU SMS JUAN DANZA UNTUK PERKARA-PERKARA PENTING SAHAJA. KEPADA YANG MENGHANTAR SMS, SILA SERTAKAN NAMA. TERIMA KASIH.

JUAN DANZA'S ADDRESS
D/A Juan Danza - Editor JomStar.com,
Locus Technology Sdn Bhd,
No 17-2, Jalan 3/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

JUAN DANZA'S E-MAIL
juan.danza@gmail.com

JUAN DANZA'S FOTOPAGES
JuanDanza Fotopages

JUAN DANZA'S MYSPACE
JuanDanza Myspace

MY BELOVED "BLOGGERS UNITED"

:: Klubbkidd Blog ::
:: Ajami Blog ::
:: Vernon Kedit Blog ::
:: Sultan Muzaffar Blog ::
:: Afi Mogarus Blog ::
:: Budiey Blog ::
:: Fiebie Blog ::
:: Badrul After Six Blog::

:: Kevin Zahri Blog ::
:: Iqram Fotopages ::
:: Afdlin Shauki Blog ::
:: Nabil FC Blog ::
:: Mohariz Yaakup Blog ::
:: Elkapitan Blog ::

FAVOURITE BLOG

:: Wenkt Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Nakaltitude Blog ::
:: Ejann @ E-jai Blog ::
:: Kayriel Blog ::
:: Tepak Sirih Blog ::
:: Rosman Positivo Blog ::
:: JawaMedoi Blog::
:: Malique Blog ::
:: Waiem Blog ::
:: Azlif FC Blog ::
:: Burn_acid Blog ::
:: Chotto Blog ::
:: Rynne Blog ::
:: Nizam Zakaria Blog ::

:: Senandung Semalam Blog ::
:: Iwanshu-Aswad Blog ::
:: Penabiru Blog ::
:: Hoipolloi Blog ::
:: Arenakita Blog ::
:: WSS79 Blog ::
:: Elf Blog ::
:: Gengsko Blog ::
:: T-merk Blog ::
:: Yesterdaey Blog ::
:: FaizNordin Blog ::
:: Midyrawk Blog ::
:: Altercronic Blog ::
:: Artyfeelhoneyme Blog ::
:: Dheqchik Blog ::
:: Sempoiizone Blog ::
:: Sumie Blog ::
:: Romzie Blog ::
:: RajaPelaut Blog ::
:: Eyzzros Blog ::
:: Kash E.D. Blog ::
:: Airpool Blog ::
:: Adam Mikael Blog ::

QUEENS' BLOG

:: Sherita Blog ::
:: Mimirinie Blog ::
:: CheDetz Blog ::
:: Leez Blog ::
:: Mirch Blog ::
:: Yasmin Ahmad Blog ::
:: Imah Lenggok Blog ::
:: Lealaurielle Blog ::
:: Mekla Blog ::
:: Ratu Sedut Blog ::

FAVOURITE WEBSITE


:: Raydcza Schaphyque Website ::


:: Premelodic Website ::


:: The Muffins Band ::

:: Amreen Cyber Website ::
:: Malaysia View TV ::
:: Ed Website ::
:: Bilut Website ::

PERHATIAN: Terapat beberapa masalah yang telah belaku menyebabkan banyak link hilang dalam blog ini. Jika ada sebarang masalah, sila e-mail dengan segera. Maaf atas kesulitan. Kepada pemilik-pemilik blog yang telah linkkan blog JuanDanza di blog mereka tetapi JuanDanza tidak linkkan pula blog mereka, sila tinggalkan pesanan di comments posting terbaru. Kerjasama antara kita semua amatlah diperlukan. Terima Kasih!

:: TARIKH PENTING ::

Birthday Ayahanda : 22 Julai
Birthday Bonda: 14 Jun
Birthday Diriku: 02 Disember
Birthday Fairuz Idzham: 16 Disember
Birthday Farah Izati: 15 Mac
Birthday Fakhrul Ihsan: 30 November
Birthday Ayein: 05 Januari
Birthday Azwady Yusof: 30 Mac
Birthday Shafrie: 14 Januari
Birthday Baim: 30 Januari
Birthday Asmawi: 25 Ogos

Birthday Britney Spears: 02 Disember (sama aku)


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed



Salmah - Get the Pink