Entry: TANGGUH Nov 28, 2007



ASSALAMUALAIKUM...

Aduh, lamanya aku tak update blog ni walaupun dah masuk Rabu. Sesungguhnya aku memang bz giler sampai masa untuk diri sendiri pon takde. Apatah lagi nak update blog. Hari tu aku sempat update sampai pertemuan dengan Taufik Batisah je, tapi tak sempat nak update pasal Konsert Suria FM yang berlangsung dengan jayanya di Dataran Merdeka. Walaupun ada yang kata tak capai sasaran penonton yang hadir, bagi aku itu dah cukup membuktikan Suria FM ada pendengar. Kalau tak laku, langsung orang tak datang. Tapi terus terang cakap, rugi sapa yang tak pegi sebab artis yang buat persembahan bukan calang-calang. nama besar termasuklah Mawi, M Nasir, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Fabulous Cats dan ramai lagi la. Tak larat aku nak tulis. Tapi yang paling istimewa, inilah kali pertama stesen radio di Malaysia berjaya menggabungkan empat kawan lama dalam satu pentas. Mereka ialah jejaka-jejaka Singapura - Taufik Batisah, Syed Azmir, Adib Fabulous Cats dan Imran Ajmain.

Sempat pose kat tepi stage

Alhamdulillah pada malam tu cuaca baik, tambahan lagi disinari cahaya helikopter yang dok pusing-pusing atas dataran semasa Mawi nyanyi. Agaknya masa tu diorang tengah ronda kemungkinan pasukan piket Hindraf akan mula malam tu. Tapi aku tak kisah pun, yang aku tau enjoy je tengok konsert. Seronok pulak bila tengok artis semua berkumpul untuk support Suria FM. Masa sampai tu aku tengok artis tak semua sampai lagi kecuali Farawahida. Mula-mula je feeling dok bawah khemah yang disediakan untuk media, tapi lepas tu terus naik kat belakang stage. Jumpa la semua yang ada termasuk Dafi dan lain-lain.

Dengan Taufik Batisah sejurus tamat konsert

Tapi ada la satu insiden yang agak menyakitkan hati aku apabila ada sorang photographer yang aku pun tatau dari mana cuba nyelit time photographer tempat aku keje tengah ambik gambar Dafi. Aku paham la semua orang cuba nak dapat scope masing-masing. Tapi yang aku tak puas ati, aku punyalah susah-susah nak tarik Dafi gi cari angle terbaik untuk JomStar, sampai Dafi sudi nak terbaring bagai kat atas tembok tepi tiang bendera tu,  sedap-sedap je dia nak curi shoot tu. Tak pasal-pasal aku yang susah nak maki orang ni tetiba naik hantu. Aku bukan apa, selama ni aku hormat orang lain punya shot, apsal ada manusia yang tak reti bahasa main redah je. Geram la jugak. Tapi tu la, aku malas nak cakap banyak. Harap-harap paham sendiri sudeh...

Berlatar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.. Punya la ramai orang kat tepi tu...

Apa pun, congratulation Suria FM!

*****

Malam Ahad, terjawab sudah mereka yang bakal ke final Juara Lagu nanti. Mereka adalah:

Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Estranged - Itu Kamu
Janjiku - Sofaz
Angan Dan Sedar - Mawi
Sembunyi - Misha Omar & Andy Flop Poppy
Farhana (Puteri Bumi Kanyalang) - Jinbara

Penonton yang hadir lebih ramai daripada Balada, sehebat kategori Pop Rock yang memperlihatkan pertandingan sengit 10 lagu bertanding. TV3 membuat kejutan dengan memasukkan sebuah lagi daripada kategori ini untuk ke Juara Lagu. Ye lah, pada mulanya TV3 nak masukkan lima lagu je daripada kategori ni. Tau-tau ada kezutan 'realiti TV' pulak katanya. Tapi aku sokong la sebab sengit giler. Yang tak dapat masuk adalah Percayalah Sayang - Vince (Vince/M Zulkifli), Aku Pencintamu - Felix (Ajai/Ajai), Satu Harapan - Jaclyn Victor (Audi Mok/Nur Fatimah),
dan Tiga Malam Tanpa Bintang - Fiq (Master G/Azmeer).

Komen aku:

Percayalah Sayang - Vince
Gerakan Vince atas pentas lebih rancak daripada lagu. Nampak macam dia berusaha sangat nak buat lagu nampak Pop Rock. Vokal agak tenggelam, mungkin kerana sistem bunyi kurang memuaskan di dalam auditorium. Bengkek la jugak sebab kat belakang macam tak tengok live. Mungkin di televisyen lebih baik la kot.

Farhana (Puteri Bumi Kanyalang) - Jinbara
Pembukaan yang baik dari segi vokal. Menerima tepukan gemuruh yang hadir, membuktikan band Malaysia bukan calang-calang. Walaupun ada yang tak suka, tapi kena ambik kira jugak la sebab lebih ramai yang suka daripada tak suka. Bagi aku diorang ni harus diberi peluang sebab dah banyak kejayaan yang mereka buat.

Aku Pencintamu - Felix
Felix masih dalam keadaan kurang sihat akibat selsema ketika menyampaikan lagu Aku Pencintamu ini. Lagu ni takde la kuat mana, dan Felix betul-betul nampak gugup. Agak lemah jugak la persembahan dia kali ni berbanding kat AF dulu. Tapi takpe, sekurang-kurangnya dia mencuba.

Satu Harapan - Jaclyn Victor
Persembahan diiringi penari nampak rancak. Namun suasana di dalam auditorium tenggelam khususnya pihak media yang berada di bahagian belakang. Itu pun aku rasa Jac dah berhabis dah kuat suara bila nyanyi. Hmm... Lagu ni tak dapat masuk. Tapi takpe, at least dia dah masuk dalam kategori Balada. Lagipun lagu ni hanya popular, tapi tak kuat nak banding yang lain. Sedap memang sedap.

Janjiku - Sofaz
Tahniah masuk final walaupun persembahan A-D-O! Vokal teruk giler. Tatau la, tak jaga suara atau penat kot... Lagu ni masuk sebab dah memang kuat dari awal dari segi melodi dan lirik. Kalau ikutkan persembahan, lebih baik Fiq yang masuk!

Sembunyi - Misha Omar & Andy Flop Poppy
Biasa jer. Takde hype pun. Tenggelam sebab lagu ni mendatar. Tapi tu la, lagu ni kuat kot. Rezeki yang baik untuk mereka berdua. Pastu ntah la, atas stage macam tak meyakinkan. Kena buat sesuatu la kot untuk final.

Tiga Malam Tanpa Bintang - Fiq
Penyanyi rock muda yang berpotensi menjadi nama besar ini memiliki kualiti vokal yang bukan calang-calang. Persembahan solo Fiq memberi kesan kepada pendengar walaupun dalam keadaan audio yang kurang memberangsangkan. Tapi sayang, tak dapat masuk hingga memelikkan banyak pihak. Best tu lagu ni...

Estranged - Itu Kamu
Sedap, menghiburkan dan bertenaga. Serius aku cakap. Inilah Rich yang sebenar. Lagu pun best. Siti Nurhaliza pun puji tau.

Angan Dan Sedar - Mawi
Mawi menari? Itulah hakikatnya dalam persembahan Mawi menerusi lagu Angan Dan Sedar. Mengikut step tujuh penari, Mawi nampak hebat atas pentas. Cara menyanyi pun bagus. Selamat bertarung la ye dengan Siti!

Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Siapa yang berani komen? Memang bagus walaupun dah berehat beberapa tahun dalam Juara Lagu. Tunggu je la kemunculannya nanti.

Antara komen peribadi...

Loloq - Pada mulanya rasa macam ada chance untuk masuk, tapi terpulang kepada juri. Pop rock agak susah sikit. Band semua masuk. Dan bila semuanya dah masuk, jadi juri pandai la (ketawa). Terkejut sebab lagu Fiq tak masuk sebab ada elemen popular. Saya kesian fiq tak dapat. Yang lain saya dah boleh jangka. Mawi perform ok. Mungkin juara akan datang daripada kategori pop rock walaupun semua ada chance untuk menang. Faizal Tahir pun ada chance. Mungkin trend band akan datang semula. Inilah yang nak tolong radio kita. At least peminat tau kita ada band juga. Pilih enam lagu secara tak langsung mengatakan Pop Rock kuat. Kalau tak, takde sebab nak bagi pop rock menang.


Encik Azhar Borhan - Masa penilaian lagu dulu, juri memikirkan kekuatan lagu. Balada dan Pop Rock sama-sama kuat. Mengikut penilaian awal, persembahan malam ni ada imbangan untuk tambah lagu jadi enam ke final, ini interest of anugerah juara lagu. Lagu dalam kategori ini kuat, elok kita tambah. Kita kena fikir 14 lagu nanti macam mana. Ini late decision, amik kira kelompok lagu sebagai kuat, acara kami harapkan betul-betul hidup. Harap Pop Rock dapat enhance event. Consideration dah dibuat sejak awal. Kita melancarkan muzik-muzik awal tahun nak perjuang lebih banyak pengkarya yang tak dapat peluang, seperti Indie band. Macam Estranged mulanya Indie. Kiranya mereka represent Indie dan dapat pendedahan baru. tKita nak cari talent kepada penciptaan baru. jMacam Jinbara, katanya rock kapak tetapi berani. Elemen etnik ada dalam lagu dia dan ada kelainan. Sofaz dari segi persembahan mungkin tak berapa sangat, tetapi lagu tu kuat. Mereka semua angkatan yang boleh bersaing daripada Indonesia. Pendedahan ni perlu supaya orang tak terlalu ghairah daripada luar. Muzik-muzik masa carta adalah lagu popular. 10 lagu paling popular kami kenal pasti lagu yang terbaik, biar orang kenal lagu yang ada pada peringkat akhir. Ada lagu nyaris tersingkir kerana persembahan. Ada lagu diselamatkan dengan persembahan.

Apa-apa pun, tahniah kepada semua 14 lagu yang bakal berentap nanti pada Anugerah Juara Lagu ke-22!

*********

 

Tamu - Mawi & Bon Zainal

Bersama gadis-gadis meletop radio, Fara Fauzana & Nana...

Aku sempat pergi sewaktu rakaman rancangan Oh! Lelaki! di studio 2, Astro Bukit Jalil. Diacarakan oleh Fara Fauzana dan Nana, tamu pada hari itu adalah Mawi dan Bon Zainal. Haha... Bulan ni aku asyik jumpa Mawi aje. Macam-macam aktiviti yang melibatkan dia aku hadiri. Tapi yang bestnya, masa kat rakaman tu aku leh duduk dengan semua peminat Mawi yang rata-ratanya ahli Mawi FC. Haa... So sapa kata aku tak kawan ngan diorang. Kan aku dah kata dulu, aku still sokong Mawi, but sendiri-sendiri la. No more dalam satu persatuan.

Dari jauh tempat aku duduk...

Kepada yang bakal menonton episod ni minggu depan, korang dapat tengok la camana Mawi buat magic. Terror betul dah mamat ni sekarang. Ada je yang dibuat. Tapi takleh la cerita sangat sebab dah tak suprise la nanti. Apa-apa pun, korang tengok la sendiri macam mana keadaan masa rakaman tu. Seronok betul!

Dannial, photographer aku yang pakai topi tu tengah snap-snap gambar Mawi

Tengah on cam kat laptop, tetiba Fara Fauzana ngintai...

Dan terus buat muka gangster!

Sempat jumpa adik aku si Kecik yang menghilang lama nih...

Yang penting... Kau ado???

   2 comments

nonie
June 9, 2008   09:49 PM PDT
 
Wau amik kau mawi,bila dah kena jemput ke OH LELEKI,mcm-mcm lah kau kena wat,magic lah,ternganga mulutlah,apalah///....
farah tetap berjaga-jaga ngan kamera,sebab 2lah dia pndai control gosip dia,...tapi comeii...ar plak...
gang
March 21, 2008   03:32 PM PDT
 
apa sal tenganga!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments