Entry: ADAKAH AKU AKAN MENANGIS LAGI? Dec 1, 2007



ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Sabtu, bermakna aku akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-27 esok. Ntahlah, sepatutnya aku seronok. Biasalah, mana ada orang yang tak seronok bila sampai tarikh yang dinantikan setiap orang. Tapi aku sendiri tak pasti adakah aku akan terus berduka pada tarikh ini sejak 2002 dulu? Ini disebabkan tak pernah satu tahun pun sejak tahun tu aku tak menangis. Sebab apa? Sebab setiap kali aku menyambut hari lahir, aku akan meratapi satu kejadian yang aku takkan lupakan sampai bila-bila.

Back to 2002, pada ulang tahun kelahiran yang ke-22, aku menangis buat kali pertama kerana pada tarikh itu jugalah hubungan aku dengan orang yang paling aku sayang terputus, gara-gara kawan yang tikam aku dari belakang. Hubungan selama hampir tiga tahun putus pada tarikh itu. Sehingga kini, tidak ada seorang pun yang boleh gantikan dia dalam hidup aku. Dialah cinta pertama aku, dialah yang tetap bertakhta dalam hati aku walaupun dia kini sudah menjadi milik orang. Pertengahan tahun dalam bulan Jun lepas, dia dah nikah dengan orang lain. Yang menjadi kenangan, sebulan sebelum dia melangsungkan pernikahan, dia ada call aku dan mengakui hatinya tetap pada aku walaupun dia dah jadi milik orang lain. Takpelah, dah memang jodoh aku bukan dengan dia. Jadi aku dah redha.

02.12.2006. Sepatutnya seseorang yang turut aku sayang meraikan hari lahir bersama-sama aku. Namun, sikap dia yang ketika itu menyakitkan hati menyebabkan semua rancangan aku punah. Ranap sama sekali. Buat kesekian kalinya, aku menyambut hari lahir dengan berkurung dalam bilik dan dibasahi air mata. Aku lemah? Tak sebenarnya. Tetapi adakah seseorang itu boleh menahan rasa kecewa apabila orang yang disayangi tiada di sisi ketika sepatutnya kita gembira? Dia menanam janji lagi. Katanya, 02.12.2007 dia akan memastikan perkara itu tidak berulang. Dia takkan buat aku menangis lagi. Katanya, aku sudah ada dia dan aku tak perlu risau mengenainya. Namun sekali lagi, bukan sekadar tidak bersama lagi, malah dia sudah pun jauh. Jauh dari mata, malah jauh daripada ingatannya.

Sepatutnya sekarang aku berada di Janda Baik, tempat impian aku menyambut hari lahir kali ini. Namun, atas tuntutan kerja, aku akur dengan keadaan. Segalanya ditangguh minggu depan. Namun adakah keistimewaannya akan sama dengan tarikh itu? Aku pun tak tau. Malam inilah penentu segalanya. Jika tiada apa-apa, sejarah mungkin berulang, apatah lagi semua orang yang aku sayang (bukan keluarga) macam endah tak endah saja. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing sedangkan setiap kali hari lahir mereka tiba, akulah orang yang paling sibuk memberi ucapan. Bila tiba turn aku, semua macam biasa je. Ntah la, mungkin aku tak penting lagi kot. Aku pun dah lali dengan keadaan ini.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri, dan menanam azam dalam umur 27 ni aku nak capai apa yang sepatutnya aku capai. Dari segi kewangan, Alhamdulillah semakin stabil berbanding dulu. Aku anggap kerjaya aku di tempat baru adalah hadiah paling besar dalam hidup aku sebagai wartawan.

Mekap artis bidan terjun dok mekap Ameer

Baru-baru ini, aku menerima jemputan daripada Warner Music Malaysia untuk majlis minum petang bersama Acha Septriasa, Estranged dan Ahli Fiqir. Kebetulan aku baru je lepas photoshoot dengan Ameer untuk ruangan JomStar Dude kat Taman Tasik Permaisuri. Ye la, itu je lokasi paling menarik yang dekat dengan rumah dia. Sebab dah lewat, aku pun angkut Ameer pergi sekali function tu dengan photographer JomStar, Dannial. Diorang buat kat KTV Bangsar, so boleh nyanyi-nyanyi katanya.

Sempat pose ngan Ameer gak...

Macam-macam la aktiviti yang diorang buat termasuklah berduet dengan artis pada hari tu. Ada yang berduet dengan Acha, ada yang duet dengan Mawar Berduri. Yang penting, aku pun nyanyi jugak berduet dengan Rich. Aku cukup suka dengan Estranged, sebab tu aku nak duet dengan Rich. Sian lak kat Rich sebab aku pilih lagu Mungkin daripada Anuar Zain. Lari genre dengan si Rich hehehe.. Last=last Rich buat second voice je, buat backup. Terasa kejam la pulak, tapi best sebab Rich pandai buat second voice.  Dapatlah aku sebotol sparkling juice ngan satu bar panjang Swiss Chocolate. Sedap!

Ameer ngan Estranged...

Lepas habis semua tu, aku berkejar pulak gi majlis doa selamat filem Eee... Hantu dekat Hotel Maluri. Nasib baik la dalam KL ni aku tak sesat sangat, tapi susah jugak nak cari hotel tu sebab terletak sebelah dalam. Artis yang ada masa tu termasuklah Ashraff Siclair, Raja Farah dan beberapa orang lagi. Lepas tu, aku terus hantar Ameer balik umah dan Dannial kat ofis.

Setelah itu, aku bergerak pulak ke Hartamas sebab nak lepak dengan Joe and the gang. Konon nak lepak kat Uncle Don sebab dah lama tak lepak situ. Tapi sempat lepak kejap je sebab Joe dah bising-bising makanan kat sana dah tak best macam dulu. Aku pun perasan jugak Uncle Don dah takde apa yang menarik selain tempat dia agak cosy. Kalau dulu Uncle Don la tempat lepak nombor satu aku, sekarang aku dah tak minat la. So, kitorang pun bergerak ke Haratamas Square. Actually aku tak minat Hartamas Square sebab bising. Aku ni kan pencinta rimba, mana suka bising-bising. Tu la sebab aku selalu elak bila orang ajak pergi disko. Lain la party, memang kita dah tau camana. Aku tak suka bersesak-sesak, pastu bising. Aku cepat loya bila berada tempat camtu.

Gambar lepak ngan Kecik kat ABC malam sebelumnya...

Zany yang kecik tapi suara beso!

'Lama' kemudian barulah Kecik datang membawa Zany yang comel tu. Aku ingat lagi dulu Zany kecik sangat, suara pun kanak-kanak riang lagi. Sekarang dia dah besar, dah presentable la berbanding dulu. Apa lagi, dok borak, ngacau Zany dan buat magic pulak. Biasalah, bila dah duduk sama, Joe, Kecik ngan aku pun mula la buat magic memasing. Aku tak la terror, tapi boleh la sket-sket. Dah lewat barulah balik. Tu pun kalau ikutkan memang tak balik, tapi sebab Hartamas Square dah tutup lampu terpaksalah chow.

Website Niskala

Semalam pulak, aku pergi showcase kumpulan baru Niskala kat Planet Hollywood. Aku ingatkan sape la Niskala ni, rupanya bekas kumpulan headwind. Tapi diorang tak pakai Zainal dah la. Tapi serius, muzik diorang memang best dan syok dengar la, especially lagu Nada. Jangan marah, ada lagu Sabri Yunus siap buat rap dikir barat lagik. Kiranya, kena support la Niskala ni sebab muzik diorang agak unik dan easy listening. Nak tau lebih lanjut, masuk website Niskala.

Habis je showcase, aku pun ajak Dannial lepak Starbucks kat depan KL Plaza tu sebab malas nak melawan jam petang-petang tuh. Sambil-sambil menaip story Niskala, aku pun minum Caramel Frappucino ngan sepotong Bluberry Cheesecake. Tengap sesedap melayan perasan, ada orang pegang bahu aku dari belakang. Toleh-toleh, rupanya Shawal. Alkisahnya, dia tengah shooting untuk drama. Yang penting, ada awek tomboy dengan dia masa tu. Kalau nak tahu cerita sensasi, tunggu kemunculan JomStar.com.

Tugeder-geder...

Sementara nak tunggu orang lain punyer shot, dia sempat la layan Mocha Frappucino ngan aku. Lama gak kitorang sembang berdua. Segala benda la aku dapat tau. Ye lah, selama ni tak dapat betul-betul borak ngan dia. Kiranya aku conquer sorang la semalam hehe... Ok la, tengok la sendiri aksi Shawal nih bila dah dok depan kamera laptop aku nih...

Ko ingat tu cermin ke Shawal?

Apa yang dia tengok pon aku tatau...

Daripada hari terang sampai dah gelap melepak... Handsome ke Shawal?

Dan saksikan... Galeri sengal Shawal!!!

   10 comments

nonie
June 9, 2008   09:53 PM PDT
 
selamat hari jadi wat Juan k,moga-moga cepatlah cari temannya,bolehlah jaga Juan kan? He..he.. jangan mare ye,gurau je, anyway best ar,leh ar aku anta coment utk Juan,
gang
March 21, 2008   03:35 PM PDT
 
ala comelnya
obi
January 20, 2008   07:24 PM PST
 
happy belated birthday juan, semoga pjg umur murah rezeki.
Ju^WiTa
January 8, 2008   05:09 PM PST
 
mmg shawal emsem pon... hahaha
tira
December 19, 2007   08:15 AM PST
 
hye juan...ske tgk shawal...hehe!thnx coz ade citer pasal dia..even sket jer..hehhee..
juan,nnti wat review pasal single shawal yg akan kuar x lama lagi kayyy!
thnx juan..=)
c i k g u
December 4, 2007   10:21 PM PST
 
selamat hari jadi juan~

:)
klubbkidd
December 3, 2007   08:17 PM PST
 
Hanj carut aku ek! Aku la bising! Hiks! Apapon...HEPI BESDAY!Walaopon not much mintak2 lagu besday celah konsert Whitney kurangkan emo ko sikit.Muehehehe
Juan Danza
December 2, 2007   10:39 PM PST
 
thanks suezie, citer dalam jomstar akan ke 'udara' dalam minggu ni gak...

thanks faidhidotcom, insyaallah lepas ni takkan ada masalah lagi coz dah cukup semua kelengkapan hehehe...
suezie
December 2, 2007   09:04 PM PST
 
happy 27th birthday juan....

semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan tercapai segala yg diimpikan serta diberkati selalu...

bila citer sensasi dalam jomstars akan kuar..
faidhidotcom
December 2, 2007   08:06 PM PST
 
alhamdulillah...skrang u kembali aktif blogging...hrp2 berterusan la yer...sebab slalu on off on off jer...hehe..anyways, Happy Birthday!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments