Entry: MAWI MENGAKU BERCINTA? Feb 19, 2008



ASSALAMUALAIKUM...

Aku memang penat minggu ni, apatah lagi aku memang tak cuti langsung bermula minggu lepas. Hari Sabtu tu, aku dah kena bangun awal-awal untuk pergi ke Astro Fest di Astro Bukit Jalil. Kalau ikutkan hati macam malas, sebab lepas tu ada PC Cornetto Love Sparks bersama Dafi dan Gita Gutawa kat Planet Hollywood. Tetapi, berbaloi jugak aku pergi Astro Fest sebab dapat scope baru. Mawi mengaku serius dengan 'dia'. Entahlah, aku tatau la sama ada betul apa yang aku dengar. Mawi mengaku serius? Tak pernah selama ni dia mengaku yang dia benar-benar ada hubungan intim dengan dia tu. Aku rasa korang pun tau kan siapa yang aku maksudkan ni. Ni antara perbualan aku dengan dia...

Ramai yang berkata Mawi akan menamatkan zaman bujang tahun ini (2008). Benarkah?

Saya serahkan saja kepada jodoh. Kalau cepat saya kahwin. Kalau ditakdirkan lambat pun, saya terima.

Betulkah 'dia' yang bakal menjadi isteri Mawi?

Biarlah jadi tanda tanya. Kalau benda betul-betul nak jadi nanti, saya akan beritahu.

Pada mulanya ramai peminat sukar menerima 'dia' sebagai bakal isteri Mawi. Namun, sekarang orang sudah tidak kisah siapa pun pilihan Mawi, malah merestui jika 'dia'lah pilihan Mawi. Mawi gembira dengan perkembangan ini?

(Terdiam seketika). Siapa pun pilihan saya, saya harap peminat dapat terima. Doakanlah kebahagiaan saya. Pada saya, saya gembira jika peminat gembira.

Mawi rasa, Mawi sudah mampu berkahwin?

Walau apa pun, untuk berkahwin, persediaan kena ada. Saya tak boleh main hentam saja kalau nak kahwin. Saya kena belajar hidup berumahtangga. Saya tak nafikan, keinginan berkahwin itu ada.

Kenapa tak kahwin saja. Kalau diikutkan, dari segi kewangan Mawi lebih daripada mampu. Apa yang jadi batu penghalang untuk mendirikan rumahtangga?

Saya tak ada halangan. Cuma belum sampai masa saja.

Kalau begitu, Mawi benar-benar serius ada hubungan dengan 'dia'?

Saya memang serius dengan dia.

Kalau ada yang nak tahu dengan lebih lanjut, silalah bukak JomStar.com. Aku nak update panjang-panjang, tapi laptop ni nak habis bateri pulak. So nanti aku update lagi k.

   1 comments

nonie
June 9, 2008   09:58 PM PDT
 
baguslah kalau mawi betul-betul kahwin hujung tahun ni,sebab x yah nak ngar gosip hari-hari kan, maybe dh smpai seru dialah

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments