Entry: SENARAI TENAGA PENGAJAR AF6 Feb 26, 2008



ASSALAMUALAIKUM...

Astro hari ini mengumumkan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6), sekali gus melengkapkan fakulti rancangan realiti televisyen paling popular itu. Sebelum ini, Astro mengumumkan maestro Ramli MS dilantik sebagai Pengetua AF6. Ini kali kedua Ramli mengetuai sistem akademik AF selepas AF2. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, secara rasminya mengumumkan Astro menerusi saluran Astro Ria, membawa kembali barisan bekas tenaga pengajar musim lalu seperti Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar dan Jasmi Rejab menyertai barisan kali ini. Astro turut memperkenalkan dua tenaga pengajar baru iaitu penyanyi Anita Sarawak dan Genervie Kam.

Anita Sarawak bertindak sebagai Guru Persembahan Pentas, membantu pelajar mengurus dan menguasai pentas dalam setiap persembahan. Pada musim ini juga, Astro memperkenalkan sistem baru dengan menugaskan tiga tenaga pengajar dalam bidang vokal iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal Teknikal, Syafizawati sebagai Guru Vokal Persembahan dan Genervie Kam sebagai Guru Vokal/Muzik. Siti Hajar bertugas membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam persembahan. Syafizawati membantu pelajar mendapatkan lenggok suara yang betul, di samping membantu mereka mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi asal. Genervie bertindak mendidik pelajar mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikan mereka dengan teknik pernafasan dan lontaran suara.

Linda Jasmine sekali lagi diberi kepercayaan mengajar asas gerakan tarian, dan bertindak sebagai Guru Kareografi. Fauziah Nawi pula bertugas sebagai Guru Seni Persembahan, membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta mengajar cara penguasaan emosi dan pembinaan karakter di pentas nyanyian. Fatimah abu Bakar, Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris ditugaskan memberi motivasi dari segi mental dan fizikal, selain menanam keyakinan dan memberi perangsang ketika pelajar menghadapi masalah. Dia juga membimbing pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti berkumpulan, selain membantu pelajar mendalami lirik lagu dalam Bahasa Inggeris.

Jasmi Rejab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar.

   4 comments

nO25EVIE
February 18, 2010   08:49 AM PST
 
I guess that there's no reason to create the good essay by your own efforts! As for me, that would be easier to order the persuasive term paper at the <a href="http://quality-papers.com">paper writing service</a>, just because that will save time.
nonie
June 9, 2008   10:05 PM PDT
 
yupp,,,ni yang aku setuju sangat sebab kesemua tenaga pengajar adalah tepat dan berkaliber besar,contohnya mcm fatimah abu bakar,dia pun dh lama terlibat dengan akademi fantasia ni,and pengetua also garang tapi bersebab,memang af6 kali ni,agak slow,tapi semuanya kecil-kecil cili api,mcm Nadia dan Stacy,dan buktinya kalau tanpa ajaran drp kesemua tenaga pengajar x mungkin mereka boleh berjaya.SYABAS,,,
ajami
March 11, 2008   01:44 AM PDT
 
tompang lalu-lalang ;-)

congrats juan on ur 'new' job! wahhhh!!!
Name
March 6, 2008   01:28 PM PST
 
kalau rajin jengah la blog diddy af4: http://diddyaftersix.blogspot.com/

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments