Entry: LEMBARAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 Mar 17, 2008



ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua! Aku harap semuanya ceria bila bukak-bukan blog aku kali ni, ada pulak update baru. Hehe... Ntah la, aku pun tak tau apa penyakit la dengan aku sekarang ni malas sangat nak update blog kalau nak compare dengan dulu kala. Kalau dulu, tak update satu hari pun rasa macam tak lengkap kehidupan. Sebenarnya, kalau nak ikutkan menulis blog ni boleh kurangkan stress. Mungkin jugak aku dapat cara baru hilangkan stress, so lupa lak nak update blog. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang tetap jugak bukak blog ni walaupun orang kata bersawang or blog alam barzakh. Takpe la, yang penting aku mesti dapat semangat balik untuk blogging. Aku tak nafikan kenangan dihentam masa lampau dulu membuatkan aku malas sangat nak aktif blogging. But since semua dah ok, aku rasa dah sampai masa aku kembali semula.

Well, untuk Akademi Fantasia musim keenam ni, secara langsungnya aku semakin hampir dengannya. Bukan apa, selepas kejadian 'Tipah Tertipu' dekat tempat keje sebelum ni, aku mendapat tawaran kerja yang merapatkan aku dengan AF6. Tapi dalam masa sama, aku pun kena jaga jugak sesetengah benda yang P&C. Takut pulak aku nanti dituduh pecah lobang. Sedangkan aku tak buat pun boleh kena tuduh, inikan pulak aku buat kan. So, aku rasa lebih baik aku diam dan tulis apa yang dah revealed dalam TV aje. Apa yang aku boleh tulis kat sini hanyalah komen aku dalam setiap yang terjadi sama ada dalam konsert ataupun diari harian.

Ok la, aku rasa korang pun dah tau siapa yang tercalon dalam AF6 kali ni. Daripada 25 orang yang dipanggil, tanpa Konsert Prelude sebaliknya ditukarkan dengan kem bina semangat ala lasak gitu, 14 terpilih masuk ke dalam AF6. Kesian jugak la pada yang lain-lain yang tak masuk tu. Iye la kan, dengar khabarnya ada yang siap buat kenduri doa selamat sebab dapat masuk AF, tiba-tiba tak sempat pun bergelar pelajar. Ada yang sampai berhenti kerja sebab terlalu yakin AF akan mengubah impian menjadi realiti, padahal selama ini pekerjaan itulah yang menyara diri dia dan keluarga. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang banyak benda yang kita korbankan demi mengejar cita-cita. Kalau dah terhenti separuh jalan tu, pandai-pandailah bangkit semula.

Mereka yang tidak ada rezeki...

Aku terfikir jugak kadang-kadang, cuba letakkan diri korang kat tempat mereka, Kalau tak pun, letakkan diri korang sebagai kaum keluarga terdekat, kawan-kawan rapat atau orang satu kampung kepada mereka yang tersingkir ni. Camana perasaan tu agaknya ye? Betapa besar harapan yang dibawa mereka, terhempas ke batu jua akhirnya. Tapi pesan aku kat orang kampung atau saudara terdekat yang dengki kat diorang ni, janganlah tambah kesedihan mereka. Jangan pulak korang jaja satu kampung kononnya diorang ni suwei la, takde bakat la, berangan atau apa saja kutukan yang mungkin korang boleh lemparkan. Aku nak cakap satu je, diorang ni antara yang terbaik daripada yang terbaik. At least, ada jugak muka diorang masuk TV. Yang kaki ngutuk ni, korang dapat apa? Korang nak keluar kat remote control TV pun belum tentu tau!

Bila kes macam ni berlaku, aku teringat dekat Isa, peserta konsert prelude AF3 dulu. Si Isa ni takde la miskin sampai tak makan, tetapi taraf hidup keluarga dia tak la sederhana. Tengah-tengah antara daif dan sederhana. Dia orang Sarawak, so nak datang ke Semenanjung sampai kena pinjam duit orang kampung dan bergolok bergadai semata-mata nak kejar cita-cita. Tapi bila tersingkir kat Konsert Prelude, musnahlah harapan. Paling menyedihkan, dah nak kena bayar balik duit yang dipinjam walaupun masa tu show sikit sangat. Last-last dengar khabar, sekarang ni Isa balik kampung dan teruskan hidup macam dulu. Kalau dia duduk KL mungkin dia ada peluang lain, tetapi macam mana dia nak survive kalau tak ada jalan untuk dia teruskan. Lain pulak ceritanya macam Shiha, Rina, Leez, Hazama, Liya dan Tasha yang tetap meletup walaupun hanya sampai Konsert Prelude saja. Diorang pandai cari peluang walaupun tak dapat dan tak sempat pun jadi pelajar. Yang lain macam Isa, Haider, Lynn, Jeff, Azlif, Diana dan Shaz pulak, aku tatau apa yang diorang buat dalam dunia seni ni. Yang ada aku terserempak atau terlepak pun Haider yang aku terjumpa kat Bukit Bintang berkeliaran tatau buat apa, Azlif jumpa kat Petronas TPM masa isi minyak, dan Shaz masa launching single Hazama.

Tapi kalau fikirkan balik, ramai juga yang bergelar bintang tetapi tak secerah bintang prelude yang berjaya. Korang sendiri nampak ramai bintang AF sebelum ni macam tercari-cari mana nak pergi. Album tak nampak, berlakon tak ada, show lagi la tak ada. Bagi aku, dalam dunia seni ni kena pandai cari peluang je. Kalau malas dan harapkan semua bergolek datang, jangan la harap. Kalau budak AF5, aku nampak ada la beberapa bintang ni yang rajin cari job macam Rizal, Shawal, Afiq, Noni dan sorang dua lagi. Tak dapat show nyanyi, cari peluang berlakon. Ada jugak la aku nampak terselit situ sini dalam drama tempatan. At least diorang ada keinginan, bukan feeling star tapi hado!

****************

Jom cerita pasal budak AF6...


Nama Penuh : Mohamad Aliff Mohd. Razali
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 30 September 1986
Tinggi : 170cm
Berat : 65kg
Hobi : Menonton wayang dan bermain gitar

Mamat yang kerja jurugegas TNB ni kalau ditengok dari segi rupa, macam ramai peminat. Ye la kan, kalau korang perhatikan juara sebelum ni, hanya yang bermuka jantan je yang jadi pilihan ramai. Dia ni anak kedua daripada tiga beradik, dan pernah menyanyi dengan Mila masa Berkampung Bersama Hotlink. Kelas gitu kan, tiap tahun ada je wakil dari Penang. Pendek kata orang Penang ni berbakat jugak noo... Dari segi suara, sebab tak tengok konsert lagi aku tak berani nak komen. Kita tunggu je la ek konsert pertama nanti. AFUNDI ALIF!


Nama Penuh : Muhammad Faisal Abdullah
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Tinggi : 169 cm
Berat : 66 kg
Hobi : Bola sepak, futsal dan tenis

Mamat nasyid pernah jadi back-up singer untuk kumpulan nasyid Far East. kalau korang dengar dia nyanyi pun, korang boleh agak dia memang bersuara nasyid sebab lenggok dia memang menjurus ke arah itu. Muda lagi, baru 22 tahun dan still bujang. tapi tak tau la kalau dah ada awek ke belum. Ada peminat dah dia ni, sebab aku ada terima SMS cakap AFUNDI Faisal. Hehehe! Siapa yang SMS? Biarlah rahsia. Tunggu je la sapa nak form Fan Club untuk dia ni. Apa-apa pun, AFUNDI FAISAL!


Nama Penuh : Ika Nabila Abdul Rahim
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :19 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 22 Jun 1989
Tinggi : 157cm
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi berlakon

Sorang lagi awek Penang yang bakal menempah jalan menjadi juara AF. Anak sulung daripada empat beradik nih sorang je anak pompuan dalam family. Kira heroin tunggal gituh. Suara? Aku tak tau lagi kemampuan minah ni sama ada dia macam Mila atau tak. Bukan apa, biasanya yang pompuan ni kita susah nak nampak dari awal sebab macam sama je. Apa pun, kita tunggu je la time konsert nanti. AFUNDI IKA!


Nama Penuh : Lutfyah Sheikh Omar
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 23 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Tinggi : 5'5"
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Boleh tahan jugak minah JB ni sebab dah banyak kali muncul sebagai model iklan. Sekali tengok, aku rasa dia ni ada persamaan perangai kot dengan Dekna. Dia ni ada la kaitan dengan Betty Banafe, dan ada wajah ala-ala Arab gitu. Dia ni ada pakej, tapi maklum je la kan. AF ni kalau tak jaga kelakuan mesti orang tanak undi, especially pompuan. Tapi takpe, kalau dia betul-betul boleh nyanyi aku rasa tak ada masalah orang mengundi dia. yang penting, dia kena buktikan dia benar-benar berbakat dan bukan sekadar cantik sahaja. Aku rasa dia la paling vogue dalam ramai-ramai, apatah lagi umur dia pun dah 23. AFUNDI LUFYA!




Nama Penuh : Nadia Haswani Hasnan
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :18 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 14 April 1990
Tinggi : 5'00"
Berat : 49kg
Hobi : Menyanyi dan menari

Actually minah ni dah pernah terkenal, sebab cerita pasal dia ni pernah masuk alam newspaper Berita Harian dulu. Masa tu umur dia 16, tahun 2006. Dia ni pernah menang pertandingan menyanyi kat Maju Junction sehinggakan Jatt pernah offer kat dia untuk merakamkan album. Tetapi tak tahu sejauh mana pasal album tu, dan aku sendiri nampak ada kelainan yang dia ni tonjolkan. Cara macam urban, tapi aku tak nampak lagi kekuatan dia dalam lagu genre macam mana. Mungkin Abang Ramli MS tahu kekuatan dia. Dia ni aku pernah interview masa audition, sebab masa tu tunggu hujan teduh kitorang lepak dalam tempat menunggu ke stage 3. Dia ujibakat kat Astro, hari kedua kalau tak silap aku. Hari yang sama dengan Mama Rina. AFUNDI NADIA!


Nama Penuh : Muhammad Shauqi Naaim Salmi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 20 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Tinggi : 183 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Komputer, badminton, membeli-belah dan menyanyi

Nak jadi rezeki, Naim yang macam mat rempit nih dapat jugak masuk AF6 walaupun dah tak lepas masa uji bakat kat Penang. Sanggup nih redah datang KL semata-mata nak masuk AF6. Ternyata usaha dan pengorbanan dia berjaya sebab terpilih. Dia ni manja la jugak, sebab nenek dia yang jaga dari kecik. Tapi tu la, nampak je rempit tapi suka dangdut ok! Teringat lak aku kat Felix masa nyanyi lagu dangdut. Seronok la pulak. Mamat yang tinggi macam pokok kelapa ni aku rasa lebih kurang sama ngan Farha kot. Gambar kat atas ni nampak macam tak handsome sebab belum grooming, tak caya tengok Aksi edisi kedua nanti. Handsome la jugak sebenarnya. AFUNDI NAIM!


Nama Penuh : Ahmad Nubhan Ahamad
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Tinggi : 180cm
Berat : 70kg
Hobi : Memancing

Orang kampung den! Sape yang minat muka baby face macam dia ni mesti nak undi dia kan. Yang ni nampak macam Dafi sket la. Tapi aku tak tau la sejauh mana dia punya 'Baik Punya!!!'. Dia ni asalnya kerja sebagai pegawai bank, tapi sebab minat menyanyi try la masuk AF. Sama ada amik cuti atau berhenti, aku pun tak pasti. Kalau Sampai final berbaloi la jugak, kalau tak, ontahlah... Den pun pun tak tau nak kato apo... AFUNDI NUBHAN!


Nama Penuh : Hairina Abd Halim
Bangsa : Melayu
Status : Ibu Tunggal (1 anak, 2 cucu)
Umur :44 tahun
Asal : Selangor
Tarikh Lahir: 6 Januari 1964
Tinggi : 5'2"
Berat : 56kg
Hobi : Menyanyi, memasak dan memancing

Agak-agak Kak Nita makan hati tak? Tapi takpe, sebab Kak Nita dah Diva. Mama Rina pulak diva in the making. Cucu dua ok, tapi menyanyi still bertenaga. Yang ni, aku harap penonton lebih berfikiran terbuka sebab dengan hasil titik peluh dia selama ni la, dia mampu sara anak dia yang sorang tu. Cucu pun dah dua, dan aku rasa inilah perserta AF yang paling diingati sebab pertama kali AF ada pelajar berusia 44 tahun. Aiyoh, kalau yang muda pun tak reti nak bersaing sedangkan tenaga masih kuat berbanding Mama Rina, aku pun tak tau nak kata apa. Yang penting, nampak sangat pengalaman tu yang boleh membawa kejayaan kepada mana-mana penyanyi. AFUNDI RINA!


Nama Penuh : Mohammed Idris Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, boling dan video game

Haha... Aku kenal mamat ni sebab dia budak Equalstar. Dulu masa aku keje kat i-Remaja, diorang ada shooting baju raya ngan kitorang. Since that, kitorang selalu la contact. Dia ada bagitau yang dia nak pergi audition, dan ada jugak la mintak pendapat aku itu ini. Tak sangka lak dia dapat masuk. Good for him la. Dia ni boleh nyanyi, dan aku tak rasa dia ada masalah atas pentas sebab dia dah biasa. Selain dia, ada dua lagi budak Equalstar yang shortlisted iaitu Azhar dan Nazieb. Tapi nak buat camana, dah rezeki si Eddy (nama masa Equalstar) kan. AFUNDI RIZ!


Nama Penuh : Siti Norsaida Tarudin
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (4 anak)
Umur : 32 tahun
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Tinggi : 5'3"
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi dan bersukan

Yeszaa... Sorang lagi anak Pak Tarudin dan Mak Mah masuk dunia seni. Kalau dulu Datuk Siti dengan adiknya Saerah yang menonjol, this time kakak pulak. Adik yang nama Ali tu bila nak join lak? Hehehe... Kalau Ali masuk, mesti ramai awek gila kat dia. Saida ni boleh tahan jugak, tapi aku tau dia memang tak mampu nak bergantung kepada populariti adiknya Datuk Siti. Saida memang kena buktikan dia boleh nyanyi, walaupun tak setanding Datuk Siti. Kemasukan dia ni akan bagi kaler pada AF6. AFUNDI SAIDA!


Nama Penuh: Stracie Angie Anam
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Agama : Kristian
Bangsa : Kadazan/Dusun
Status : Bujang
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155 cm
Berat : 51 kg
Hobi: Menyanyi dan menari

Satu-satunya wakil Sabah musim ini selepas AF5 dibanjiri bintang dari sana seperti Ebi, Farha dan Noni dan AF4, Velvet, Nora dan Lotter. Pelik gak aku sebab ada sorang je musim ni. Tapi aku dapat rasa jugak sebab masa aku pergi Sabah aritu untuk lihat sendiri proses uji bakat di sana, memang lain macam kalau nak bandingkan sebelum ini. Tapi tak apalah, mungkin satu sudah cukup untuk kibarkan bendera Sabah semasa konsert final nanti. Itu pun kalau Stacy boleh buat betul-betul la. Jangan kasi malu sama Sabah! AFUNDI STACY!


Nama Penuh : Stanley Maringai David Impi
Bangsa : Iban
Status : Bujang
Umur : 25 tahun
Asal : Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Tinggi : 155 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Bermain piano, menyanyi dan melayari Internet

Haa... Inilah dia peserta AF bersuara tenor yang dicungkil bakatnya di Sarawak. Dia ni kira berbakat besar, dan suara macam dia ni tak banyak kat Malaysia. Actually kalau diperamkan kat Malaysia, sayang sebab bakat yang dimilikinya sangat berharga di luar negara. Langkah memberi peluang kepada Stanly memang bagus, manalah tahu ada Mat Salleh terpesona kalau tengok AF kali ni. Badan besar, tapi tak tahulah bakatnya besar jugak atau tak macam Bob. Kalau Bob boleh nyanyi pelbagai genre, yang ni aku tak pasti. apa pun, good luck for him. AFUNDI STANLY!


Nama Penuh : Khairul Nizam Baharom
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (2 anak)
Umur : 31 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 31 Mac 1977
Tinggi : 172 cm
Berat : 64 kg
Hobi : Berenang, buat lawak dan bermain angklung

Hebat tak dia ni. Dia pemenang dua pingat emas semasa World Championship of Performing Art 2005, di US dalam permainan angklung. Wah, hebat AF6 kali ni. Ada orang yang cukup berbakat dalam permainan alat muzik. Namun harus diingat, kekuatan vokal paling utama dalam AF. Walaupun dah kahwin, tapi jangan tak tau yang dia ni suka menyakat jugak. Anak dah dua, tapi dengar khabar dah nak masuk tiga sebab wife dia tengah pregnant. Takpe la Toi, asal pandai jaga diri ok la tu. Jangan sangkut lak dengan aweks dalam tu. Hehe... AFUNDI TOI!




Nama Penuh : Marliyana Omar Walid
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Lahir: 2 Julai 1984
Tinggi : 5'4"
Berat : 53kg
Hobi : Mendengar radio

Salima AF4 ada bagitau aku yang minah ni sekampung dengan dia. Bukan di Ipoh, tapi rumah family Salima di Kuala Kangsar. Dia pun tak sangka minah ni murah rezeki masuk AF. Ok la tu, ada jugak bakat baru. Dia ni pun dah banyak pengalaman menyanyi, tetapi tak tahulah bila masuk AF ni bertukar pulak. Biasalah, bila nyanyi dalam AF ni kena betul-betul sebab orang semua dok perati. Salah sikit je abis la. Tapi takpe, harap-harap dia leh gunakan sebaik mungkin bakat yang ada. AFUNDI YANA!

********************

MAJALAH AKSI AF
Edisi Pertama AF6

Ok la, apa-apa pun nantikan Diari AF6 setiap hari. Diari akan ditayangkan dua kali, yang pertama jam 6 petang dan ulangannya 8.30 malam. Yang kedua, jam 9 malam dan ulangan jam 5.30 pagi. Inilah masanya kita nak tengok karakter pelajar sorang demi sorang. Jangan lupa dapatkan majalah rasmi Akademi Fantasia, majalah Aksi AF. Banyak paparan menarik kali ini termasuklah interview eksklusif dengan Ramli MS, kisah peminat Mawi buat sembahyang hajat, gosip hangat pelajar AF dan banyak lagi la. Jadikan koleksi setiap AF ye. Tak mahal, RM3.90 je. Dapatkan sekarang!

 

   6 comments

timberland for sale
April 27, 2012   09:01 PM PDT
 
Blossom, actually should nothing to do with the season. A lot of time in his life is confused, find a better reason to let himself not to want to some other people think unimportant matters.
We all like a clown, in our lifetime playing five balls, the five balls is work, health, family, friends, and spirit. Five balls with only one is rubber, fall can play up and that is work. The other four balls are use made of glass, the off, broken...,090252,http://juandanza.blogdrive.com/comments?id=150
ryan
August 29, 2008   08:49 PM PDT
 
betulkah kaitu gigi taring e stacy suda dia cabut mana lawa kalau suda kana cabut
ryan
August 29, 2008   08:48 PM PDT
 
betulkah kaitu gigi taring e stacy suda dia cabut mana lawa kalau suda kana cabut
nonie
June 9, 2008   10:08 PM PDT
 
dan bila final telah pun berakhir maka jadilah stacy si juaranya,aku also sokong juga budak ni yg layak menang,,,tahniah stacy....
JuanDanza
March 18, 2008   09:20 AM PDT
 
takde maknanya bias mael oii...
maeLbest
March 17, 2008   08:55 PM PDT
 
ali eh,..bukan hafiz ker,..hahhaha x aci ni,..nnti bias lak kan,..hahaha

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments