Entry: AF6 - TUGASAN MINGGU PERTAMA Mar 17, 2008





ASSALAMUALAIKUM...

Diari pertama, minggu pertama musim kali ini aku tonton dari ofis. Senang betul nak buat kerja sebab dah memang TV bersaluran Astro terpacak atas kepala kitorang semua je. So tepat pukul 6, kitorang dah on TV untuk lihat apa yang berlaku. Kalau nak tahu, kitorang mula-mula dah gelak sebab Sarimah pakai baju 'siaran ulangan'. Tak percaya? Bukak Aksi keluaran pertama yang Ramli MS pakai baju pink tuh. Alamak Kak Mah, kantoi la pulak!

Untuk permulaan, sesi berborak dan baca surat wasiat dibaca oleh Yana, Saida dan Nubhan. Nampak sangat tak sedih kan. Masa tu diorang masih kat kem yang bertempat di Putrajaya tu. Yang menarik, Nazieb yang tersingkir (tak ada rezeki, kesian aku kat dia...) sempat passed rantai untuk Ika. Amboi... Ni mesti kes sempat bercengkerama nih. Lepas tu mereka terus bertolak ke bangunan Akademi Fantasia. Sampai depan pintu, disambut oleh RA baru. Kalau musim lepas Abang Askrul dengan Kak Sherry, kali ini orang lain pulak yang jadi RA. Mereka adalah Shafiq dan Mariam. Both of them aku kenal sangat, since Shafiq memang aku selalu nampak dia jadi model for Oh! Lelaki!, dan Mariam yang aku panggil Che Am tu ada kena mengena dengan seorang selebriti popular sekarang nih yang bernama 'J'. Pandai-pandailah korang speku yer.

Masalahnya, sekarang ni aku nampak RA hensem dan cun melecun. Camno tuh? silap-silap korang siap tersalah undi pulak. Perhatian ye, takde maknanya korang nak AFUNDI SHAFIQ atau AFUNDI MARIAM sebab memang takde. Korang tekan la butang merah R tuh, pon takde nama diorang. so, sehensem atau secun mana pun diorang, korang takleh undi hahaha... Tapi aku tak nafikan jugak, silap-silap mau diorang berdua pulak yang ramai peminat nanti. Apa-apa pun, all the best to both of you.

Hah, bebudak ni dah start masuk kelas Cikgu Siti Hajar, tapi muka masing-masing... Ya Rabbi... Semua muka cam hapa dah. Mesti kes tak cukup rehat, then Cikgu Siti bercakap je. Aku tak tau la diorang punya roh kat mana dah tu. Yang si Naim tu siap boleh cover menguap, muka pun dah jadi herot. Ok la, itu je paparan diari pertama. Takde apa sangat pun, maybe sebab first day. Apa pun, untuk Kak Mah, selamat shopping baju lebih sikit ye. Daaa...

*********
Diari kedua, hari pertama, minggu pertama - sambung je daripada diari satu hari ni. Entahlah, sama je yang aku nampak. Tapi dah mula la ada gosip 'gitu-gitu' seperti babak si Stanly mengajar Ika nyanyi lagu Umbrella. Amboi, kellas kan hadek-hadek kalau bab lagu Rihanna kan. Pastu ada pulak sesi manja-manja Toi dengan Alif sementara tunggu masuk kelas.

Selain itu, seperti biasa hari pertama mesti ada perkenalan dan ucap selamat daripada tenaga pengajar. Wah, lain je nampak akademi tu sebab tenaga pengajar semuanya perempuan kecuali Abang Ramli. Yang lain, semua perempuan. Ok la, korang pun tau yang semua dah dapat lagu. Bagi aku, ni langkah bijak sebab sediakan lagu 'makanan' diorang pada minggu pertama. Sekurang-kurangnya takde la harapan musnah macam musim lepas. Apa taknya, baru nak syok-syok tengok, lagu macam hampeh, vokal masing-masing pun sedeh. So, dengan pemilihan kali ini yang diketuai abang Ramli MS, aku yakin tak la seteruk musim lepas.

Ini adalah tugasan pelajar AF6 bagi minggu pertama:

Pelajar Wanita

Saida
Terlalu Cinta Rossa

Sebelum ni orang kata Rossa ni macam muka adik dia, Datuk Siti. Aku sendiri tak pasti sama ada Saida boleh buat dengan baik atau tak menerusi lagu ni sebab aku sendiri tak berapa yakin dengan kekuatan vokalnya. Aku hanya dapat nilai sikit aje, itu pun masa PC pengenalan pelajar kat Marriot aritu, then dengar dalam Tirai AF6. Memang la sikit, tapi aku jadi pelik sebab bunyi dia ada yang tak kena. Tak tau la pulak kalau atas pentas minggu ni dia ok. Barulah kaum ibu ramai yang bangga sebab jadi ibu yang vogue dan boleh nyanyi. Saida beruntung sebab dapat lagus edap macam ni.

Nadia
Rindu - Hetty Koes Endang

Walaupun bersuara husky, tetapi Nadia dapat lagu macam ni. Bagi aku, suara dia tu la yang akan beri warna kepada lagu macam ni. Takde la timbul soal klise atau stereotaip sebab lagu ni lagu lama. Kalau orang lain nyanyi, mesti nampak biasa. But since Nadia yang diberikan tugasan ini, aku yakin minggu ni tepukan gemuruh akan berkumandang di Dewan Sivik MBPJ.

Stacy
No One - Alicia Keys

Makanan dia. Dari awal lagi aku dah nampak yang Stacy lebih banyak terdedah dengan lagu Inggeris, dan aku tak rasa akan jadi satu masalah untuknya menyanyikan lagu sebegini. Cuma, kena berjaga-jaga dengan soal diction dan cara menyampaikan setiap perkataan. Tapi jangan isau, Cikgu Fati kan ada. Bagi aku, Cikgu Fati adalah orang yang tepat untuk membantu.

Lufya
Engkar Bunga

Lagu ni jarang didengari ramai. Ada kebaikan dan keburukan apabila Lufya dapat lagu ni. Kalau orang jarang dengar, orang akan anggap lagu ni lagu Lufya kalau... diulangi KALAU Lufya mampu mewarnai lagu ini dengan baik. kalau haru, haru la sepanjang musim dan nantikan saat tarik beg. So, buat la betul-betul kan...

Ika
Umbrella Rihanna

Minah ni macam merangkak-rangkak masa nak sebut perkataan lagu ni. Isk, bagi aku lagu ni song of the year memandangkan ramai yang nyanyi lagu ni balik seperti Marie Digby, Boyce Avenue dan few bands. Tapi jangan risau, bagi aku kekuatan melodi tu akan membantu dalam penyampaian lagu ini, dengan syarat Ika kena yakin yang dia boleh buat. Sayang kalau dia hancurkan lagu ni. Tapi tu la, aku lebih suka kalau Abang Ramli mintak dia buat style akustik macam Marie Digby. Mesti syok!

Yana
Diriku Tapak Sulaiman Elyana

Bagaikan diriku tapak sulaiman! Wah... Lagu Elyana dinyanyikan oleh Yana. Gitula kan, nak jugak ada persamaan. Lagu ni memang radio friendly, but on stage aku rasa Elyana nyanyi pun biasa-biasa je. Kalau kat radio je sedap dengar. But aku tak tahu, kalau Yana boleh menguasai pentas, aku tak hairan boleh dapat tepukan.

Rina
Simply The Best - Tina Turner

Makanan Mama Rina nih. Siapa tak tahu lagu ni, nak pulak orang lama atau otai pulak yang dapat lagu ni. Korang tengok je la nanti macam mana persembahan nenek power nih.

Pelajar Lelaki

Faisal
Satu Kiblat Yang Sama Rabbani

Dalam ramai-ramai, aku rasa dia ni la yang dapat makanan paling lazat sebab ni memang 'makanan ruji' dia. Dengan tona suara yang memang sesuai dengan nasyid, bekas back-up vocal kumpulan Far East ni memang sesuai dengan lagu ni. Ada pulak yang kata dia ni boleh jadi dengan Mawi, cuma bagi aku suara dia agak kasar dan kena kontrol sikit cara penyampaian dia untuk lagu-lagu lain. Buatnya nyanyi lagu omputih jadik nasyid, tak ke naya!

Toi
Pagi Yang Gelap Hujan

Pemain angklung ni tak dapat dikesan lagi kekuatan vokalnya. Sama ada bersuara rempit atau romantrik, kita dengar la nanti. Pasal lagu, AKU TAKNAK KOMEN. TITIK!

Riz
Ketulusan Hati - Anuar Zain

Aku rasa Riz boleh nyanyi lagu ni sebab ni memang genre yang dia minat pun. mamat ni memang suka R&B, biasalah golongan macam dia ni memang suka lagu macam ni. Maksud aku, dia kan dulu group yang banyak mempersembahkan lagu macam ni. Sesuai la dengan dia. Cuma aku nak tengok nanti dari segi penghayatan yang akan ditonjolkan. berjaya atau tidak, tengok saja nanti.

Stanly
You Raise Me Up  - Josh Groban

Kellas Stanly dapat lagu ni. Memang makanan untuk dia yang bersuara tenor. Tapi aku tak tau la lagu tu jadi sesedap Josh Groban, ataupun Westlife, ataupun William Hung. Aku tak berani nak kata apa sebab mamat ni pilihan 'pemilih'. Mungkin dia ada masa depan cerah dalam industri seni suara sebab lain.

Naim
Memburu Rindu- Hattan

Rempit is back! Suka la lagu ni, sebab mengingatkan aku pada zaman kecik-kecik. Nyanyi lagu ni sambil naik buaian yang aku buat sendiri, ikat kat dahan pokok cempedak. Masa tu aku still duduk kat Sungai Koyan (tribute to Mael! Haha...) Oleh kerana ini memang gaya dan genre yang dia pilih, aku tak hairan kalau dia boleh bawa lagu ni dengan baik. Yang aku nak tekankan, sama ada cara pengawalan vokal dan showmanship berjaya menarik perhatian.

Alif
Sayang Sayang - Aliff Aziz

Lagu untuk orang yang cute. Maksud aku Aliff Aziz, mungkin juga Alif bagi sesetengah orang yang suka muka ala-ala anak mami nih. Alif bersuara tidak garau dan tidak besar, so mungkin sesuai membawakan lagu sebegini. kalau dia yang bawak lagu rock, entah apa la yang jadi. Lagu ni tengah 'in' so ini satu advantage untuk Alif memperlihatkan bakatnya.

Nubhan
Ruang Rindu Letto

Aku sendiri pun tak tahu sama ada sesuai ke tak mamat N9 ni nyanyi lagu ni. Aku tak pernah dengar cara dia nyanyi, so tak dapat nak bayangkan. Tapi lagu ni memang best. Kalau tak buat betul-betul, jangan marah kalau ada selipar jamban naik atas stage yo jang!

   1 comments

nonie
June 9, 2008   10:12 PM PDT
 
bagi aku lah kalau aku imbas balik,aku tengok persembahan drp IKA lagi teruk,and persembahan dpd Riz lagi merdu sekali,tapi kesianlah si yana pula yg terkeluar

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments