|
ASSALAMUALAIKUM Aktiviti blogging aku agak terbantut dalam seminggu dua ini kerana banyak hal yang nak dilakukan. Ye la, kalau korang lepas habis konsert mingguan boleh lepak-lepak, aku dah tak boleh sebab kena berlari (berlari ker?) balik ofis untuk hantar dan edit story konsert mingguan. Ye la kan, mungkin ada yang tak tau aku la antara manusia yang kena buat majalah rasmi AF tu bagi musim ini. So far so good, cuma aku tak boleh la nak sokong mana-mana pelajar sebab nanti orang kata tak adil pulak kan.
Semalam aku sempat la tengok Diari, dan aku tertarik dan terfikir macam-macam perkara apabila Alif menangis. Mungkin ada banyak tuduhan yang dilemparkan kepada mamat ni, tambah lagi sebab dia dapat tukar lagu. Ini kerana pengetua Ramli MS mengatakan lagu Come Out And Play nyanyian asal Offspring tu akan menjahamkan persembahan Alif. Ada yang kata tak adil, ada yang kata singkir je Alif sebab tak boleh buat. Dekat @15 pun bukan main orang dok hentam Alif. Tugasan adalah cabaran untuk setiap pelajar. Harus diingat, AF bukan sekadar pertandingan nyanyian. AF ada fakulti, dan budak-budak tu masih belajar. Selain nak menang, mereka juga kena sedar mereka adalah pelajar. Apa yang menarik minat aku untuk mempertahankan Alif, bukan dia yang minta nak tukar lagu. Bak kata ibu Fauziah Nawi, sehingga titisan darah terakhir dah dia cuba buat yang terbaik. Tetapi apabila dia memang tak boleh buat, adalah satu kebaikan apabila Ramli MS tukarkan dengan lagu lain. Ramli pun takkan la nak bagi pelajar dia gagal. gagal bawa lagu tu, tak bermaksud Alif akan gagal jadi penyanyi. Dia memang takde basic yang kuat dalam English, jadi bukan salah dia. Korang rasa Offspring boleh tak bawak lagu Angan dan Sedar dalam jangka masa seminggu? Vokalis Offspring juga seorang penyanyi, adakah dia mampu bawa lagu Angan Dan Sedar tu? Dalam hal ni, kita seharusnya berlaku adil kepada Alif. Penyanyi sedia ada pun belum tentu sudi nak bawa lagu yang bukan genre atau makanan dia. Penyanyi hari ini pun ada yang nyanyi lagu yang dia dah praktis berminggu-minggu sebelum buat show. Cuba tengok Datuk Siti Nurhaliza, dia nak pergi buat show kat London dulu berapa lama dia praktis walaupun itu lagu dia sendiri. Inikan pulak pelajar, yang diberi masa seminggu untuk melakukannya. Maybe ada yang tak setuju dengan aku sebab AF sebelum ni pun hadapi perkara sama. Tetapi, kita tak boleh jangka apa yang kita hadapi dalam musim mendatang. apabila tak ada kelainan, orang bising. Ada kelainan, pun orang bising. Aku tersentuh dengan kata-kata Alif semasa penghujung diari pertama semalam, masa dia borak dengan cik Kutip. Alif ada cakap, "Teruk kan Alif kan...". Aku dapat rasa dia hampa sebab selepas dia berusaha keras, dia tak dapat buat yang terbaik jugak. Bukan dia tak boleh buat, tetapi Ramli tanak dia bawa keburukan tu ke pentas, apatah lagi pengkritik sekarang ni bukan bagi can kat budak-budak ni. Bagi aku, AF tempat belajar, bukan tempat orang yang sedia pandai nak tunjuk terror. Alif ni ada masa depan kalau dididik betul-betul. Budaknya pun baik, dan tak besar kepala. So aku ucapkan good luck untuk Alif. Menghapus Jejakmu Perlahan mimpi terasa mengganggu Engkau bukanlah segalaku Terus melangkah melupakanmu Perlahan mimpi terasa mengganggu Engkau bukanlah segalaku Lepaskan segalanya.. Engkau bukanlah segalaku ******** Mulai minggu ini baru aku akan start bantai kalau persembahan haru. Puji untuk yang bagus, keji untuk yang tak bagus. Ini tugasan minggu ini... Pelajar Lelaki Pelajar Wanita ********* Cinta Khayalan Asal lahirnya impian ku Ingin aku menyapa Tak dapat aku lindungi perasaan Kau yang ku puja Engkau lafazkan perasaan mu Walau kau sedari Tak dapat aku lindungi perasaan Kau yang ku puja Walau ku tahu kita tak mungkin bersama Lagu: Sharon Paul
|
| yourshop.cc December 4, 2008 02:38 PM PST http://www.watchesforsale.us | ||
| nonie June 9, 2008 10:16 PM PDT alah...biasalah 2,bukan semua org dilahirkan dgn kelebihan tapi cuma kta sbg manusialah yg kena berusaha demi mencapai kejayaan,sabar jelah alif... | ||
| nonie June 9, 2008 10:16 PM PDT alah...biasalah 2,bukan semua org dilahirkan dgn kelebihan tapi cuma kta sbg manusialah yg kena berusaha demi mencapai kejayaan,sabar jelah alif... | ||
| rasak April 11, 2008 11:17 PM PDT selamat memblog kembali..diharapkan agar tulisan ulasan ttg konsert akan dtg nanti akan lebih telus..dan jgn bias.. tq | ||
| Mek Besah April 11, 2008 05:20 PM PDT nyah, mak setujuk 1000% dengan ko. setuju sangat2. alhamdullilah ada gak wartawan hiburan yg masih logika di mesia ni. | ||
| Leave a Comment: |