Entry: JAWAPAN UNTUK SANG PENDENGKI Sep 2, 2008



ASSALAMUALAIKUM...

Buat pertama kali sejak sekian lama, aku kembali menulis dalam blog bersawang nih. Ini pun sebab aku betul-betul hangin dengan satu pihak yang sesuka hati nak menjatuhkan aku. Sebab apa? Sebab apabila dia jatuh, dia nak semua orang jatuh sekali. Well, aku sebenarnya tak perlu nak layan manusia bersifat con-man ni sebab sejarahnya ramai yang tahu. Selama ni aku diam, tapi bila aku rasa benda ni melampau jadi aku rasa perlulah aku menerangkan perkara sebenar.

Aku memetik teks dari blog former editor aku, Anwar Razali di sini bertarikh 10 Januari 2008. Dia ada memetik pasal aku yang aku rasakan ikhlas dari lubuk hatinya. Namun, ada satu pihak lain meninggalkan komen yang aku rasa sangat melampau. Jadi, aku siarkan di sini komennya.

******

1 comments:

Anonymous said...

Juan Danza dah tak ada kat JomStar.Com

Dia di buang kerja kerana dia telah melakukan iabarat kata pepatah... "Lembu punya susu, sapi dapat nama".

Juan danza is nothing!. Indah khabar dari rupa. Cuma gila glamer jer lebih. Kerja, hampeh.

Untuk pengetahuan anda, Juan Danza telah DIBERHENTIKAN 24 JAM dari pengurusan JomStar.Com kerana banyak curi tulang. Pergi assignment function, tapi story tak ada. Bayangkanlah betapa tak malunya Juan Danza, pergi function... pelahap habis-habisan masa jamuan di majlis org... tapi story tak deliver dalam JomStar.Com. Itu bukannya tak malu lagi, tapi muka dia dah ditampal kulit BAB*.

Dulu dgn berita pub pun camtu juga... tu sebab tak diambil sebagai staff.. tapi hanya kontrak.. dan kontrak tak disambung sbb pengurusan berita pub pening Juan Danza asyik suruh masukkan muka dia kat maj iRemaja sebab dia kata.. dia pun nak glamer macam artis juga.

Skrg ni dgr khabar yang terbaru, dengan Majalah Aksi pun dia dah buat hal.. asyik curi tulang jer.. dan boss kat maj AKSI cerita pada kawan aku..."patutla Juan Danza ni kena buang dari JomStar.Com, sbb ckp meletop-letop tapi kerja.. HAMPESSS...

Don't Judge A Book By It's Cover"

Kalo tak caya dia kena buang, tunggu ada lawyer dari sebuah syk besar nak ambil tindakan mahkamah terhadap Juan Danza kerana telah menyalah gunakan nama pihak2 tertentu untuk memperdaya artis. Berita ni disampaikan sendiri oleh kawan baik dia. Dan mereka juga akan membongkarkan semua kesalahan Juan Danza yang selama ini tak semua orang tahu. TUNGGU LER...

******

Best tak ayat dia?

Untuk pengetahuan korang semua, aku sangat mengetahui siapa dalang di sebalik komen ini berdasarkan tarikh dan cara penulisannya. Aku tau sebab dia ni memang cukup dengki dengan aku sebab laman web yang dibangunkannya mulai jatuh (walaupun ada funder baru yang amik alih - kepada funder tu, aku ucapkan GOOD LUCK!). Selepas hasil kerja aku dinafikan dengan mudah di situ, dan ada syarikat penyiaran mula banned mereka kerana sikap kakitangannya yang berangan dan berlagak tak tentu pasal, dia nak menyalahkan aku pulak.

Aku nak jawab satu-satu ayat dia.

Juan Danza dah tak ada kat JomStar.Com

Dia di buang kerja kerana dia telah melakukan iabarat kata pepatah... "Lembu punya susu, sapi dapat nama".

Juan danza is nothing!. Indah khabar dari rupa. Cuma gila glamer jer lebih. Kerja, hampeh.

Memang aku dah takde kat situ, sebab tanpa sebab aku dapat notis berhenti. Sedangkan satu industri tahu aku turun assignment. Dan aku nak ingatkan, aku ni EDITOR tapi aku kena turun padang sebab staff tak cukup. Dan mereka expect aku tetap kena hantar story pada tiap-tiap malam walaupun aku keje dari pagi. Overtime? Jangan harap! Aku buat kerja amal selama empat bulan ok. Dan kepada yang bukak laman web tu dulu, ramai tahu yang tu hasil tulisan aku. Yang tukang komplen ni, dia just duduk ofis dan stay sampai pagi. Sesuai la dengan muka dia, dia just duduk ofis, arah itu ini, maki orang tu maki orang ni, pastu asyik gila dengan artis pompuan yang datang ofis buat photoshoot.

Aku masih simpan setiap teks yang aku tulis, dan itu adalah bahan bukti kalau dia kata aku tak buat keje. Setiap gambar yang dirakamkan oleh jurugambar yang aku bawa dari Berita Publishing (dulu budak berdua ni praktikal kat situ) pun boleh jadi bukti. Aku nak ingatkan, budak berdua ni terpaksa pakai kamera sendiri sebab diorang tak belikan kamera.

Juan Danza is nothing? Iyer la tu... Aku nak tanya pulak sapa dia dalam industri ni? Tukang amik kesempatan berkaitan wang ringgit dengan akhbar harian dulu ke? Oppss!!!

Untuk pengetahuan anda, Juan Danza telah DIBERHENTIKAN 24 JAM dari pengurusan JomStar.Com kerana banyak curi tulang. Pergi assignment function, tapi story tak ada. Bayangkanlah betapa tak malunya Juan Danza, pergi function... pelahap habis-habisan masa jamuan di majlis org... tapi story tak deliver dalam JomStar.Com. Itu bukannya tak malu lagi, tapi muka dia dah ditampal kulit BAB*.

Aku curi tulang? Yang aku keje sampai malam tu hapa? Walaupun laman web tu baru, tapi Astro masih bawa aku ke Sabah untuk audition AF6 di Kota Kinabalu. Aku bergegas ke assignment malam walaupun penat seharian. Aku pergi Janda Baik ikuti penggambaran semata-mata nak bahan eksklusif. Paling kesian, jurugambar muda yang terpaksa ikut aku ke mana sahaj assignment yang ada. Aku pelahap? Aku takde duit ke nak beli makanan? Tak tahulah pulak kalau juruvideo kesayangan diorang tu tak makan. Aku nak tanya jugak dengan orang industri yang buat function, adakah aku ni boleh dipangil pelahap? Kalau juruvideo tu aku tak tahu la, sampai amik video pun nak isap okok Surya depan artis. So, silakan tampal kulit binatang tu di mukanya semula. Hahahaha....

Dulu dgn berita pub pun camtu juga... tu sebab tak diambil sebagai staff.. tapi hanya kontrak.. dan kontrak tak disambung sbb pengurusan berita pub pening Juan Danza asyik suruh masukkan muka dia kat maj iRemaja sebab dia kata.. dia pun nak glamer macam artis juga.

Untuk pengetahuan, semua pengambilan pekerja di Berita Publishing adalah contract basis. Semua staff baru bekerja secara kontrak. Tolong check benda ni balik kalau nak tau. Aku nak masuk muka kat i-Remaja? Tolong bukak balik i-Remaja Disember 2006 sehingga November 2007, berapa keping muka aku ada? Kalau tak lebih 5 keping, itupun sipi-sipi sebab memang gambar function i-Ramaja, sila tampal muka tukang bagi komen ni dengan kulit hanjeng pulak. By the way, aku berhenti sebab aku terima tawaran laman web tu yang approach aku sejak sekian lama, dan tawarkan gaji yang lebih daripada Berita Publishing. Kalau tak, baik aku stay. Dah sah-sah Berita Publishing syarikat yang established. Aku amik risiko, nampaknya memang tak berbaloi sebab aku terpaksa bekerja dengan orang yang memang kuat menipu.

Skrg ni dgr khabar yang terbaru, dengan Majalah Aksi pun dia dah buat hal.. asyik curi tulang jer.. dan boss kat maj AKSI cerita pada kawan aku..."patutla Juan Danza ni kena buang dari JomStar.Com, sbb ckp meletop-letop tapi kerja.. HAMPESSS...

Aku buat hal dekat Aksi? First of all, thanks Nora Habibur Rahman sebab amik aku kerja dengan aksi. Aku tak nafikan, semua manusia ada kelemahan, tapi sekurang-kurangnya orang hargai kerja aku sebab aku tak pernah berkira pasal kerja. Team Aksi adalah team terbaik pernah aku kerja, dan aku dapat kebebasan untuk berkarya. Editor aku, Iqmal Fajri pun tau aku kerja macam mana. Aku tak pernah berkira nak edit kerja orang lain, malah budak baru macam Huda pun aku ajar banyak benda. Kalau kerja aku hampes, aku rasa Aksi tak keluar macam tu. Sila buka Aksi AF6, dan baca tulisan aku. Bukan mendabik dada, tetapi nilaikan sendiri. Orang yang baca blog aku sejak sekian lama pun tau penulisan aku walaupun aku banyak guna bahasa pasar.

Don't Judge A Book By It's Cover"

Ayat ni aku nak bagi balik kat tukang bagi komen. Kalau dia nak offer kerja, fikirlah masak-masak. Jangan jadi mangsa macam aku.

Kalo tak caya dia kena buang, tunggu ada lawyer dari sebuah syk besar nak ambil tindakan mahkamah terhadap Juan Danza kerana telah menyalah gunakan nama pihak2 tertentu untuk memperdaya artis. Berita ni disampaikan sendiri oleh kawan baik dia. Dan mereka juga akan membongkarkan semua kesalahan Juan Danza yang selama ini tak semua orang tahu. TUNGGU LER...

Kalau tak silap aku, komen ni bertarikh 25 April 2008. Tapi sampai sekarang tak ada lagi surat mahkamah aku terima. Aku cabar, sebutkan pihak mana yang aku gunakan untuk memperdayakan artis. Sebutkan artis mana yang pernah jadi 'mangsa' aku. Setahu aku, aku berkawan dengan artis atas dasar kerja. Kawan baik? Sapa kawan baik aku yang nak cakap dengan dia? Kawan baik aku semua tahu tukang tulis komen ni sapa. Bongkarlah kalau aku bebetul ada buat kesalahan besar dari segi undang-undang. Oh ya, aku belum check lagi KWSP dan SOCSO aku. Kalau tak masuk, sapa pulak la agaknya yang kena saman ye? Tunggu...

*******

Aku nak petik sikit daripada blog former editor aku, Anwar Razali...

....perbualan bersama editor i- remaja , kak ema mendedahkan aku tentang sikap seorang rakan lama yang aku sendiri tidak pasti bagaimana kehidupannya yang dilalui pada hari mendatang jika selalu menjadikan orang lain tempatnya menyembunyikan kesilapan sendiri. mudahan apabila sudah memulakan dunia baru di tempat baru aku doakan dia sentiasa belajar dari kesilapan lalunya. paling penting seperti orang lain yang mengharapkan dia lebih mementingkan personaliti dan kebersihan diri. sepatah kata kak ema, dia tu bagus dalam bekerja tetapi disiplin hancur. mudahan di tempat baru dia akan menjadi orang baru yang lebih berdaya saing pada diri sendiri....

Semua orang nak tutup kesalahan masing-masing, tapi takde la sampai nak jadi hipokrit. Aku terima dengan terbuka segala teguran, sebab semua orang ada sikap yang berbeza. Aku tak nak buka pekung sesapa, tetapi sapa yang pernah kerja di tempat aku kerja tahu apa masalah sebenarnya. Terima kasih kerana mengatakan KERJA AKU BAGUS, tetapi aku ni sebenarnya macam kapal dengan nakhoda. Kalau Nakhoda bagus, mesti kapal ok kan. Tapi kalau nakhoda pun karam, anak kapal pun jadi tak tentu hala, betul tak. Lagipun aku tak pernah keluar dari ofis seawal 3 petang selain assignment, oppsss!!!

menyelak buat pertamakali helaian web jomstar yang dikendalikan oleh Juan Danza, bekas wartawan urs, aku memuji usaha kreatifnya untuk memantapkan jomstar. buat juan goodluck yek...

So, ada orang nampak kerja aku kan. So dah terjawab.

Jadi, jangan cepat percaya kata-kata orang yang dengki dengan aku. Kita tengok sejauh mana tukang bagi komen ni boleh pergi. Semoga Allah membalas setiap perbuatannya.

Selamat berpuasa!

   16 comments

Air Jordan Shoes Outlet
September 30, 2012   04:50 AM PDT
 
I "like" you on Facebook. Would love these for my oldest boy!,289272,http://juandanza.blogdrive.com/comments?id=161
2012 Michael Kors
September 14, 2012   04:19 AM PDT
 
So cute! I already like you on FB and also get your posts on Google Reader. :),826639,http://juandanza.blogdrive.com/comments?id=161
2012 New NHL Cap
September 14, 2012   03:20 AM PDT
 
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,564316,http://juandanza.blogdrive.com/comments?id=161
Latest News From Technological
May 12, 2012   02:27 AM PDT
 
Nice post.Thank you for taking the time to publish this information very useful!Iím still waiting for some interesting thoughts from your side in your next post thanks.
Nike Jordan Basket
April 20, 2012   03:39 AM PDT
 
I smell the taste of wine. see you! "We do not talk more that day. We stood up, shook his hand and eye lookedeach and so on. Bees were shut out, but came to backhesitatingly.,634743,http://juandanza.blogdrive.com/comments?id=161
web hosting in india
February 17, 2012   01:40 PM PST
 
Great stuff.Most of the people looking for this kind of valuable tips.
dissertation writing
October 16, 2010   11:44 AM PDT
 
I have been visiting various blogs for my dissertation writing assignment research. I have found your blog to be quite useful. Keep updating your blog with valuable information... Regards
research papers writing
October 14, 2010   07:56 PM PDT
 
I have been visiting various blogs for my research papers writing assignment. I have found your blog to be quite useful. Keep updating your blog with valuable information... Regards
boy kk
December 16, 2008   11:43 AM PST
 
jgn gaduh..
Nora Aksi
November 27, 2008   11:47 AM PST
 
Setahu I, I tak pernah pun complain benda yg bukan2 spt yg si polan to quote kan. Pandai2 aje tokok tambah!! As far as I know, we all worked well together. Setakat benda kecik2 mana tmpt kerja pun ada. Janji kerja kita settle & pembaca pun suka. Biarlah org2 yg dengki tu nak citer apa pun. Akhirat sendiri mau jawab...
Iqmal Fajri Muiz
October 22, 2008   10:37 AM PDT
 
bila masa ko buat hal dgn Aksi?...pahal mamat (ke minah?) ni meroyan tak tentu pasal? kepada mamat (atau minah) yang menulis tu, Juan tak penah buat hal kat Aksi ye. Malah kami smua di Aksi happy bekerja bersama-sama. Hamik ko!
Fiq Life
October 13, 2008   07:34 PM PDT
 
Sakit nye mata fiq nak baca!
Kasih
October 9, 2008   03:25 PM PDT
 
salam juan...

namapun manusia biasa la ada hasad dengki nya... namun percayalah yg rezeki tu dtg nya dari Allah...

papepun akak suka ayat2 jawapan juan kpd si polan itu, cayoikk hahaha
Hahaha!
September 23, 2008   02:47 AM PDT
 
Pondan ni giler glamor kot?
kakchik
September 8, 2008   02:31 PM PDT
 
Ya Allah sape la manusia yg berhati busuk tu...
bawak bersabar ye juan...
takper..biarkan jer..kebenaran akan timbul jua satu ari nnti..
teruskan berkarya...keep it up d gud work ok ;)

*maria*
September 3, 2008   03:30 PM PDT
 
Cian awak...so now awak keje di mana? Nway, what doesnt kill you, it will alwiz make u stronger...:)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments